Semalam aku pergi ke Klang bersama dengan Hamka ngan Aboo. Aku bertolak dengan menaiki kereta Hamka pada jam 12 tengah hari dan pulang ke Serdang dengan Aboo dengan menaiki komuter. Aku sampai Serdang dalam pukul 6 petang.
Bila aku balik jek Serdang, aku terkejut sebab kereta aku dah kena pecah. Aduhai, habis hilang semua sistem audio kereta aku. Dengan box woofer pun dia angkut sekali. Untuk pengetahuan, woofer tu agak besar jugak. Berani betul diorang tibai. Itu belum amplifier yang kat bawah seat pun kena tibai. Aku rasa, ini kerja orang yang sah tak ada kerja. Kerja nak mencuri jek. Siap diorang pecahkan tingkap aku lagik.
Aku rasa, masa diorang tibai nie, mesti ada kereta diorang berdekatan. Kalau tak, mana diorang berani tibai woofer tu. Nak bawak pakai motor? mau kantoi nanti. Eee…entah la, geram pun ada. Tapi, nak buat macam mana??? Benda dah nak jadi. Buat masa sekarang nie, kereta aku masuk ‘hospital’, jadi sekarang aku pakai Kancil dulu. Save gila minyak kalau pakai kereta Kancil nie. Hehehehhe….
Buat kengkawan, kalau nak parking kereta kat memana stesen komuter, berhati-hati la. Kalau korang ada player yang boleh cabut-cabut panel depan dia tu, cabut la. Aku semalam terlupa nak cabut, sebab benda nie bukan kita sangka. Sebelum nie aku dah banyak kali letak kereta kat parking komuter. Tapi, semalam nasib kurang menyebelahi aku. Lagi satu, sesapa yang ada laptop, jangan la letak laptop dalam kereta. Bahaya o0o0o0…Sekejap jek leh ilang. Diorang akan pecahkan tingkap, lepas tu terus capai. EEeeee!!! geramnya…nak buat macam mana??? benda dah lepas…sabar jek la…
Eeee… habis rabak kena sentap!!!
Habis tingkap aku kena pecah. Gambar nie masa aku dah sampai rumah.
Apasal pencuri tu tak nak tibai sekali wayar-wayar nie??? Dah alang-alang tu, tibai jek la. Takyah korang nak beli baru. Rugi beli baru, second hand kan ada.