Gambar MAHA2010

Insya Allah esok merupakan hari yang terakhir aku akan berada di tapak MAHA 2010. Walaupun penat, aku gembira kerana mendapat kerjasama daripada kakitangan dan rakan-rakan untuk sama-sama menjayakan MAHA2010 khasnya Pameran Ternakan JPV. Agak lama aku tak memblog di sini. Terasa janggal untuk memulakan blog nie. Huhuhu…walaupun dah lama menulis blog, kenapakah aku masih janggal. Entah la, aku rasa aku akan mula menulis kot lepas nie.

Baru sahaja lepas mengemas rumah Ardhy, Penat gak. Maklumla, kami kat sini menumpang rumah dia. Dia sekarang duduk bujang sebab orang rumah dia belajar di Australia. So, kami menjadikan rumah ini sebagai tempat persinggah selama 45 hari. Esok aku memeriksa tapak buat kali terakhir. Anak-anak buah aku semuanya dah turun semangat untuk bekerja, kerana telah lama tidak balik ke rumah. Kesian aku lihat mereka, tapi nak buat macam mana. Demi tugas, kita kena sanggup berkorban. Jangan risau, aku akan sentiasa korang semua dan aku akan balik rumah sama seperti korang jugak. Heheheh….

Ok la, nak kena gerak jap. Syed ajak aku gi minum tu. Sebab dialah orang yang paling kuat peluhnya dalam mengemas rumah Ardhy nie tadi. Hahahaha… Kat sini aku nak share beberapa gambar yang aku tangkap semasa kerja-kerja penyediaan tapak Pameran Ternakan.

Sedang menaikkan atap nipah
30 hari sebelumnya MAHA, buat mesyuarat di bawah pokok.
Sama-sama menaikkan pagar perimeter untuk pameran lembu.
Kerja-kerja menurunkan lembu

2 thoughts on “Gambar MAHA2010

  • December 11, 2010 at 12:06
    Permalink

    Salam perkenalan. Menarik melihat pagar perimeter. Senang tak cara pemasangan dan senang untuk selenggara? Kat mana boleh didapati?

    Reply
    • December 22, 2010 at 12:46
      Permalink

      Salam perkenalan
      Cara pasangnya kena belajar. Sebab pagar perlu dipasang tegang. Untuk penyelenggaran amat senang sebab tak ada penyelenggaran dan ia tahan karat. Tapi, harga segulung (100m) pagar nie dalam RM1400. Try search google untuk ‘cyclone fence’.

      Reply

Sila tinggalkan komen anda

%d bloggers like this: