Waduh waduh….lenguhnya tangan hari nie. Tangan kiri aku lebih lenguh dari tangan kanan.
Hari ini kiter orang membuat pregnancy diagnosis ke atas lembu pulak. Ada dua cara yang digunakan ke atas ini sama ada secara memasukkan tangan ke dalam buntut lembu atau guna ultrasound dengan memasukan probe ke dalam rectal lembu. Ada banyak sebab kenapa kita memasukkan tangan ke dalam buntut lembu. Disebabkan kemalasan yang amat sangat, aku malas nak tulis satu-satu. Kepada kengkawan yang nak tau lebih lanjut, korang boleh la baca kat sini.
Bila mengeluh tangan kiri aku sakit dikemut-kemut oleh buntut lembu, Dr Wahid suruh membiasakan kita dengan keadaan tu. Bila pikir balik, Dr Wahid merupakan ‘star’ badminton (wakil staff) di dalam fakulti aku. Patut la dia rilek jek. (Hehehehe…bodek ker nie???). Sapa cakap kena kemut tak sakit? Try la kalau korang tak caya. Masuk satu tangan dalam buntut lembu yang korang jumpa. Lepas tu, jangan lepaskan. Ikut jek mana lembu tu jalan sambil tangan anda masih di dalam buntut lembu tu. Heheheheh…jangan cuba aksi ini kalau lembu korang tak di tambat (restraint) dengan betul.
Waduh waduh…..sakitnya tangan…..ok, edisi kemalasan nak taip panjang-panjang. Gambar jek la yek…
“Waduh, waduh…kuat sungguh kemutan mu ini”
Masing-masing sedang merehatkan tangan selepas acara kemutan bergilir-gilir
Hamka sedang cuba memanjat pagar untuk megelakkan diri daripada acara kemutan.
‘Gadis hibiscrub’
(Hibiscrub adalah cecair penyahjangkitan kuman)
Yang ini pulak, adalah juara pemenang pakaian tercantik. Syabas Shikin!!!