Location History

Dunia semakin hari semakin canggih. Tak pernah aku terfikir akan kecanggihan teknologi. Masa aku kecik dulu, aku membayangkan akan ada kereta terbang di udara, droid akan menemani manusia, manusia mampu duduk di bulan. Ini teknologi yang aku bayangkan. Sehingga kini, masih belum berlaku.

Tapi, bagaimana lokasi seseorang boleh dikesan dan ke mana kita pergi, aku tak pernah membayangkan ia akan wujud. Namun kini, teknologi ini sudah wujud. Tahukah anda, secara default Google akan enabled fungsi Location History di dalam phone android korang. Jadi, data-data ini akan disimpan oleh mereka. Kita tak sedar, dalam diam privacy kita dah tak wujud.

Smartphone dah menjadi kemestian dalam kehidupan kita. Telefon menjadi semakin pintar, adakah kita sepintar telefon? Mmmm……

Sila tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: