Lagi-lagi TmNut

Korang ada pasang streamyx kat rumah??? mesti kebanyakkannya ada kan? dan ada yang tak ada kan? Korang tahu tak berapa bayaran yang dikenakan kepada first timer yang nak pasang streamyx? RM99 (untuk 1MB with modem) + RM75 + RM88 + RM50 = RM312.

Yang RM50 tu yang aku tak puas hati. RM50 adalah untuk kita bayar contractor kalau diorang datang rumah. Hanya untuk setup PC dan connect ke internet. Kalau orang tu pandai pasang, pun kena bayar jugak. Banyak tu RM50.

Case study
Semalam aku daftar streamyx untuk lecturer aku secara online. Aku buat pakej member get member. Ini bermakna, aku akan dapat rebate RM50 dan lecturer aku akan dapat rebate RM30. Semuanya berjalan lancar. Lepas tu, aku terpikir mengenai upah contractor tu. Perlu ker bayar, kalau pasang sendiri??? Ini kerana, streamyx ada satu pakej yang dipanggil ‘streamyx-in-a-box‘. Pakej ini membenarkan kita mengambil modem kita dan memasangnya sendiri ke PC kita.

Hari nie, aku pergi ke Telekom Kajang untuk mengambil modem untuk lecturer aku nie. Sebelum aku pergi, aku phone customer service. Mereka cakap, “Encik boleh datang ke mana-mana kedai Telekom, kemudian ambil modem untuk kawan encik tu”. Maknanya, aku boleh la amek modem untuk lecturer aku tu dan aku akan memasangnya di rumah dia. Tak perlu la lecturer aku tu bayar RM50.

Bila sampai Kajang, akak yang jaga meja tu buat muka confius. Dia pun tak tau agaknya. Lepas tu dia bangun dan tanya kawan dia.
“Dik, mintak maaf yea. Sesiapa yang register online, tak boleh pakai pakej ‘streamyx-in-a-box’.”

“Kalau ‘Member get member’ pun tak boleh pakai ‘streamyx-in-a-box’ ker???”

“Tak boleh jugak”

“Tapi, kenapa masa saya call customer service tadi dia cakap boleh?”

“Erk…” (sambil buat muka terkedu)

Aku nie cepat kesian kat orang, jenis malas nak tengking, jenis malas nak lawan. Aku terus meninggalkan akak yang tengah terkedu tu. Aku tau, sebab nama kompeni internet nie TmNut. Sebab tu aku malas nak melawan. Perkhidamatan lembab dan customer service lagik la lembab. Tak tau pasal produk syarikat korang kerja. Lain kali, tak perlu la cakap boleh amek modem kalau korang sendiri pun tak pasti. Cuba bayangkan kalau rumah orang tu 30km daripada kedai Telekom? bila sampai kedai Telekom, diorang cakap ‘tak boleh’. Padahal, customer service cakap ‘boleh’. Jangan makan gaji buta oiii!!! pergi study pasal kompeni korang kerja tu. Bukan apa, sebab korang nie ‘CUSTOMER SERVICE’. You should know more than other!!!. The more you know, the better!!!. If you said you are a leading internet service provider, it’s a shame for Malaysian, because you are spitting on your own face.

Erkk…ada tak memana pembaca blog aku yang kerja customer service??? apa yang korang buat kalau korang tak dapat jawap soalan client? adakah korang akan bertanya orang yang lebih arif sambil meletakkan ganggang telefon ke lagu yang ntah apa-apa ntah untuk client dengar???

14 thoughts on “Lagi-lagi TmNut

  1. nak tau apa aku buat??

    kalau customer call, aku akan forwardkan ke orang yang aku tau dia arif tentang apa yang customer tu call. kalau orang tu takder, aku akan suruh dia tipon orang tu petang karang atau esok jer. sama juga kalau di kaunter, prosedur umum nihh…

    note : aku bukan kerja customer service. jadi kalau aku tatau, aku cakap je dengan customer tu yang aku tatau.

    Reply

  2. lainkali, kau cari memana kedai komputer atau kedai henpon yg ada buat streamyx registration. tanya diorang kalo ko bawak customer, bape komisyen kau. pilih streamyx in a box. nanti ko akan dpt komisyen (sepatutnya jumlah komisyen ialah 1 bulan langganan, e.g. RM99). then, ko cas pulak member/lecturer ko tu RM50, atau RM30 kalo ko nak kasi diskaun. cas apa? cas utk installation la. heheee…

    Reply

  3. ooo
    kalau aku.. .pon same gak.. aku akan pass pd org yg tahu..
    tapi kalau org tu takde.. same gaklah aku akan bg hand phone number utk org tu call directly pd org yg ariff tu, kalau still dia tak dpt ckp ngan org tu.. aku akan amik maslah dia.. n suh dia tinggal phone numbe..n aku akan make sure maslah dia dilayan.. sekurang-kurangnye keesokan harinye..
    tapi aku tak ckplah kat client aku tak tahu.. sebab tu nampak mcm tak berape manis.. selalu aku ckp.. org yg incharge takde.. ehehe.. nampak mcm manis2 sikit le ayat tu..

    Reply

  4. hey…dah lama tak suft ur website!! apa khabar? belum kerja lagi ker? cepat la cari kerja…i ni tunggu ur latest news tau. eh, kalaua next time i nak pasang streamyx i looking for u ya. cos i dah tak tinggla kat rumah lama.

    Reply

  5. tmnut memang camtu.. kelemahan syarikat sendiri tidak melatih secara baik. byk tidak tahu akan produk sendiri. biasanya aku bantu member aku je pasang streamyx.. amik upah minum air je…huhuhuh

    Reply

  6. hurmz

    pakej Streamyx In-a-box ni kira kita wat installation sendiri je kan ? tu je beza nye
    tapi memang aku tak puas ati ngan customer service… diorang ni banyak tak tahu tentang company pastu pandai2 wat fatwa sendiri.. macam ari tu aku call tanya streamyx leh reg tak kalau guna tm home prepaid.. tapi diorang kata tak boleh.. aku bukak site pon tak di update.. than hantar email kat diorang..

    nasib ada yang tau kata boleh
    so pada pekerja2 streamyx hope korang amik tau tentang perkembangan company

    Reply

  7. Hahaha….macammana nak kerja kan? cuba bayangkan, kor jual satu barang yang kor sendiri tak tahu apa kebenda yang kor jual tu. Kirenya, macam tu la perumpamaannya.

    Reply

  8. korang ni sume mmg jenis cust yg bodo dan bebal..tau nk complain je padahal korang sendri pn bukan pekerja yg baik..ada yg keje kt company tepi jalan je tp berlagak nk mampos..sedar diri la sikit klau xde TM korang xkn dpt kenal erti teknologi..lain kali klu x mampu pkai streamyx jgn la pkai..bodo punya cust!!

    Reply

  9. Hahahahah….Akhirnya. Selama 2 tahun aku menunggu. Ada pun orang yang kerja ngan TmNet. Seperti biasa, TmNet akan ‘menyalak’ jek. Tapi, gunung tu tak runtuh jugak. Hahahaha…

    Kalau tak ada TmNet pun, aku boleh kenal teknologi.Lagi satu, kalau tak ada TMNet pun.LAGI AKU SUKA!!! SEBAB tak ada la kompeni yang memonopoli ISP kat Malaysia nie. Hahahah…

    Lagik satu Bdk TM, kalau kor budak yang tahu IT, pasti kor tak akan menunjukkan IP semasa menulis komen di blog ini.Hahaha…nampak sangat CS TMnet tergolong dari orang yang cetek ilmu seperti aku nyatakan dalam blog aku di atas.

    Ops, lagik satu. Agaknya, kat sini jek la kor leh luahkan ketidakpuas hatian selepas kena marah ngan kiter orang. Padan muka kor.!!!! hahahah…puas hati aku sebab ada balaci TmNet yang baca blog aku. Hahahahaah (gelak lagikkk!!!)

    Reply

  10. haha.. doBot,

    dalam byk2 cs stimix. nie la first time aku tengok diorang backup TM. yang lain2 tu semua blame jugak kat TM nie

    kenapa dia sayang kat TM eh ? gaji dia lebih kot dari yang lain2

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>