Malang tidak ada bau

Masa : Pagi tadi semasa nak curi-curi time pergi makan semasa rotation kat wad….

Aku : Jas, aku tumpang motor kor gi makan yea. Kat tepi tu jek. Tapi tak ada helmet la.
Anjas : Ok, aku pun nak teman kor gi makan.
Aku : Kor tak nak pakai helmet ker???
Anjas : Ahh!!! tak payah, dekat jek. Aku bawak motor perlahan-lahan.
Aku : Ok…ikut kor la.

Semasa tengah naik motor, memang Anjas bawak slow-slow. Tetiba, dia terjerit-jerit.

Anjas : Adoi!! adoi!! adoii!!! (sambil terhuyung-hayang motor dia)
Aku : Haaa!!! apa pasal???!!!
Anjas : Ada lebah kat telinga aku. Halau dia Bot!!!

Aku pun buat-buat halau (sebab aku dah menumpang motor Anjas). Tapi, sebenarnya aku pun takut kena sengat.So, aku buat-buat halau jek la.

Aku : Kan elok kalau kor pakai helmet tadi.
Anjas : Aku menyesal Bot…..

Moral : Jangan ingat helmet untuk perlindungan daripada jatuh motor jek. Helmet dapat mengelakkan telinga kita dari disengat lebah.

Telinga Anjas menjadi semakin besar walaupun secara normalnya, telinga dia memang dah besar.