Mon 30 Jan 2006
Masa kecik dulu…
Mak aku berpesan, “Jangan lari-lari, nanti bentan. Kor baru lepas potong tu”. Pesan mak aku masa aku baru lepas sunat. Memang aku takut nak lari sebab percaya dengan kata-kata mak aku tu. Takut makin melarat sakit tu nanti.
Semalam…
Aku teringat pesan mak aku kecik-kecik. “Jangan lari-lari, nanti bentan. Kor baru lepas potong tu”. Aku percaya kata-kata mak aku pada masa tu. Nanti bentan. Lagik teruk jadinya. Hari nie, ada satu kes anjing yang suka terlompat-lompat. Anjing tu baru lepas kena pasang pin dekat kaki kerana kaki dia patah seminggu lepas. Hari nie, dia datang ke klinik balik. Kaki dia dah senget. Tuan punya anjing tak puas hati kenapa anjing dia kaki senget.
Bentan…bentan…bentan…aku pun tak tau maksud bentan tu apa? Yang aku tau, maksud bentan tu keadaan sesuatu yang semakin teruk. Kalau manusia, kita boleh suruh dia duduk diam-diam. Tapi, kalau haiwan, macammana nak suruh dia duduk diam-diam?
Moral of the story : Kalau korang ada haiwan sakit, letak dia dalam sangkar. Jangan bagi jalan banyak-banyak. Nanti bentan…




January 31st, 2006 at 1615
tewt
[Reply]
January 31st, 2006 at 1657
tete
[Reply]
January 31st, 2006 at 1830
bot, layout naru ko ni cun aaaa. shadow die hehehhehe… cun cun
[Reply]
February 1st, 2006 at 013
..salam maal hijrah dobot
cantiknya lagout yg baru ni.suka sangat2 :))..
[Reply]
February 1st, 2006 at 1358
alamak ade typo la; naru —> Baru hehehhehhe. nyways mmg kita perlu berhijrah bila tiba waktunya..
[Reply]