Pertama sekali, aku meminta maaf kerana sudah agak lama tidak meng‘update’ blog aku yang dah dikira bersawang nie. Banyak betul benda nak kejar bila dah hujung-hujung semester nie. Minggu lepas (Khamis), aku ngan rotamate aku Joanne ngan Hamka telah memandulkan kucing aku iaitu Putih.

Pada mulanya, aku takut nak buat kat Putih nie sebab ubat bius yang digunakan adalah jenis cecair yang digunakan untuk ‘menidurkan’ kucing di UK. Rujuk sini untuk bacaan lebih lanjut. Ini adalah berdasarkan kaji selidik aku terhadap kumpulan-kumpulan lepas.

Bila aku buat surgery ini, Alhamdulillah kerana aku mendapat kelebihan menggunakan mesin bius yang berasaskan gas. Gas yang digunakan adalah halothene. Ini merupakan pertama kalinya aku melakukan ovariohysterectomy. Memula tu gelabah jugak. Tapi, aku berjaya menenangkan diri aku sebab kucing tu adalah kucing aku sendiri. Kalau kucing orang lain, buat masa sekarang aku takut nak buat. Karang tak pasal pasal kena saman.

Hari nie adalah hari ke 4, Putih selepas surgery. Alhamdulillah, dia semakin sihat. Dah boleh main-main. Aku berharap, lepas nie dia tak selalu keluar rumah lagik. Salah satu tabiat buruk si Putih nie adalah main bawah kereta. Bila dah main bawah kereta tu, bila balik rumah jek. Habis hitam badan. Lepas tu ada hati nak naik atas katil aku. Cait, pergi mandi dulu!!!!


Putih yang telah dicucuk ubat khayal dan bersedia untuk di’intubate’


Bermulalah sessi membuka perut Putih


Geli tak Putih??? Aku geletek usus kor yea. Nge nge nge… Aku nie baru belajar, kalau orang terrer, dia tak yah keluarkan usus untuk mencari uterus.


Ilek Putih, dah skit lagik nak abis nie.


Alhamdulillah, hari nie hari ke-4 selepas surgeri. Kawasan jahitan kering dan masih melekat. Besar jugak insicion site aku nie.