Pregnancy Diagnosis

Terima kasih kepada kengkawan yang menyatakan rasa sedih terhadap apa yang berlaku kepada kereta aku. Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Yang boleh kita buat hanyalah mengambil teladan daripada apa yang telah berlaku.

Hari nie kumpulan rotation aku pergi ke Melaka. Dah agak lama kiter orang tak pergi jauh-jauh nie. Kami melawat kandang kambing yang digunakan untuk tujuan pembiakkan. Terima kasih kepada Dr Wahid kerana membawa kami ke sana. Tujuan kami ke sana adalah untuk memeriksa kambing-kambing betina yang bunting atau dikenali sebagai pregnancy diagnosis. Seronok jugak pakai mesin ultrasound nie. Memula tu aku tak paham sangat macam mana nak detect pregnancy dalam kambing bila guna mesin nie. Apa yang aku nampak kat screen tu, hanya hitam ngan putih jek.

Bila Dr. Wahid memberitahu cara-cara yang betul macammana nak tengok ultrasound tu. Barulah kami paham. Probe ultrasound akan dimasukkan ke dalam buntut kambing dan dihalakan ke bawah menghala ke uterus kambing. Selepas itu, probe itu kena rapat dengan dinding saluran taik kambing tu sebab ia akan lebih rapat pada uterus, maka lebih jelas imej yang nampak. Memang susah nak nampak seeekor anak kambing dalam skrin tu. Sebab, probe ultrasound tu dihalakan daripada arah atas ke bawah. Jika ada gambar yang warna putih, ia mungkin struktur keras macam tulang belakang fetus tu. Selain tu, kehadiran cecair juga menunjukkan ibu kambing itu bunting.

Alhamdulillah, aku dapat mengenalpasti status kebuntingan kesemua kambing yang aku jolok ngan probe tu. Bak kata Hamka, “Kor bagik jek doBot jolok probe tu, kambing yang tak bunting pun, boleh jadi bunting”. Hahahhahaha, mana ada Hamka. Masa Dr Wahid pegang tangan aku nak tunjuk cara guna probe tu. Dia gerakkan skit-skit jek probe tu. Ini bermakna, uterus tu berada berhampiran dengan pundi kencing. So, kesimpulannya…jangan jolok cepat-cepat. Jolok la perlahan-lahan. Biar perlahan, janji dapat. Huhuhuhuhu….

Nota menyentil : Probe adalah bahagian pada mesin ultrasound yang digunakan mengeluarkan gelombang bunyi. Selalunya, ia akan disapu dengan gel bagi memberi imej yang lebih terang (dalam gambar di atas, probe adalah benda yang perempuan nie sedang pegang).