Korang ingat tak lagu nie? Kalau tak silap aku, lagu ada dalam cerita ‘Kutu’ yang dilakonkan oleh Allahyarham Sudirman. Aku suka cerita tu masa kecik-kecik dulu. Sedih, terharu, kelakar pun ada bila menonton cerita tu. Betapa susahnya hendak dapat kerja pada masa tu sehinggakan terpaksa mengutip botol. Orang muda tuuu…. Ada ker orang muda sekarang yang nak berkerja macam tu? Sekarang, nak cari kerja pun susah. Tapi, ramai ker yang nak kerja yang bukan duduk dalam bilik air-cond?

Teringat aku bila aku memberi pesan kepada kawan aku seorang pengganggur. “Binatang pun berkerja, tengok lembu tu”. Sekarang, aku pulak pengganggur.


Sudirman - Aku Pengganggur

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur