Archive for May, 2006

Oh MyTeam…

Yes…Malaysia menang lawan Myteam semalam. Salah satu lagi usaha pembaziran yang dilakukan oleh Khairi Jamaludin (KJ) dan Jason Lo. Di dalam sibuk benda-benda lain tengah naik, dok membazir buat benda nie. Baik bagi duit tu pada FAM biar diorang yang carik pemain yang berbakat dan berpotensi.
 
 
Apakah objektif MyTeam? (source)
  • To creates excitement in and towards the local football. (eh??? memang menarik, sampai 2 kad merah. MyTeam kena kad merah yang menunjukkan player diorang yang kurang ajar. Ada ker gi tolak orang lain. Lepas tu gi tunjuk thumb ngan tepuk tangan. Chit! pooodaahhh.)
  • To gives Malaysians an entertaining local football show that can compete with the popularity of the English Premier League. (Yea ker? nak lawan EPL ker? gi lawan Liga Thailand dulu.)
  • To promotes healthy living amongst youth. (Belia benci dadah!!!. Tapi ramai lagik mat gian kat Malaysia nie jugak.)
  • To discover new football talent. (salah satu objektif yang aku setuju. Tapi, aku rasa objektif nie patut yang pertama.)
  • To provides a dream opportunity for many Malaysians to play the national team. (Play the national team or play with national team??? keliru den. Adakah pengurusan MyTeam akan melepaskan pemain yang berbakat macam Arun dan Fairus tu untuk main bawah FAM??? bayar la kalau nak ambil player MyTeam!!! ingat free kaa??? Huhuhhu.)
  • To generate sources of funding for local football. (buat duit atau habiskan duit untuk kepentingan sendiri? Aduhai…udah udah la KJ. Letrik naik harga, ayam naik harga…esok, rokok pulak naik harga.)
  • To help profile Malaysia football globally and regionally with innovative ideas such as MyTeam. (Erkkk…satu dunia kenal MyTeam ker?)

Anyway, aku terhibur ngan game semalam dan kengkadang kala tu aku terlelap sebab tak menarik langsung. Lagik satu persoalan aku??? gol Arun tu suratan atau kebetulan? Sekali jek jadi. Huhuhu…Tapi, free kick Malaysia aku tabik spring la. 2 kali free kick. Masuk jek. Itu bukan kebetulan, itu kebenaran tu. Anyway, aku mengharap team Malaysia bawah 20 nie memang boleh mengharumkan nama negara satu hari nanti. FAM sepatutnya buka lebih skit mata tu. Carik player yang berbakat. Jangan biarkan negara kita malu dengan negara kecik lain macam Singapore tu atau Timur Leste tu. Korek lagik kat kampung-kampung tu, ramai lagik jaguh kampung yang boleh mengharumkan nama negara. Jangan biarkan mereka jadi jaguh…..kat kampung mereka sendiri. Jadikan mereka…JAGUH DUNIA!!!

Nota terselit : Erkkk…salah satu objektif MyTeam tak tercapai. Untuk memalukan FAM. Huhuhuhu…kesian aku tengok muka KJ masa penyampaian hadiah tadi. Tak pe la KJ, banyak lagik duit rakyat leh gunakan. Gunakan sehabisnya selagi Pak Lah jadi PM nie. Huhuhuhu….sedutttt, jangan tak sedut.

Berkhatan

Zaman kanak-kanak merupakan satu zaman yang best dan jika boleh diulang masa lampau walaupun sekali, mesti aku akan memilih zaman kanak-kanak aku. Aku tak ingin kembali ke zaman Parameswara menjumpai Melaka, atau pun zaman Kesultanan Melayu Melaka, atau pun zaman kemerdekaan Malaysia kerana aku tak pasti keadaan semasa di zaman itu. Yang aku pasti, aku ingin mengulangi zaman kanak-kanak aku kerana ia satu zaman yang menyeronokkan.

Teringat aku masa aku kecik-kecik dulu. Aku dan abang aku suka main 'ultraman'. Kami susun kusyen seolah-olah menjadi bangunan. Lepas tu, aku dan abang aku akan menjadi ultraman dan raksasa. Kami akan gaduh olok-olok dan jatuh ke atas kusyen seolah-olah terhempap pada bangunan. Pernah terlintas difikiran kami, macam mana nak buat jaringan kabel elektrik. Kalau korang tengok citer ultraman,  ultraman atau raksasa akan selalu jatuh ke atas kabel elektrik. Aksi lasak macam tu la kami ingin cuba (eh? Lasak ker???)

Walaupun begitu, ada satu masa kalau boleh aku tidak mahu diulangi, iaitu masa kena sunat (berkhatan). Sehari sebelum sunat, aku mengelabah betul. Bapak aku ngan abang aku cakap tak sakit, rasa macam kena gigit semut jek. Aduh, adakah mereka menipu? atau untuk sedapkan hati aku?. Bila time nak sunat, Dr. menyuntik ubat pelali pada sekeliling anu aku. Masa tu memang rasa sakit skit. Tapi, tak adalah sakit sangat. Bila dah lama, doktor tanya sakit tak?. Tak. Ini bermakna, kesan ubat pelali dah jalan. Anjas cakap kat aku, selalunya masa dia tanya "sakit ke tak?", selalunya doktor dah mula clamp. Bapak Anjas seorang tok mudim moden, klinik la. Untuk pengetahuan, clamping adalah di mana prosedur mengepit dilakukan dan amat sakit sekali. Di dalam sunat, ia akan dilakukan pada prepuce.

Bila dah habis sunat, tibalah masa ia untuk sembuh. Masa nie pun sakit gila sebab kesan ubat pelali dah tak ada. Kalau aku tido, bapak aku akan mengikat kaki aku pada bucu katil sebab aku tidur lasak. Bila nak kencing, mak uii…sakit gila. Tanyalah lelaki mana pun…mesti sakit.

Semalam, aku dapat satu video pasal sunat nie (aku share kat bawah entri nie). Tapi, ini cara kampung. Menakutkan, horror dan seram bila tengok. Aku tak tahu la sakit yang macam mana, tapi aku pasti sakitnya lebih sakit daripada kena gigit semut. Ada tak pembaca blog aku (lelaki jek) yang sunat cara kampung?. Aku rasa video nie bukan daripada Malaysia (rasa macam kat Afrika). Tapi, cara dia potong dapat meremangkan bulu roma bila tengok.

Yell

 

Note terselit : Dulu, masa aku cuci luka jahitan sunat, abang yang cuci tu cakap, "Bersakit-sakit dahulu, bersedap-sedap kemudian". Aku tak paham masa tu….blurrrr. Innocent

Best jugak lagu nie

Korang ingat tak lagu nie? Kalau tak silap aku, lagu ada dalam cerita ‘Kutu’ yang dilakonkan oleh Allahyarham Sudirman. Aku suka cerita tu masa kecik-kecik dulu. Sedih, terharu, kelakar pun ada bila menonton cerita tu. Betapa susahnya hendak dapat kerja pada masa tu sehinggakan terpaksa mengutip botol. Orang muda tuuu…. Ada ker orang muda sekarang yang nak berkerja macam tu? Sekarang, nak cari kerja pun susah. Tapi, ramai ker yang nak kerja yang bukan duduk dalam bilik air-cond?

Teringat aku bila aku memberi pesan kepada kawan aku seorang pengganggur. “Binatang pun berkerja, tengok lembu tu”. Sekarang, aku pulak pengganggur.


Sudirman – Aku Pengganggur

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Projek reban kekura

Aku dah berada di Seremban sekarang. Bapak aku tak bagi aku dok lelama kat Serdang. Hahahahaha, dia tak cayakan aku la tu. Lagipun, aku dok kat Serdang bukannya buat apa. Layan internet dan lawan Winning Eleven ngan Ayuz. Dah la manjang menang jek (hahahahhaa, sapa yang menang tu???).Tu jek la kerja aku. Buat masa sekarang, aku dok rumah sambil menunggu interview.

Aku ada projek sebenarnya minggu lepas. Sepanjang aku berada di Serdang minggu lepas, aku membuat reban kura-kura bersama dengan Syahar. Syahar memberi aku pelbagai jenis idea. Memula aku nak buat reban kecik jek, lepas tu aku ternampak almari buku aku yang dah tak guna sebab aku ada almari buku yang lain. Jadi, aku dengan perasaan yang tak tau pape pasal bertukang nie pun memulakan projek reban kura-kura. Syahar pulak, memberikan kata-kata semangat supaya aku meneruskan usaha bertukang sambil dia menonton Astro tanpa menolong aku. Terima kasih kepada Ayuz sebab bagi pinjam gergaji. Nanti aku pulangkan kat kor balik.

Bila dah siap reban, aku ngan Syahar pergi ke kedai bunga untuk membeli bunga. Aduhai, aku ingat Syahar tau pasal bunga-bunga nie, rupanya dia 2 kali 5 jek ngan aku. Agak lama jugak aku pergi shopping ngan Syahar kat kedai bungan sambil memilih bunga yang kontot-kontot. Dan, akhir sekali aku terpaku melihat kecantikan bunga tahi ayam. Apa lagik, angkat satu la. Syahar kata tak payah, bunga nie berlambak kat tepi jalan. Ahhh, aku nak jugak. Jangan monyet, jangan….Keesokkannya, bunga tahi ayam aku hampir mati. Hah, tu la, degil lagi.

Hari Sabtu yang lepas, aku pergi ke Melaka kerana ingin mengambil kura-kura yang telah aku beli daripada seorang kenalan daripada internet. Ok jugak la harga yang ditawarkan. Mak aku pulak terkejut sebab aku nak beli kura-kura. Dia ingat kura-kura yang biasa jek. Bila aku sebut harga jek, mak aku geleng kepala. Abang aku tersengih jek. Adik aku, lagik la excited. Sampai Melaka pukul 6.20 petang. Nasib baik kenalan aku nie nak tunggu kat McDonald depan Zoo Melaka. Tak payah la aku susah-susah carik dia kat MMU. Senang jek carik dia, tersengih-sengih aku melihat dia sambil bertanya, “Juean ker nie???”. Haa, sah betul sebab aku ternampak kotak kecik kat tepi dia. Itu la kali pertama aku melihat kura-kura tu depan mata aku. Wahhh, comelnya…..

Sampai Seremban pukul 7.30 malam sebab aku berhenti kat tepi highway nak main-main ngan kekura aku. Lepas tu, terus aku letak kura-kura dalam reban kura-kura. ‘Mereka’ tak banyak bergerak. Mungkin kerana tempat tu masih baru bagi mereka. So, aku biarkan jek la. Aku memetik pucuk bunga raya sebab aku nak bagi kura-kura tu makan. Alhamdulillah, ‘mereka’ makan pun. Comel betul tengok mereka makan.

Sekarang, aku nak carik calcium supplement untuk ‘mereka’. Dengar cerita satu botol RM30. Mak oii!!! mahal betul. Lepas tu aku nak carik lampu UV untuk ‘mereka’. Mmmm, entah berapa pulak harga lampu tu. Lepas tu pulak, aku nak bela corn snake. Hahahahahha….abang aku terkejut sebab aku nak bela ular pulak. “Uihs, lawa la ular tu Long”.” Ish, kor jangan mengado-ngado, karang terkojut pulak mak kau”. “Yo laa….”.

Untuk sesiapa yang tak tahu, kura kura yang aku beli ini dikenali sebagai ‘Star Tortoise’ atau dikenali sebagai Geochelone Elegans. Geochelone Elegans tak hidup di dalam air malah mereka species kura-kura yang takut air. Mereka hidup di kawawan berumput dan berbatu. Tempoh matang mereka adalah dalam lingkungan 10-12 tahun. Tunggu aku beranak dulu, baru ‘mereka’ boleh beranak. Dan mereka boleh hidup hampir 100 tahun. Itu pun kalau sihat. Aku kurang berpengalaman skit dalam bab-bab menjaga kura-kura nie. Kepada pembaca blog yang berpengalaman, meh la kongsi dengan aku terutama dari segi pengurusan dan penyakit.

Aku nak kongsi gambar dengan pembaca blog aku mengenai kura-kura nie. Ops, lupa lagi satu. Aku tak bagi lagik nama kat kura-kura nie. Nama apa yek yang sesuai? lagik satu, dua-dua nampak sama jek. Macammana aku nak bezakan mereka? Oh, tidak……


Oops…sorry, tengah tido ker???


Eh? nak tido ker nak main kejar-kejar?


Aku kejutkan mereka tengah-tengah malam, semata-mata untuk posing buat tantapan pembaca blog aku


Ish, tak reti berposing la diorang nie. Manjang nak tido jek. Mana taknya, dah pukul 3 pagi. Sapa yang tak normal tido nie? aku atau kura-kura?

Naik jugak…

Harga ayam naik 40sen. Tapi, harga masih dalam kawalan.

“Syahar, ayam naik harga”.
“hahahah…mintak-mintak gaji aku naik nanti”
“Lapor diri kerja belum lagik, dah berangan nak naik gaji…poooraahhhh”

**Syahar dapat kerja kat Ladang ayam sebagai doktor veterinar.

Lagi-lagi TmNut

Korang ada pasang streamyx kat rumah??? mesti kebanyakkannya ada kan? dan ada yang tak ada kan? Korang tahu tak berapa bayaran yang dikenakan kepada first timer yang nak pasang streamyx? RM99 (untuk 1MB with modem) + RM75 + RM88 + RM50 = RM312.

Yang RM50 tu yang aku tak puas hati. RM50 adalah untuk kita bayar contractor kalau diorang datang rumah. Hanya untuk setup PC dan connect ke internet. Kalau orang tu pandai pasang, pun kena bayar jugak. Banyak tu RM50.

Case study
Semalam aku daftar streamyx untuk lecturer aku secara online. Aku buat pakej member get member. Ini bermakna, aku akan dapat rebate RM50 dan lecturer aku akan dapat rebate RM30. Semuanya berjalan lancar. Lepas tu, aku terpikir mengenai upah contractor tu. Perlu ker bayar, kalau pasang sendiri??? Ini kerana, streamyx ada satu pakej yang dipanggil ‘streamyx-in-a-box‘. Pakej ini membenarkan kita mengambil modem kita dan memasangnya sendiri ke PC kita.

Hari nie, aku pergi ke Telekom Kajang untuk mengambil modem untuk lecturer aku nie. Sebelum aku pergi, aku phone customer service. Mereka cakap, “Encik boleh datang ke mana-mana kedai Telekom, kemudian ambil modem untuk kawan encik tu”. Maknanya, aku boleh la amek modem untuk lecturer aku tu dan aku akan memasangnya di rumah dia. Tak perlu la lecturer aku tu bayar RM50.

Bila sampai Kajang, akak yang jaga meja tu buat muka confius. Dia pun tak tau agaknya. Lepas tu dia bangun dan tanya kawan dia.
“Dik, mintak maaf yea. Sesiapa yang register online, tak boleh pakai pakej ‘streamyx-in-a-box’.”

“Kalau ‘Member get member’ pun tak boleh pakai ‘streamyx-in-a-box’ ker???”

“Tak boleh jugak”

“Tapi, kenapa masa saya call customer service tadi dia cakap boleh?”

“Erk…” (sambil buat muka terkedu)

Aku nie cepat kesian kat orang, jenis malas nak tengking, jenis malas nak lawan. Aku terus meninggalkan akak yang tengah terkedu tu. Aku tau, sebab nama kompeni internet nie TmNut. Sebab tu aku malas nak melawan. Perkhidamatan lembab dan customer service lagik la lembab. Tak tau pasal produk syarikat korang kerja. Lain kali, tak perlu la cakap boleh amek modem kalau korang sendiri pun tak pasti. Cuba bayangkan kalau rumah orang tu 30km daripada kedai Telekom? bila sampai kedai Telekom, diorang cakap ‘tak boleh’. Padahal, customer service cakap ‘boleh’. Jangan makan gaji buta oiii!!! pergi study pasal kompeni korang kerja tu. Bukan apa, sebab korang nie ‘CUSTOMER SERVICE’. You should know more than other!!!. The more you know, the better!!!. If you said you are a leading internet service provider, it’s a shame for Malaysian, because you are spitting on your own face.

Erkk…ada tak memana pembaca blog aku yang kerja customer service??? apa yang korang buat kalau korang tak dapat jawap soalan client? adakah korang akan bertanya orang yang lebih arif sambil meletakkan ganggang telefon ke lagu yang ntah apa-apa ntah untuk client dengar???