Sat 25 Feb 2006
Aku balik rumah sat nie, nak check email ngan update blog aku. Buat masa sekarang aku berada di Institut Pegurusan Veterinar Cheras. Hari nie, aku ambil sampel di kawasan Jalan Ipoh kat area KL. Kelmarin aku kena ambil sampel kat Setapak.
Maaf sebab aku tak letak gambar lagik, Insya-Allah…bila ada masa aku akan letak gambar. Cuma, aku nak berpesan kepada sesiapa yang kawasan rumah diperiksa oleh Jabatan Haiwan. Tolong la jangan mengunci pintu dan buat bodoh jek masa kiter orang datang. Bukannya kiter orang nak ambil ayam korang. Kita orang hanya nak memastikan yang ayam korang nie bebas dari selsema burung. Tu jek…
Kiter orang diarah bertugas tanpa dikenakan bayaran apa-apa. Walaupun free jek, kiter orang akan menjalankan fadhu kifayah ini dengan betul. Tolong beri kerjasama jek. Bukannya aku nak sembelih ayam korang. Cuba korang baca kat internet, apa implikasi atau kesan dari selsema burung. Setakat ini, lebih 70 orang telah mati kerana wabak ini. Jangan pandang remeh dengan wabak ini. Walaupun, hanya kat Jalan Genting-Klang jek yang dijumpai positif. Adakah tak logik kawasan lain jugak tak ada???ADA!!! Sebab virus ini merebak secara terus.
Ok la, aku malas nak citer panjang-panjang. Cuma nak lepas geram skit jek kat blog aku nie dengan segelintir orang yang menganggap benda nie secara mudah. Bila ada kes kematian manusia nanti, baru nak mengelabah. Ingat, cegah sebelum parah.
Akhir kata, kepada kaki-kaki ayam laga tu. Hentikan segala aktiviti korang. Jangan ambil ayam dari seberang!!! Bahaya!!!
Uiks…malas den nak cakap lagik.Tolong la…….




February 25th, 2006 at 1825
aku pernah nenok kat national geograpic, pasal selsema burung nih. aku tau memang bahaya. sebab virus dia kat dalam unggas tuh leh mutate pehtu jadik virus lain, so that kalau ari nih dah jumpa vaksin, the next day maybe ada virus yg dah mutate tuh menjadikan vaksin itu dah tak lagik berkesan
kalau aku ada unggas, i’ll let u check them. yerla, kerana seekor unggas, bleh membunuh juta2 lagik unggas n manusia n maybe haiwan2 lain gak, who knows
selamat menjalankan tugas dobot!
[Reply]
February 25th, 2006 at 2048
Syabas & Tahniah atas usaha murni ni. Jika dtg ke rumah saya, saya akan bg kerjasama. Tapi rumah saya takda ayam. Ayam goreng ade la… nak check jugak ker? *joking*
selamat menjalankan tugas.
[Reply]
February 26th, 2006 at 1856
tengkiu dobot..akan ku pastikan diriku berjage2…hait!!!!!
[Reply]
February 27th, 2006 at 1039
chaiyok chaiyok! teruskan usaha murni kalian
ps: knp email wajib kasi masa nak komen? aiya manyak letih ar hehe…
[Reply]
February 27th, 2006 at 1200
Aku ader masukkan artikel pasal kisah nie dalam blog aku, Tapi biasalah cedok-cedok skit ajer…
[Reply]
February 27th, 2006 at 1306
selamat bertugas, dobot. hati2 ketika bertugas. aku harap wabak ni dpt dibendung, Genting Klang ngan Ulu Klang dah tak jauh dah tu….
[Reply]
February 27th, 2006 at 1557
Aku akan pastikan ayam aku buat pemeriksaan gigi 6 bulan sekali doktor. Baik Tuan!
[Reply]
February 27th, 2006 at 1941
Berkhidmat untuk negara kerana Allah Taala.
[Reply]
October 30th, 2007 at 113
Can wellbutrin help add for adult….
Wellbutrin….