Archive for April, 2006
Fikirkan Boleh
Apr 17th
Sebelum test
“Anjas, gila mengelabah nie…Kecut perut betul nie”
“Fikirkan boleh Bot!!!”
Dia terus nyanyi lagu untuk menaikkan semangat kiter orang sambil dia membuat tarian joget dia yang sememangnya dalam hati aku rasa cam nak suruh dia berjoget sampai kejang.
Semasa test
“Kalau tak ada idea tu, pergilah toilet cari idea”
Salah sorang lecturer aku suruh aku amek angin (sedut asap) masa aku tengah menggaru-garu kepala aku yang dah memang botak nie.
Selepas test
Arghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! Apa nie???!!!!Adiuhhh…aku ingat Boer (sejenis kambing) boleh beranak 3 kali untuk 2 tahun. Rupanya, boleh jugak setahun 2 kali. Hebat betul Boer nie.
2 hari lagik!!!
Apr 15th
Hari ini hari Sabtu…..TIDAKKKK!!!. Betul ker nie? Oh, sudah semakin dekat. Lagi 2 hari ujian bertulis esei.
Dari Tahun 1 sampai Tahun 5 sylibus yang masuk. “Eh, apa nak baca nie?”,”Erkk…aku dah baca belum pasal pharmacology?? obstretic?? nutrition?? epidemiology??”
Belek sana…belek sini…bila dah abis belek, tutup buku. Refreshhh!!!!……ZZZZZZZzzzzzzz..…..oh, mengantuknya.

“Hamka??? Apa yang kor cakap kat depan tu?”
nota kaki : Terima kasih kepada pembaca blog aku yang mengucapkan good luck kepada aku. Erkkk…amek exam nie kena guna luck jugak ker???
Google installer
Apr 7th
Cikgu dan anak muridnya
Apr 6th
Satu email yang menarik perhatian aku, bukan macam Afzan.“Kor antar email yang merangsang minda aku la, sampai aku teruja nak bukak email kor (yang Nasha Aziz tu)”. Baca la, anda tak akan rugi. Best.
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, “Saya ada satu permainan… Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah “Kapur!”, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah “Pemadam!”
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, “Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah “Pemadam!”, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah “Kapur!”. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. “Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika”
“Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.” “Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?” tanya Guru kepada murid-muridnya. “Paham cikgu…”
“Baik permainan kedua…” begitu Guru melanjutkan.
Seminar FYP
Apr 3rd
Alhamdulillah, dah lepas satu kerja. Hari Sabtu yang lepas aku ngan coursemate aku membentangkan seminar final year project (FYP). Insya-Allah, hari Jumaat nie aku kena membentangkan clinical conference aku pulak. Tinggal beberapa hari lagik VIVA. Risau betul.. Tertekan pun ada…AGHHHHHHH!!!
Supervisor FYP aku tak dapat datang pada masa aku present hari tu. Cuma ada co-supervisor jek. Dr Wahid hari tu dah macam ‘tuan rumah’ kenduri kahwin pulak. Hehehehehe, bila time break, dia tak minum. Ke sana, ke sini melayan tetamu yang datang. Walaupun kurang orang yang datang, tahniah diucapkan kepada Dr Wahid selaku penyelaras kursus kerana pembentangan FYP berjalan lancar.
Erkk…boleh tak aku nak letak gambar jek la yea. heheheheh…maaf kerana kurang clear sebab pakai kamera biasa jek.
Control macho ker Abang Zaidi (kiri) yang sedang bergambar dengan Dr Wahid.
Salesman mana nie?? “Bang, mau beli karpet?”. Aboo (yang tinggi) sibuk nak menjual karpet dia pada hari tu.
Ehh??? ada orang ker nie? tak nampak pun…
Smileeeeeeeee….Eh, yang 2 orang gambar kat bawah tu bukan presenter untuk hari nie. Hehehe..mereka adalah parasite gambar nie jek.


