K6MRC

Agak teruja aku bila mana mendengar kehadiran kapal hospital terbesar mendarat di perairan tanah air semalam. Kapal ini mempunyai callsign radio amatur sendiri. Kenapa ada callsign? Ish, kapal askar nie. Mana boleh kita berhubung dengan dia? Maklumat askar kan sulit.

Kapal USNC Mercy sedang berlabuh di Pulau Indah. K6MRC merupakan callsign amatur kapal tersebut.

Ramai kengkawan tanya, apa bestnya radio amatur nie? Pengiat amatur boleh berkomunikasi dengan kapal ini. Bukan senang nak berkomunikasi dengan kapal askar ini. Buleh ke kito whatapps kapal nie? Jadi, kebanyakkan pengiat amatur boleh menghulurkan bantuan komunikasi di tempat bencana kepada kapal ini.

Bila cerita komunikasi, pastinya orang ingat dok cakap-cakap (dikenali QSO dalam dunia radio amatur) . Whatapss tak pun cakap-cakap kan? Jadi, sama la macam radio amatur, ada yang tak cakap-cakap jugak. Antaranya kod morse, aprs dan lain -lain lagi.

Alhamdulillah, semalam anttena aku berjaya menerima signal daripada kapal hospital dari US nie di Pelabuhan Klang, terus ke Putrajaya.

Jadi kepada sahabat-sahabat yang tak tahu radio amatur tu apa, cuba la tengok-tengok. Bukan hanya cakap-cakap di radio sahaja keseronokannya. Kepada rakan-rakan radio amatur, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RADIO AMATUR SEDUNIA pada hari ini.

Bacaan lanjut mengenai kapal ini.

73, 9W2DFL

Sila tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: