Diserang malware

Alhamdulillah…

Setelah berharian jugak aku cuba menyelesaikan masalah blog ini, akhirnya berjaya juga diatasi dengan aman. Untuk makluman pembaca blog aku, sudah agak lama aku tidak menjenguk ke blog ini. Kalau rumah kena tinggal, dah beranak pinak jin dalam rumah tu. Itu lah perumpamaan blog aku yang dah agak lama ditinggalkan. Maksud aku ditinggalkan ini, tiada kerja-kerja house keeping seperti mengemas, membuang habuk dan lain-lain.

Jadi, pada minggu lepas semasa cuba masuk ke dobot.com.my aku dihantar (redirect) ke website lain. Ishhh, hati tak sedap. Cuba lagik, kena redirect ke website ntahapaapantah. Bila membuat pembacaan melalui internet, rupanya wordpress tidak terlepas dari serangan malware.

Aku mana pandai bahasa pengaturcaaran nie. Agak buntu memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah malware, sehingga aku terbaca ada satu perkhidmatan untuk membersihkan malware nie. Bila tanya harga, boleh tepuk dahi jugak la. Dalam harga RM400. Mahal jugak tu. Blog aku nie bukannya macam website Malaysiakini yang mendapat hits ribuan pelawat sehari. Jadi tak berbaloi membayar RM400 untuk perkhidmatan membuang malware nie.

Aku nekad jek la, aku cuba slow slow. Alhamdulillah, aku berjaya membersihkan serangan serangan daripada luar. Sehingga catatan ini dituliskan, terdapat cubaan untuk memasuki blog aku daripada luar negara, yang banyak daripada China.

Selain daripada itu, percubaan menggunakan username header juga banyak kali dilakukan, Padahal username tersebut tidak wujud. Patut la, sebelum aku membuat pembersihan aku ada perasan username header di dalam database user. Ntah mana datangnya pun aku confuse.

Sehingga ini, tiada lagik serangan-serangan baru yang dihadapi. Oleh yang demikian, saya meminta jasa baik pembaca blog ini sekiranya anda hendak memasuki blog ini dan ia membawa (redirect) anda ke website lain, mohon maklumkan kepada saya. Jasa tuan/puan amat dihargai.

Terima kasih.

de 9W2DFL

Sila tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: