Thu 9 Feb 2006
Arghhhh!!!! Rosak rekod tanpa lewat kalau aku hari nie. Pagi tadi aku lambat pergi wad. Dan kedatangan aku dikira sebagai lambat. Adui, tak dapat aku mengekalkan rekod aku. Aku yang sememangnya terkenal dengan datang lambat ke kelas, akhirnya tewas. Lambat jugak aku datang ke wad.
Memang sekarang nie aku dah set jam aku awal 10 minit. Alhamdulilah aku dapat ikut jarum jam aku tu, dan otak aku tak berjaya mentafsir yang jam aku dah cepat 10 minit. Sebelum nie, kalau tengok jam aku, “Alaa…jam aku cepat 10 minit. Buat-buat lambat jek la”. Tapi, sekarang tidak lagi. Hehehehhe….Harap-harap lepas nie macam nie jek la.
Semalam aku ada surgery pada seekor anjing. Anjing tu ada ketulan di tepi leher dia. Jadi, untuk mengeluarkan ketulan ini bukan satu kerja yang senang. Ketulan tu berada dekat dengan thyroid gland. Dan beberapa saraf yang penting dengan salur darah yang penting. vagus nerve, carotid artery dan jagular vein. Ini adalah bahagian yang perlu dititik beratkan semasa nak buat ketulan tu.
Surgeon yang melakukan surgery semalam adalah Prof Dr S Thilagar. Aku memang respect la kat dia nie. Dia nie diimport daripada India dan beliau memang berpengalaman di dalam bidang surgery nie. Masa tengah buat surgery, dia suruh aku tangkap gambar. Lepas tu, dia suruh aku letak kat website aku. Aiks? bila masa pulak dia tau pasal website aku nie? Rupanya, dia tau website aku masa dia nak surf ‘Thilagar’ kat google. Tetiba keluar link dari website aku. Hehehehhe….Bila dia masuk website aku, dia tak paham apa yang aku tulis (sebab aku tulis dalam bahasa melayu). Dia kata aku kutuk dia. Heheheheh….mana ada.
To Dr. Prof Thilagar (if you read this), I never disrespect any lecturers who respect me as a student. For me, you always treat us as a student. You came to Malaysia to share experience with us, so we need to fully utilize your present here. As you always emphasis, we were in teaching hospital. So, we need to get use all opportunity here and gain experience from clinician and surgeon. I really like to say thanks to you in my blog behalf of my coursemate. I hope, we can learn more from you before we had our viva this April. Thanks Prof.
Uhuk..uhuk…sedih pulak tetiba. Naik pulak semangat patriotik aku. Memang aku selalu teringat pesan dia nie. Dia suruh kita orang semua menggunakan peluang yang ada sekarang untuk mempersiapkan diri sebelum abis belajar nanti. Ok la, aku tak mandi lagik nie. Esok ada wad pukul 7 pagi lagik. Dah la projek aku tak siap lagik. Pagi tadi aku terserempak dengan supervisor aku kat fakulti aku. Terus buat muka penat dan sedih. Aku menyatakan yang aku akan hantar draft tu nanti. Bukan buat-buat kali nie, kali nie memang muka aku penat dan sedih sebetulnya. Sapa yang masuk small animal rotation, mesti akan mengalami ‘Sindrom Akut Kemurungan’. Kalau bebudak vet nie akan cakap, ‘dull and depress’. Kengkadang tu, ‘dull and alert’ sebab kena marah. Hehehehe…
Prof Thilaga asked me to put Dr Stamford’s finger in my blog.
Siapakah gadis yang bertutup mulut tu??? Erkk…gadis ker mak orang tu???




February 10th, 2006 at 1214
assalamualaikum bot
kagum den nengok operation theatre korang ….
cikgu nko pon melawat blog nko yer ….
dasat ….. maka tercapai lah hasrat nko untuk orang2 penting ziarah blog nko yer ??? huhuhu
[Reply]
February 12th, 2006 at 337
waalaikumsalam Long
Hehehehe…cikgi den melawat secara tak sengaja. Lepas nie den nak tunggu Pak Lah lak melawat. Nge nge nge…
[Reply]
February 12th, 2006 at 1411
Pak Lah mano ado maso nak surf internet ….
Banyak kojo lain dio nak buek .. huhuhu
[Reply]
February 12th, 2006 at 1506
haaa!!!!takutnye!!!x nak g rotation.x bole nk hipokrit lg dahh
[Reply]