Tue 14 Feb 2006
Wad dah habis, sekarang aku berada di rotation ‘Radiology’ pulak.
Hari pertama di Radiology semalam, Dr Heng dah tanya soalan “What is dysplasia?, write defination of dysplasia at your palm”. Aku ngan ahli group aku dengan muka blur pun menulis maksud dysplasia. Bila kami tunjukkan jawapan kami, semua salah. Dia suruh tulis kat tapak tangan, bukan kat atas kertas (Erkk, tapi doc, kertas saya atas tapak tangan saya, aci tak???”). Dia cakap, kita kena ikut arahan yang diberikan dengan betul. Betul jugak cakap Dr Heng tu. Kesimpulannya, group aku tak ikut arahan. Heheheheh, bukan kita tak ikut arahan, cuma kita orang salah interpret arahan yang diberi. Moral daripada cerita ini, be a good listener and follow orders.
Uihkkss, duduk kat bahagian ‘Radiology’ nie memang memerlukan ketahanan jugak. Aku tertarik dengan apa yang Dr Heng ajar. Di dalam format pembelajaran Dr Heng, kita hendaklah mencari persoalan yang ditimbulkan oleh kita sendiri dan persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Heng. Jadi, cara pembelajaran yang aktif di mana pelajar akan mencari jawapan kepada persoalan Dr. Heng. Selepas itu, Dr Heng akan highlight mana yang sepatut tahu, mana yang tak sepatut tahu dan mana yang tak kisah kalau tak tahu. Selain daripada itu, beliau mencadangkan bahan rujukkan yang sepatutnya kami rujuk. Ini sedikit sebanyak, dapat memudahkan kerja kami.
Semalam, aku dah buat membazirkan 2 film radiology. Heheheheh, kena halau ngan Dr Heng daripada masuk bilik gelap. Nasib baik dia memain jek. Aku tersilap memasukkan film ke dalam mesin proses film. Dan kali kedua, aku tak masukkan film tu bebetul dan ia tersekat kat tepi tu. Belajar dari kesilapan. InsyaAllah, esok lusa aku tak buat macam tu lagik.
Hari nie aku tak tau nak tulis apa, aku cuma nak meletak beberapa gambar yang kita orang ambil sempena hari terakhir kumpulan rotation aku berada di wad haiwan kecil.
Tukang masak group aku. Yang pegana batu lesung tu, sangat terer memasak.
Masing-masing tengah buat sibuk, penuh sesak dalam tu.
Dennis yang ditangkap meniru oleh aku. Hahahahah, buruk la reputasi kor lepas nie Bro. Tarak la, dia tengah buat revision tu. Nampak tu buku tebal dia tu.




February 14th, 2006 at 2046
uii.. meriahnyer kat wad tuhh… macam tengah rewang lak… hihihi… err.. ko tau ke rewang tu aper?? wakakakaka…
[Reply]
February 15th, 2006 at 000
rewang tu sejenis tumbuhan yg selalu tumbuh di kawasan2 hutan tropika..
[Reply]
February 15th, 2006 at 836
aku rasa semua students tu rajin buat kerja, cuma ko sorang yang ngulor. sebab sibo ambik gambo.
ko tahu ngulor tu apa?
‘ngulor’ tu sejenis tumbuhan yg selalu tumbuh di kawasan2 hutan tropika..
hahahaha….
[Reply]
February 15th, 2006 at 2009
Hahahhaha
Archiq : merewang tu adalah duduk melepak sambil bergotong royong. Ini adalah bahasa jawa.
nashrex : Hehehhe….jangan nak tipu…
Jamri : Nie lagik pulak, kalau ‘ngulor’ tu dikaitkan ngan haiwan tak pe, ini dengan tumbuhan yang duduk meliar di dalam hutan tropika. Kekekekke….
[Reply]
February 17th, 2006 at 1021
kim salam akak pandai masak tu ek..
cun tu…
[Reply]