Mon 14 Jul 2008
Shot di Langkawi
Ditulis oleh doBot pada jam 18:21 di bawah kategori FotografiDah ada [10] orang yang komen
Dah lama aku tak pergi Langkawi. Kali terakhir aku pergi ke Langkawi adalah bersama kawan-kawan aku masa praktikal kat Underwater World Langkawi dulu. Lepas tu, aku dah tak pergi sampai aku habis belajar.
Dulu, aku pergi dengan urusan belajar. Sekarang, aku pergi dengan urusan kerja.
Aku tak mahu share pengalaman ker apa. Tapi, aku mahu share gambar jek. Puas hati aku, menembak masa kat langkawi. Banyak gila aku shot sampaikan kad memori aku yang bersaiz 4GB telah penuh. Ok la, untuk melihat gambar yang penuh, korang boleh klik sini.
Cantik, ini adalah pantai Beras Basah. Aku suka warna biru tu. Member aku cakap, kalau Pulau Perhentian lagik lawa. Perghh…kena beli underwater punya kamera la lepas nie.
Ada banyak lagik gambar-gambar kat sana. Aku banyak letak gambar helang sebab aku rasa, ini adalah aktiviti yang ter'best' masa pergi Langkawi. Panas bateri kamera aku. Tapi, apakan daya. kamera aku hanya mampu menangkap 3 keping gambar dalam masa satu saat. Kalau 11 keping sesaat. Peffrghhh…gila aku jadinya.








