Alhamdulillah…itu yang aku dapat katakan selain perkataan Yahoo!!! bila Ayuz hantar sms tengah hari tadi. Pertama sekali, aku ingin meminta maaf kepada pembaca blog aku kerana sudah lama tidak update blog. Bukan tak mo update. Cuma mood untuk update jek tak ada. Hilang semangat untuk update. Tak tau apa nak tulis melainkan penyiksaan sebab penantian tu satu penyiksaan.
Hari nie, keputusan VIVA keluar. Semua budak class aku lulus dan layak untuk grad. Congratulations to all my coursemate!!! You are doctor now!!!. Lepas nie, korang semua dah jadi vet. Jadi la vet yang bertanggungjawab dan yakin dengan diri sendiri. Bila orang sebut vet, orang akan ingat doktor haiwan. Tapi, sebenarnya vet merangkumi banyak bidang sebagai contoh, kesihatan umum dan farmasi. Selain daripada tu, jika ada sesuatu penyakit yang baru kepada manusia, vet memainkan peranan di dalam langkah memastikan penyakit itu tidak merebak, sebagai contoh penyakit Nipah ngan selsema burung.
Aku sebenarnya memang hilang semangat sejak VIVA bermula lagik. Maksud hilang semangat tu, bukan hilang semangat nak hidup. Tapi, rasa macam tak ada mood nak buat apa-apa benda. Nak update blog malas, nak masuk blog orang pun malas, nak layan internet pun malas. Yang aku buat, hanya menanti dan terus menanti (tido la tu). Bak kata abang aku, “Sabar la doBot, kor dah berusaha.Tawakal jek la”
Hari Selasa yang lalu, pelajar yang dipanggil balik untuk VIVA diumumkan. Aku mengelabah. Aku mengelabah sebab, kenapa aku tak dipanggil balik??? adakah aku lulus atau aku gagal dengan cemerlang? Entah la, kalau tanya aku apa perasaan aku pada masa tu, aku rasa macam nak demam. Sistem immune aku menurun. Bila kita berada di dalam keadaan tertekan, sistem immune kita akan rendah. Sebab tu orang stress selalu demam.
Semalam, class aku buat farewell dinner. Apasal farewell dinner? sebab kiter orang tak confirm grad lagik. Sepatutnya kena letak “Graduation Dinner”. Tapi, farewell dinner? Bersesuaian dengan tajuk makan malam, “Majlis Makan Malam Selamat Tinggal”. Aku sedih dan gabra. Sedih sebab akan meninggalkan kengkawan dan gabra sebab result VIVA tak keluar lagik. Tak ada mood sebenarnya…Hehehhehe, “Think positive doBot!!!”, Ayuz kata kat aku. “Mana leh pikir dah nie Yuz??? setiap kali fikir, termenung dah mengelamun aku”. Bila aku salam Pak Syeikh, “Well Done Faizul!!!”. Ehh??? apasal Pak Syeikh nak well done aku nie??? Result tak keluar lagik nie? Adakah aku lulus??? Argh…jangan terlalu mengharap doBot.
Hari nie….YAHOOOOO!!! ALHAMDULILLAH!!!. Semua lepas!!!. Terima kasih aku ucapkan kepada Dr Wahid sebab lakonan Dr Wahid pada malam dinner dan masa tunjuk result VIVA amat-amat realistik. Memang dari muka Dr Wahid ada nampak riak yang ada student fail. Aku ngan Anjas siap slow talk ngan Dr Wahid, sebab nak tau result masa malam dinner tu. Tapi, hampa. “Tunggu 1.45 tengah hari esok”, ringkas jawapan Dr Wahid. Walaupun jawapan ringkas, tapi sangat bermakna untuk aku. Lagik sekali, terima kasih kepada segala tunjuk ajar Dr Wahid kepada kami semua. Memang jadi lakonan Dr…mengelabah kiter orang.