Privasi kita

Kengkadang agak pelik, aku tak bagi tau sesiapa aku sakit belakang/tengkuk. Sebab aku rasa biasa jek sakit sakit tengkuk nie. Yang tahu, hanya bini aku sebab dia jadi mangsa suruh kena urut. Selain bini aku, pakcik google jek tahu sebab aku kengkadang search pasal sakit tengkuk.

Alih-alih, hari nie dalam feed Facebook aku keluar pulak iklan sakit belakang yang lokasi berhampiran aku. Terkejut gak, confuse tak sangat. Tujuan aku tulis nie bukan nak cerita pasal sakit belakang aku. Kalau aku cerita kang, korang kata aku mengada-ngada lak. Ngada kat bini jek la boleh.

Dapat aku simpulkan, hak privacy kita kalau guna smart phone dah TAK WUJUD. Macamana phone aku tahu apa aku search ?? Lepas tu, siap iklan kat facebook. Adakah data kita dikongsi sesalam google dan facebook? Mmm… Siapa tahukan? Ini contoh skit jek, banyak lagi privacy invader yang wujud.

Nota kaki : sehingga hari ini, iklan ubat kuat untuk lelaki tak pernah keluar kat feed aku.

Sila tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: