Freedom – Mulanya di sini

Freedom – Mulanya di sini

( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

( P: )
Oh… sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

—–

Aku nak mengucapkan terima kasih kepada Sultan Muzaffar kerana memberi lagu ini kepada aku. Setelah bebudak coursemate aku menekan aku supaya mencari lagi ini, akhirnya jumpa juga. Lagu ini dijadikan tema sempena tahun akhir pengajian kat UPM nie. Bukan aku yang pilih, tapi Widat yang pilih. Aku jadi tukang carik jek. Aku nak minta pendapat pembaca blog aku, lagu apa lagi yang sesuai untuk dijadikan lagu ‘perpisahan’??? sebab aku ditugaskan oleh Anjas Asmara untuk membuat multimedia presentation sempena farewell dinner nanti. Idea tengah tak ada nie. Adoiii…