Projek reban kekura
Aku dah berada di Seremban sekarang. Bapak aku tak bagi aku dok lelama kat Serdang. Hahahahaha, dia tak cayakan aku la tu. Lagipun, aku dok kat Serdang bukannya buat apa. Layan internet dan lawan Winning Eleven ngan Ayuz. Dah la manjang menang jek (hahahahhaa, sapa yang menang tu???).Tu jek la kerja aku. Buat masa sekarang, aku dok rumah sambil menunggu interview.
Aku ada projek sebenarnya minggu lepas. Sepanjang aku berada di Serdang minggu lepas, aku membuat reban kura-kura bersama dengan Syahar. Syahar memberi aku pelbagai jenis idea. Memula aku nak buat reban kecik jek, lepas tu aku ternampak almari buku aku yang dah tak guna sebab aku ada almari buku yang lain. Jadi, aku dengan perasaan yang tak tau pape pasal bertukang nie pun memulakan projek reban kura-kura. Syahar pulak, memberikan kata-kata semangat supaya aku meneruskan usaha bertukang sambil dia menonton Astro tanpa menolong aku. Terima kasih kepada Ayuz sebab bagi pinjam gergaji. Nanti aku pulangkan kat kor balik.
Bila dah siap reban, aku ngan Syahar pergi ke kedai bunga untuk membeli bunga. Aduhai, aku ingat Syahar tau pasal bunga-bunga nie, rupanya dia 2 kali 5 jek ngan aku. Agak lama jugak aku pergi shopping ngan Syahar kat kedai bungan sambil memilih bunga yang kontot-kontot. Dan, akhir sekali aku terpaku melihat kecantikan bunga tahi ayam. Apa lagik, angkat satu la. Syahar kata tak payah, bunga nie berlambak kat tepi jalan. Ahhh, aku nak jugak. Jangan monyet, jangan….Keesokkannya, bunga tahi ayam aku hampir mati. Hah, tu la, degil lagi.
Hari Sabtu yang lepas, aku pergi ke Melaka kerana ingin mengambil kura-kura yang telah aku beli daripada seorang kenalan daripada internet. Ok jugak la harga yang ditawarkan. Mak aku pulak terkejut sebab aku nak beli kura-kura. Dia ingat kura-kura yang biasa jek. Bila aku sebut harga jek, mak aku geleng kepala. Abang aku tersengih jek. Adik aku, lagik la excited. Sampai Melaka pukul 6.20 petang. Nasib baik kenalan aku nie nak tunggu kat McDonald depan Zoo Melaka. Tak payah la aku susah-susah carik dia kat MMU. Senang jek carik dia, tersengih-sengih aku melihat dia sambil bertanya, “Juean ker nie???”. Haa, sah betul sebab aku ternampak kotak kecik kat tepi dia. Itu la kali pertama aku melihat kura-kura tu depan mata aku. Wahhh, comelnya…..
Sampai Seremban pukul 7.30 malam sebab aku berhenti kat tepi highway nak main-main ngan kekura aku. Lepas tu, terus aku letak kura-kura dalam reban kura-kura. ‘Mereka’ tak banyak bergerak. Mungkin kerana tempat tu masih baru bagi mereka. So, aku biarkan jek la. Aku memetik pucuk bunga raya sebab aku nak bagi kura-kura tu makan. Alhamdulillah, ‘mereka’ makan pun. Comel betul tengok mereka makan.
Sekarang, aku nak carik calcium supplement untuk ‘mereka’. Dengar cerita satu botol RM30. Mak oii!!! mahal betul. Lepas tu aku nak carik lampu UV untuk ‘mereka’. Mmmm, entah berapa pulak harga lampu tu. Lepas tu pulak, aku nak bela corn snake. Hahahahahha….abang aku terkejut sebab aku nak bela ular pulak. “Uihs, lawa la ular tu Long”.” Ish, kor jangan mengado-ngado, karang terkojut pulak mak kau”. “Yo laa….”.
Untuk sesiapa yang tak tahu, kura kura yang aku beli ini dikenali sebagai ‘Star Tortoise’ atau dikenali sebagai Geochelone Elegans. Geochelone Elegans tak hidup di dalam air malah mereka species kura-kura yang takut air. Mereka hidup di kawawan berumput dan berbatu. Tempoh matang mereka adalah dalam lingkungan 10-12 tahun. Tunggu aku beranak dulu, baru ‘mereka’ boleh beranak. Dan mereka boleh hidup hampir 100 tahun. Itu pun kalau sihat. Aku kurang berpengalaman skit dalam bab-bab menjaga kura-kura nie. Kepada pembaca blog yang berpengalaman, meh la kongsi dengan aku terutama dari segi pengurusan dan penyakit.
Aku nak kongsi gambar dengan pembaca blog aku mengenai kura-kura nie. Ops, lupa lagi satu. Aku tak bagi lagik nama kat kura-kura nie. Nama apa yek yang sesuai? lagik satu, dua-dua nampak sama jek. Macammana aku nak bezakan mereka? Oh, tidak……
Oops…sorry, tengah tido ker???
Eh? nak tido ker nak main kejar-kejar?
Aku kejutkan mereka tengah-tengah malam, semata-mata untuk posing buat tantapan pembaca blog aku
Ish, tak reti berposing la diorang nie. Manjang nak tido jek. Mana taknya, dah pukul 3 pagi. Sapa yang tak normal tido nie? aku atau kura-kura?
| Print article | This entry was posted by doBot on Monday, 22 May 2006 at 430, and is filed under Life as a vet student, My Life. Follow any responses to this post through RSS 2.0. You can leave a response or trackback from your own site. |


about 4 years ago
D, cantik giler! nanti ping yin mesti jealous. tapi dia punya free roaming kat garden dia. hehehehe. selamat membela…..
Reply
about 4 years ago
cara menjaganya
ko kena bela arnab
kerana setiap tahun, kurakura suka bersenam dengan berlumba lari dengan arnab
Reply
about 4 years ago
alahai..comeinye tortoise…nak sekor bleh ..
by the way…”rumah” kura-kura tu pun cantik…
Reply
about 4 years ago
Coommmeeelll nyer ko nyer kura2.. ko rasa senang dok nak bela ‘dorang’ nie?.. akupun tengah berkira2 nak cari teman untuk dibelai.. muakakakaa…. jangan salah faham… nak cari binatang peliharaan… any suggestion bot?..
Reply
about 4 years ago
Joanne : hahahha….Ping Yin punya tortoise dah besar. Boleh la letak kat garden. Aku nak letak yang nie pun risau, sebab kepala diorang pendek lagik nak capai daun. Hehhehehe
Ron97 : Hahahhaha….aku akan mengadakan sukan tahunan untuk kekura aku tu. Buat tahun nie, aku akan biar dia berlatih ngan kucing aku dulu. Bila dah kalahkan kucing aku, baru aku akan suruh ‘mereka’ berlumpa dengan arnab pulak.
Syazna : Hehehhehe…aku ada 2 ekor jek. Nanti kalau dah banyak aku bagik seekor. Tapi, lambat lagik la. Thanks sebab cakap ‘taman kure2′ aku cantik. Aku bukannya reti bercucuk tanam nie.
Alangz : Hahahhaha….nak cari teman yek? Kalau kor nak carik teman, carik la dari keluarga cicak atau lizard. Best jugak mereka nie. Yang kire senang nak juga adalah Gecko, water dragon atau iguana. Gecko O.K jugak sebab dia dok kat tempat kering.
Reply
about 4 years ago
hahahaah.. Dobot bela kura-kura.. macam.. jadi… ok la bro, it’s time to start a kura-kura farm know as the “dotise”.. hahah
ok ??? combination between dobot + tortoise…
Chill bro.. bila mau lawan winning eleven.. nak balas dendam ni…!!!!
Reply
about 4 years ago
uh…tak macam besar sangat sangat ke utk kekura tu? hehe..
Reply
about 4 years ago
saya suka reban tu!!! cantik giler!!! wowowow.. tak tersangka.. ko creative takat ni.. salute salute!
tabik hormat.
Reply
about 4 years ago
Dennis Athensi : Hhahahha…i call me ‘Dotise’ now yea Bro. Watch out your mouth. Hahah…bila aku balik Serdang nanti kita lawan ‘Loosing Eleven’
Zul : memang besar Zul. Buat masa sekarang, aku bercadang nak bela 2 ekor dulu. Kalau ada duit, nanti nak bela skit skit. Buat masa sekarang, 2-2 ekor nie jantan.
Pam : Hahahaha…reban pun cantikkan? Hehhehe, ada ker reban yang cantik? I got idea to design this reban while im sleeping. Anyway, Thanks.
Reply
about 4 years ago
best tengok orang ada pet. aku ni tak selera nak bela pet lagi le.. trauma bila kucing mati. serik gitu.
Reply
about 4 years ago
oo, ko dera ye kura2 tuh ..
Reply
about 4 years ago
yg jantan ko panggil brady dan yg betina ko panggil angie.
mcm brad pitt dan angeline jolie..
tak pun letak nama klasik: uda dan dara, atau lela dan manja
Reply
about 4 years ago
Bot, kau boleh buat kajian nak biakkan burung hantu? Barn owl… boleh kawal tikus dan ular kat ladang sawit ke, sawah padi ke, or even dalam rumah aku…. banyak tikus la…. maklumla rumah aku sambung dengan kedai runcit… tikus suka lepak sbb ration free banyak dalam kedai tu…. lagi satu, kalau aku got rid dari tikus tu pun… jiran jiran aku masih rajin membela nya.. so dia biak sana, dia lepak ria kat rumah aku… tension…. tension….
kau kajilah saiz reban burung hantu tu… cara membiak… berapa kos dan kalau boleh berapa boleh jual benih tetas anak burung hantu tu.. boleh buat industri ni… 20 persen aku bagi kau.. he he he…… kura kura kau ada parasit tak? lintah ke?… kau dah chech celah kangkang kura kura tu?
Reply
about 4 years ago
Angah : Tak pe Angah, bila ada keinginan dan semangat serta tanggungjawab, nanti kor bela la pape.
Faizah : Hahahah…mana ada dera. Tak elok…
Buku Nota : masalahnya, kedua-duanya jantan. Nak buat camna?
flyboy : hahahaha….kalau nak buat burung hantu dalan rumah susah la. Sebab burung nie outdoor. Nanti aku tanya kawan aku pasal burung hantu nie, dia tu pakar burung. Semua burung dia pakar.hehehehhe
Reply
about 4 years ago
hahahaha.sape yg kalah beb???mari sini la kalo berani!!! siap jugak reban kekura ko. dok bertukang siang malam.heheh
Reply
about 4 years ago
dobot,
kau jangan jadi penceroboh hak asasi kura2. mereka ada hak utk mengawan.
Reply
about 4 years ago
Assalamualaikum bot. wa dasat reban kura2 ko. tak boleh panggil reban lawa mcm tu. nama taman kura2 tu lagi ssuai. anyway hati2 bot, org kata pet dgn owner ada persmaan ;P ko bila nak balik serdang?
Reply
about 4 years ago
Ayuz : Hahahha….gua yang kalah…
Bukunota : Hahahahha….aku tak mengacau mereka mengawan. lagipun, mereka bebudak lagik. Tak leh mengawan. Huhuhu
Hamka : Waalaikumsalam Hamka. Hahhaha….nama reban best skit. Sebab kalau omputih diorang panggil nie ‘table tortoise’. Hahhaha…..apa persamaan aku ngan kekura tu? Huhuhuh
Reply
about 4 years ago
Assalamualaikum lagi bot.
slain berhibur, dapat jugak muhasarawak diri
Haaa.. ape dia persamaan ko dgn kura2 tu boleh dijadikan topik hangat dlam blog ko ni bot. cube ko tanye pembaca2 blog ko ni, msti mcm2 jawapan ko dapat
Reply
about 4 years ago
wa! cantiknya rumah totis kau. design la lagi yg cantik2 pastu wat business jual kat petshop.. hahaha. yg aku tau, pattern shell totis ni lain2, so ko try la kaji perbezaan dia. good luck, semoga totis2 kau panjang umur..
Reply
about 3 years ago
askum… herm… sebenar nye… yg awk bela 2… bkn kura2…(turtle)… nama dia star tortoise(penyu bintang) turtle ngan tortoise tu beza sikit… turtle bdn dia lain… tortoise bdn dia timbul… mcm awk nye… tp… saye suke tgk… smlm saye nyer turtle baru je mati… now tinggal seekor ke…
Reply
about 3 years ago
erk, turtle adalah penyu. Manakala, tortoise adalah kure2. Tapi, bila orang melayu sebut ‘turtle’ mereka membayangkan haiwan yg dok dalam air. Sebab tu, tajuk entri nie ‘reban kura-kura’ dan bukannya ‘reban penyu’. Betul ke nama dia, ‘penyu bintang’?. Pelik la bunyi dia? Kalau kura-kura bintang, sedap skit bunyi dia. Turtle awk mati? Sebab apa? Respiratory infection? Vit k deficiency? Atau lack of uv light? Apa species turtle awk tu?
Reply
about 3 years ago
hi koq ular bisa makn manusia ya sangat aneh%%- dilarang narkoba %%-
Reply
about 3 years ago
hahahahahaha ular itu tidak ada tau
emang lolo semua gak percaya ma omongan gua
Reply
about 3 years ago
ddasar lolo semua
Reply
about 3 years ago
jrukfjd hcmhd jckjasngc ydnycnyd ic
dnufnhvjud umjfmjb f;vnfjnv hfkvn jnvfv’gjenvyfnhg
fkdgjghegmh gejhegm
Reply
about 8 months ago
hai saya niza….saya nak beli kura2 la….awak jual tak?
Reply