Bangun lah…

“Hidup nie akan bosan kalau tak ada tekanan,” kata Dr Wahid kat aku tengah hari tadi. Anjas cakap, dah nak dekat 27hb Februari nie, lagik la tertekan. Last day kena submit projek. Tertekan yea Anjas, meh sini…

Aku dah lama nak letak gambar nie (aku dapat dari email). Tapi masa kurang mengizinkan. Jadi, aku take 5 lepas buat thesis nie untuk mengupdate blog aku. Cuba korang perhatikan gambar di bawah. Jika korang tengok dengan sekali imbas, korang akan nampak muka di sebelah kiri kelihatan marah dan muka di sebelah kanan, nampak rilek jek (tak marah).

Ok, sekarang cuba ringankan buntut tu. Bangun dari kerusi korang, lepas tu jalan kebelakang (gostan) sambil memandang screen monitor lebih kurang 12 kaki. Apa yang korang nampak??? Haaa….pergi la bangun dulu. Berhati-hati kalau ada orang nampak, nanti orang cakap korang tak betul lak (sesapa yang tengah tengok kat ofis). Kalau belakang korang ada dinding, sengetkan monitor korang tu. Pastikan mata korang bertentangan dengan screen monitor korang. Dah dah…bangun la cepat….Lepas tu duduk balik kat kerusi korang.

Haaa, apa yang korang nampak? muka orang marah dah bertukar ke kanan dan sebaliknya kan??? pelikkan tapi itu la yang korang nampak. Dipercayai gambar ini direka oleh Phillippe G.Schyns and Aude Oliva dari Universiti of Glasgow. Ini membuktikan apa yang korang nampak di depan, tak semesti sama jika dilihat dengan cara lain.

Moral of the story, kita hanya memandang benda depan kita jek. Sampai kita terlupa, benda depan kita tu sebenarnya sesuatu yang lain. Otak kita hanya akan mentafsir apa yang kita nampak secara seimbas lalu. Jika kita gagal, jangan menjadikan kegagalan sebagai alasan untuk tidak berjaya sebab kita hanya melihat kegagalan itu di depan mata. Cuba lihat kegagalan itu dari padangan mata yang jauh. Kita harus bersyukur kerana gagal kerana kegagalan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa. Ia bermakna kita telah mempelajari sesuatu!!!.

Nota terselit : Kalau nak tengok film radiograph, boleh tak kita tengok jauh-jauh???.

8 thoughts on “Bangun lah…

  1. dobot dah bertukar profession dari seorang student vet, kepada seorang pakar IT, kepada seorang ahli silap mata! kakakkakakka
    ps- pasal nota terselit tu, cuba ko tanya radiologist kita! kakakkakaka. kalo tak kena sepak, maybe kena belanja makan lg =)

    Reply

  2. Ahakzzz.. kusi aku pong ada roda ron97. Dua kali ler aku tenung monitor nie sambil menolak ke belakang.. aku senyum sensorang.. pastu orang sebelah jeling aku.. apa ko dah giler?!.. katanya… uhukzzz… sabar jelah…

    Bot jadi seorang ahli silap mata!! uhukkzzzz… nyet.. nyet.. nyet… ko nie.. multi-talented lah bot.. ahakzz…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>