Zaman kanak-kanak merupakan satu zaman yang best dan jika boleh diulang masa lampau walaupun sekali, mesti aku akan memilih zaman kanak-kanak aku. Aku tak ingin kembali ke zaman Parameswara menjumpai Melaka, atau pun zaman Kesultanan Melayu Melaka, atau pun zaman kemerdekaan Malaysia kerana aku tak pasti keadaan semasa di zaman itu. Yang aku pasti, aku ingin mengulangi zaman kanak-kanak aku kerana ia satu zaman yang menyeronokkan.

Teringat aku masa aku kecik-kecik dulu. Aku dan abang aku suka main 'ultraman'. Kami susun kusyen seolah-olah menjadi bangunan. Lepas tu, aku dan abang aku akan menjadi ultraman dan raksasa. Kami akan gaduh olok-olok dan jatuh ke atas kusyen seolah-olah terhempap pada bangunan. Pernah terlintas difikiran kami, macam mana nak buat jaringan kabel elektrik. Kalau korang tengok citer ultraman,  ultraman atau raksasa akan selalu jatuh ke atas kabel elektrik. Aksi lasak macam tu la kami ingin cuba (eh? Lasak ker???)

Walaupun begitu, ada satu masa kalau boleh aku tidak mahu diulangi, iaitu masa kena sunat (berkhatan). Sehari sebelum sunat, aku mengelabah betul. Bapak aku ngan abang aku cakap tak sakit, rasa macam kena gigit semut jek. Aduh, adakah mereka menipu? atau untuk sedapkan hati aku?. Bila time nak sunat, Dr. menyuntik ubat pelali pada sekeliling anu aku. Masa tu memang rasa sakit skit. Tapi, tak adalah sakit sangat. Bila dah lama, doktor tanya sakit tak?. Tak. Ini bermakna, kesan ubat pelali dah jalan. Anjas cakap kat aku, selalunya masa dia tanya "sakit ke tak?", selalunya doktor dah mula clamp. Bapak Anjas seorang tok mudim moden, klinik la. Untuk pengetahuan, clamping adalah di mana prosedur mengepit dilakukan dan amat sakit sekali. Di dalam sunat, ia akan dilakukan pada prepuce.

Bila dah habis sunat, tibalah masa ia untuk sembuh. Masa nie pun sakit gila sebab kesan ubat pelali dah tak ada. Kalau aku tido, bapak aku akan mengikat kaki aku pada bucu katil sebab aku tidur lasak. Bila nak kencing, mak uii…sakit gila. Tanyalah lelaki mana pun…mesti sakit.

Semalam, aku dapat satu video pasal sunat nie (aku share kat bawah entri nie). Tapi, ini cara kampung. Menakutkan, horror dan seram bila tengok. Aku tak tahu la sakit yang macam mana, tapi aku pasti sakitnya lebih sakit daripada kena gigit semut. Ada tak pembaca blog aku (lelaki jek) yang sunat cara kampung?. Aku rasa video nie bukan daripada Malaysia (rasa macam kat Afrika). Tapi, cara dia potong dapat meremangkan bulu roma bila tengok.

Yell

 

Note terselit : Dulu, masa aku cuci luka jahitan sunat, abang yang cuci tu cakap, "Bersakit-sakit dahulu, bersedap-sedap kemudian". Aku tak paham masa tu….blurrrr. Innocent