Archive for March, 2006
!vb:vs,16370!
Mar 28th
!vb:vs,16370!
Gila teruk eksiden nie. Kemalangan nie merupakan salah satu kemalangan yang paling teruk di dalam agenda F1. Ia berlaku di pada tahun 1977 di Kyalami, South Africa. Sekali pandang, nampak macam sorang jek yang mati dalam nie. Padahal, 2 orang yang mati. Pertama, marshall yang melintas jalan tu yang dikenali sebagai Jansen Van Vuuren. Yang kedua adalah pemandu kereta tu yang dikenali sebagai Tom Pryce. Yang tragisnya, pemandu kereta tu mati kerana terhempap oleh tong pemadam api yang dibawa oleh marshall yang melintas jalan tu.
Macam-macam dalam dunia F1 nie. Hari nie, safety margin dalam F1 semakin ketat. Terutama struktur binaan kereta F1. Selain daripada tu, rombakan peraturan pun dah berpuluh-puluh kali tukar setiap musim baru. Sampaikan tahap engine pun tukar, pada musim nie kereta F1 semua pakai engine V8 kecuali satu team jek pakai engine V10. Kenapa yek?
OHE
Mar 27th
Pertama sekali, aku meminta maaf kerana sudah agak lama tidak meng‘update’ blog aku yang dah dikira bersawang nie. Banyak betul benda nak kejar bila dah hujung-hujung semester nie. Minggu lepas (Khamis), aku ngan rotamate aku Joanne ngan Hamka telah memandulkan kucing aku iaitu Putih.
Pada mulanya, aku takut nak buat kat Putih nie sebab ubat bius yang digunakan adalah jenis cecair yang digunakan untuk ‘menidurkan’ kucing di UK. Rujuk sini untuk bacaan lebih lanjut. Ini adalah berdasarkan kaji selidik aku terhadap kumpulan-kumpulan lepas.
Bila aku buat surgery ini, Alhamdulillah kerana aku mendapat kelebihan menggunakan mesin bius yang berasaskan gas. Gas yang digunakan adalah halothene. Ini merupakan pertama kalinya aku melakukan ovariohysterectomy. Memula tu gelabah jugak. Tapi, aku berjaya menenangkan diri aku sebab kucing tu adalah kucing aku sendiri. Kalau kucing orang lain, buat masa sekarang aku takut nak buat. Karang tak pasal pasal kena saman.
Hari nie adalah hari ke 4, Putih selepas surgery. Alhamdulillah, dia semakin sihat. Dah boleh main-main. Aku berharap, lepas nie dia tak selalu keluar rumah lagik. Salah satu tabiat buruk si Putih nie adalah main bawah kereta. Bila dah main bawah kereta tu, bila balik rumah jek. Habis hitam badan. Lepas tu ada hati nak naik atas katil aku. Cait, pergi mandi dulu!!!!
Putih yang telah dicucuk ubat khayal dan bersedia untuk di’intubate’
Bermulalah sessi membuka perut Putih
Geli tak Putih??? Aku geletek usus kor yea. Nge nge nge… Aku nie baru belajar, kalau orang terrer, dia tak yah keluarkan usus untuk mencari uterus.
Ilek Putih, dah skit lagik nak abis nie.
Alhamdulillah, hari nie hari ke-4 selepas surgeri. Kawasan jahitan kering dan masih melekat. Besar jugak insicion site aku nie.
Meliodosis
Mar 21st
Penyakit yang menyerang manusia, biri-biri, kambing, kuda, babi dan kadangkala lembu. Penyakit ini boleh berjangkit kepada manusia dan menyebabkan kematian kepada manusia. Penyakit ini endemic di Malaysia
Agen penyebab
:Burkholderia Pseudomallei
Punca jangkitan
ari makanan / minuman / tanah / direct contact (sedutan udara, luka di tangan)
Tanda-tanda klinikal
: Ternakan jadi lemah, tempang
: Batuk dan kesusahan bernafas
: Cecair pekat warna kuning keluar dari hidung
: Kematian
: Keguguran boleh berlaku
Cara membuat diagnosa
: Dari pengenalan organisma dalam cecair atau serum (CFT)
: Multiple abcess in organ – paru-paru, spleen, hati dan nodus limfa.
Rawatan
: Tiada rawatan dicadangkan kerana merbahaya kepada manusia.
: Organisma sensitif kepada tetracycline.
Pengawalan
: Tiada vaksin yang berkesan
: Faktor kebersihan
: Menghapuskan ternakan berpenyakit dengan membakar
Minggu lepas, aku bersama groupmate aku buat post mortem kat seekor kambing yang di hantar ke sini.Hari nie…Shikin : Bot, kambing yang kor potong ari tu ada Meliodosis. Aku baru ambil result dari lab bacteria.
Aku : Erkkk…yea ker?
Glurppp…telan air liur aku.
Kecut Perut
Mar 17th
Hahahaha….Muna dah suruh update. Bukan malas nak update, cuma tak ada masa nak update dan tak ada apa yang nak citer.
Sekarang nie sibuk dengan group discussion dan bermacam-macam lagik. Ini secara tak langsung akan menaikkan tahap ketegangan ataupun stress.
Apa kesan daripada stress nie??? salah satunya adalah sakit perut. Bila kita takut, kita sering terdengar perkataan ‘kecut perut’. Boleh ker kita rasa perut kita mengecut? Apa kena mengena stress ngan kecut perut???
Sebenarnya, salah satu sebab sakit perut (gastritis) adalah stress. Ini menyebabkan pengeluaran asid yang meningkat, mengurangkan pengeluaran mukus dan mengendurkan injap di antara esophagus dan perut di mana ia menyebabkan sakit kat atas abdomen.
Aku??? stress???, makan dan tidur la….Hahahahaha…satu kerja pun tak siap kalau tido jek.
Pregnancy Diagnosis kat lembu
Mar 8th
Waduh waduh….lenguhnya tangan hari nie. Tangan kiri aku lebih lenguh dari tangan kanan.
Hari ini kiter orang membuat pregnancy diagnosis ke atas lembu pulak. Ada dua cara yang digunakan ke atas ini sama ada secara memasukkan tangan ke dalam buntut lembu atau guna ultrasound dengan memasukan probe ke dalam rectal lembu. Ada banyak sebab kenapa kita memasukkan tangan ke dalam buntut lembu. Disebabkan kemalasan yang amat sangat, aku malas nak tulis satu-satu. Kepada kengkawan yang nak tau lebih lanjut, korang boleh la baca kat sini.
Bila mengeluh tangan kiri aku sakit dikemut-kemut oleh buntut lembu, Dr Wahid suruh membiasakan kita dengan keadaan tu. Bila pikir balik, Dr Wahid merupakan ‘star’ badminton (wakil staff) di dalam fakulti aku. Patut la dia rilek jek. (Hehehehe…bodek ker nie???). Sapa cakap kena kemut tak sakit? Try la kalau korang tak caya. Masuk satu tangan dalam buntut lembu yang korang jumpa. Lepas tu, jangan lepaskan. Ikut jek mana lembu tu jalan sambil tangan anda masih di dalam buntut lembu tu. Heheheheh…jangan cuba aksi ini kalau lembu korang tak di tambat (restraint) dengan betul.
Waduh waduh…..sakitnya tangan…..ok, edisi kemalasan nak taip panjang-panjang. Gambar jek la yek…
“Waduh, waduh…kuat sungguh kemutan mu ini”
Masing-masing sedang merehatkan tangan selepas acara kemutan bergilir-gilir
Hamka sedang cuba memanjat pagar untuk megelakkan diri daripada acara kemutan.
‘Gadis hibiscrub’
(Hibiscrub adalah cecair penyahjangkitan kuman)
Yang ini pulak, adalah juara pemenang pakaian tercantik. Syabas Shikin!!!
Acknowledgement
Mar 7th
Alhamdulillah, siap jugak thesis aku. Petang tadi dah antar bound, InsyaAllah hari Khamis atau Jumaat pergi ambil. Sekarang tengah pikir sapa nak sponsor bound thesis aku nie? Mahal betul. Kekkekeke….nampaknya kena la aku pow abang aku nie. “Long, pinjam duit!”. hahahahaha….
Okla, aku nak letak acknowledgement yang aku letak dalam thesis aku nie. Kepada sesapa yang nak baca, boleh la klik sini untuk ‘content’ dan sini untuk ‘thesis‘. Tak seberapa sangat apa yang aku tulis nie. Banyak pengajaran yang aku dapat masa membuat thesis nie, terutama kerja last minit. Heheheheh….Dikesempatan ini, aku nak wish tahniah kepada supervisor aku (Dr Zuki) kerana baru mendapat ‘Prof. Madya’ pada minggu lepas. Lepas nie boleh la belanja KFC. heheheheheh…
In the name of Allah the Most Gracious Most Merciful.
Alhamdulillah by His guidance I am able to finish up this study. I wish to express my sincere gratitude and appreciation to my supervisor, Dr. Md Zuki b. Abu Bakar for his invaluable guidance, assistance, advice and constructive comments through out the project in order to complete this course.
Special thanks and appreciation to my co-supervisors Assoc. Prof. Dr Abdul Wahid Haron and Dr Intan Shamela Bt. Abdul Razak for their guidance, assistance, advices and information.
My special thanks also go to all staff working at histopathology laboratory especially Mr. Jamil Samad, Mrs. Latiffah and Dr. Shafarin for their guidance and assistance in the processing of sample and staining procedures. Their helping is always being remembered.
Thanks to all who had contributed to this project, directly or indirectly to complete this study especially my housemate, Amat who drove me to Rumah Sembelih Banting at 4am in the morning. Not to forget my final year project colleagues, Anjas Asmara, Syahar Amir, Ayuz, Hamka and Dennis. Thank you for their support and encouragement. Last but not least, I would to thanks to all my blog visitors at www.dobot.com.my for their support and encouragement.
Lastly, I would like to thanks my family and Suzalina for their prayer, love and understanding me. Thank you very much. Without you all, my project will not be complete.

