Hari nie, aku terus tak sihat bila mana semalam kerajaan mengumumkan harga kenaikkan minyak sebanyak RM0.30. Selepas ini, kita tunggu benda apa yang akan naik selain daripada darah kita. Tak mustahil akan naik harga ayam dipasaran, harga perkhidmatan macam teksi atau bas jugak dijangka akan meningkat. Ini kerana, dalam kehidupan kita, kita tak dapat lari dari penggunaan minyak petrol. Aduhai…lepas nie harga rokok dipasaran pasti akan naik sebab tauke-tauke nak cover kos pengangkutan. Tadi masa aku nak isi minyak motor, aku terdengar promotion mengenai minyak diesal oleh kedai tauke minyak tu. Lori-lori yang membawa barang, boleh menikmati subsidi yang dikenakan oleh kerajaan. Lepas nie aku nak pakai lori pulak la kalau nak pergi ke kelas.

Semalam merupakan hari terakhir aku berada di Institut Pengurusan Veterinar Cheras. Sepanjang kami di sana, kami menjalankan pemantauan terhadap 10km radius kawasan daripada kawasan kejadian (Jalan Genting-Kelang). Dijangka kami akan menjalankan operasi ini selama 7 hari tapi, Alhamdulillah dengan tenaga kerja lebih daripada 170 orang daripada pelbagai agensi, kerja kami dapat disiapkan di dalam tempoh masa 3 hari. Selain daripada tu, Alhamdulillah tak ada kengkawan aku yang sakit.

Pelbagai pengalaman menarik yang dapat aku timba selama berada di sana. Apa yang membezakan operasi di sini dan di Kelantan adalah kawasan persekitarannya. Aku lagi suka suasana di Kelantan sebab keadaan di sana tidak sesak dan kami akan menangkap ayam yang berada di dalam kawasan kampung. Berbanding Kuala Lumpur, kiter orang lebih banyak menangkap ayam di kawasan setinggan. Cuba bayangkan, Jalan Ipoh pun ada kawasan setinggan. Itu belum lagi kat kawasan Gombak. Kebanyakkan setinggan di sana telah menjadi kawasan setinggan yang moden. Siap ngan kereta Waja 2-3 bijik kat rumah. Lagi satu, kesusahan nak tangkap ayam di kawasan Kuala Lumpur ini juga mencabar kami semua. Macam team Anjas, mereka ditugaskan menangkap ayam di kawasan bangunan Parlimen. Boleh dapat ker ayam kat sana??? bak kata Anjas, ayam kat sana susah nak dapat, yang senang nak dapat adalah itik yang berada di kawasan itu. Itu belum lagi team Hamka. beruntung team Hamka sebab dapat masuk kawasan Istana Negara. Bukan senang nak masuk kawasan istana nie. Kalau jumpa penyakit nie kat kawasan istana, silap-silap kor dapat pingat A.M.N atau Pingat Gagah Berani daripada Agung. Aku pulak, first time masuk kuil hindu. Hehehehe….

Adui, sakit betul tekak aku nie. Tetiba rasa macam pening dan tak semangat nak buat projek dan update blog. Rasa macam nak baring jek. Tu la, semalam aku pergi bantai air sejuk bebanyak buat apa. Kan dah sakit tekak. Ish, isap rokok pun tak selera nie. Bila sakit-sakit macam nie, tetiba teringat orang kat Sungai Petani nie. Aduiiiii awakkk…. (bunyi minta belas kasihan). Ok la, macam biasa. Aku akan letak gambar-gambar yang diambil di sana. Terima kasih kepada Zul ngan Hamka kerana sudi memberi gambar mereka.


Bersiap sedia sebelum memulakan operasi


Dari kiri: Kamal, Anjas ngan Zul. Bestnya dapat gambar kat situ. Tapi, sayang…apasal tak ada aksi-aksi tangkap ayam? Kalau tak, mesti dah kaya korang.


Hamka yang sedang cuba untuk mengorek buntut ayam, untuk mengambil sampel.


“Ehhh, pandai pulak ayam nie lari.”


“Jangan lari!!! kami dari Jabatan Haiwan!!! Ada orang di rumah tak nie???”


“Erkkk, tumpang lalu yea. Kami nak pergi tangkap ayam kat rumah flat nie”


“Dayung…dayung sampan…”
“Ehhh, dalam istana nie ada itik jugak yek??”
“Rumah orang pun kite ketuk, ini kan pulak Istana Negara.”


“Bang!!! cover la skit perut tu”


“Erkkk, mana yek sampel yang aku letak tadi???”, Ayuz menggaru kepala
“Apa lambat sangat Ayuz nie? betul ker mamat nie?”, Zaidi sedang menanti sesuatu dari Ayuz


Hari terakhir, dapat jugak sijil.