Archive for June, 2006
Jangan tidur masa tengok bola. Rugi…
Jun 29th
Aku tak akan tertidur setiap kali match pukul 3 pagi terutamanya masa rehat separuh masa kedua kalau Astro menyiarkan siaran secara langsung keadaan di dalam stadium. Ini tak abis-abis muka Shaby yang membuatkan aku tertido sementara menunggu separuh masa kedua. Kalau gambar-gambar kat bawah nie, sure mata akan segar bugar.

Joga Bonitoooo


Don't cry for me Argentina!!!

Ecuador

Japan girl

"Abang Totiiii!!!"

I love football too. Heheheheh

Haa!!!pengadil FIFA nie. Ditaja oleh Triumph tu. Osah diorang tak main bola kalau pengadil macam nie. Siap dengan tempat simpan card tu. Aduhai…
Korang dengar tak?
Jun 26th
Apa yang nak tulis nie nampak macam mengarut. Tapi, tu la hakikat sebenar dan aku pada mulanya menyangka benda nie tipu semata-mata.
Semalam aku download satu ring tone daripada internet. Dia cakap benda nie orang tua tak boleh dengar. Ada 3 file mp3 yang aku download. File pertama, aku boleh dengar. File yang kedua, aku boleh dengar dan file yang ketiga, aku tak dengar pape pun. "Ngarut la semua nie!!!".
Tadi, adik aku main handphone aku. Dia kata bunyi file yang pertama, kedua dan ketiga menyakitkan telinga. Haa???!!! file yang ketiga sakit telinga??? terkejut beruk aku. "Betul ker kor dengar bunyi tu???", aku tanya adik aku lagi sekali. "Yo laa…apo angah tak dongar ker???". "Erk..memang aku tak dengar pun".
Aku tak percaya jugak, lalu aku menjadikan adik aku sebagai 'tikus makmal' buat beberapa kali. Sah, ujian dia masih sama. Adik aku tau aku dah off. Bila aku tanya, "Angah on tak???", dia cakap dia dia tau aku on atau off bunyi tu. Sah la benda tu hanya boleh didengar oleh mereka yang bawah 20 hingga 25 tahun.
Aku tak puas hati, aku menjadikan mak aku sebagai 'tikus makmal' pulak. Mak aku boleh dengar file yang pertama, tapi tak leh dengar file yang kedua dan ketiga. Wah!!! makin tua orang tu agaknya makin tak leh nak dengar kot. Aku kagum dengan teknologi nie sebab aku pada mulanya ingat benda nie memain jek. Rupanya betul. Pada asalnya, pembuat bunyi mencipta bunyi ini kerana ingin menghalau remaja yang melepak di depan kedai atau shoping complex sebab hanya bebudak yang boleh dengar bunyi kerana kebingitan bunyi itu. Sekarang, bebudak sekolah dah boleh pakai bunyi ini sebagai ring tone kalau dalam kelas sebab cikgu tak akan dengar bunyi itu melainkan cikgu itu berumur 20 tahun ke bawah. Eh, ada ker cikgu semuda itu?
Kat sini aku letak link file bunyi yang aku ceritakan nie. Lagi elok korang letak dalam phone korang, untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
File pertama (Aku,adik ngan mak aku dengar bunyi nie)
File kedua (Aku dan adik aku dengar bunyi nie, mak aku tak dengar)
File ketiga (adik aku sorang jek dengar)
Nota terselit : Erkkk…aku nie dah tua rupanya. Tidakkkkkk……
Bacaan lanjut : BBC News dan Compound Security System
Endurance lagik kat Kelantan
Jun 25th
10 hari tak berblog. Hahahaha…10 hari jugak dah lama aku tak masuk blog kengkawan. Bukan aku malas nak tulis, cuma aku tak tau nak tulis apa. Nak tulis pasal bola??? Eerkk, aku bukan pengulas sukan yang bagus. Tak caya, tanya kengkawan aku. Kalau aku tahu pasal bola, mesti diorang terkejut. "Elehhh…tak macho la tak tengok bola". Ptuih!!!, ada ker kalau tak tengok bola hilang ke'macho'an aku nie???
Baru balik dari Kelantan sebab ada endurance kuda kat sana. Ini kali kedua aku berada di Gunong, Bachok. Aku tak ingat bila kali pertama aku pergi ke sana. Tapi, yang pasti masa aku pergi ke Kelantan masa tu, aku masih belajar di UPM lagik. Bila pergi sekali lagi dengan van fakulti, teringat dulu-dulu. Bila lagik aku dapat rasa macam nie? lepas nie dah tak ada dah. Bila dah kerja nanti, dah tak ada masa lepak ngan brader-brader fakulti. Mungkin, nak pergi endurance pun susah nanti, melainkan kalau ada orang jemput pergi endurance. Heheheheh….selama nie aku tak dijemput ker???
Buat pertama kalinya masa aku menyertai endurance kuda nie dapat menyaksikan kes kuda mati. Dan, buat pertama kalinya aku tolong lecturer aku dibahagian 'treating vet' (bahagian di mana kuda-kuda yang lemah atau tak fit perlu menjalani rawatan). Selain itu, buat pertama kalinya aku keluar pergi ke kawasan trek perlumbaan. Selalunya, aku dan rakan-rakan lain akan dok kat 'vet check' jek.
Sepanjang endurance, buat pertama kalinya aku tak mandi selama 32 jam. Mak uii!!! rasa badan nie dah macam apa tah. Dah la semalaman bermandian hujan. Dengan stokin yang basah, baju yang lembab. Tu belum spendar yang lembab tu. Nasib baik hujan semalam tak lebat sangat, kalau tak…mesti badan aku dah lencun dan masuk angin. Bila dah 32 jam tak mandi, terasa badan dihiasi dengan daki-daki dan kepala aku mula terasa pening. Tu belum kire daki kat celah kelangkang tu. Kalau bukak spendar, lepas tu spendar tu letak dalam kolam ikan, mau timbul semua ikan dalam kolam tu sebab kematian secara mengejut. Bila habis endurance, pergi Rantau Panjang kejap. Lepas tu baru sampai kat hotel dalam jam 9 malam. Terasa enak mandi. Dekat setengah jam aku mandi. Sampaikan Anjas bising sebab aku mandi lama sangat.
Eh, lupa lak nak citer pasal kuda mati tu. Kuda mati tu sebab langgar tiang kat tali air tu. Mungkin rider tak nampak tiang tu, lalu terus menerjah tiang tu. Rider tu patah kaki, dan kudanya mati ditempat kejadian. Kuda tu tergelincir ke dalam tali air di mana kat tali air tu ada sebuah batu yang besar lalu menghimpap batu itu. Bila rasa tenguk kuda tu, alangkah terkejutnya kerana kepala dia begitu mudah untuk digerakkan. Selalunya, kalau kuda/haiwan yang dah mati, ada perubahan post mortem setelah beberapa jam (rigor mortis) seperti keras (stiff). Tengkuk pada kuda ini mudah digerakkan menunjukkan kuda ini mengalami kepatahan tulang tengkuk. Fuh, tunggang terbalik ayat aku nak menterjemahkan ayat nie ke dalam bahasa yang mudah difahami (Layman's term).
Mmmm…entah bila la pulak aku dapat tengok kes-kes yang lebih menarik. Harap-harap, aku dapat lebih banyak kes yang menarik kalau join endurance ini dimasa hadapan. Salah satu kes yang aku tunggu ialah, Exercise Induced Pulmonary Haemorrhage. Erkkk…korang baca la kat sini yek. Yang aku boleh cakap, keadaan ini adalah dimana paru-paru kuda tu berdarah disebabkan latihan yang kuat.
Orang nie tengah curik diesel agaknya kot. Gambar nie aku ambil semasa di Gua Musang.
Arah anak panah menunjukkan arah datangnya kuda ke tiang ini. Perhatikan tiang ini terbengkok disebabkan pelanggaran itu.
"Mari mari mari!!! murah nie!!! tengok nie bang, ada jersi Argentina. Murah bang!!!", salah sorang penjual kain kat Rantau Panjang tengah tawar menawar ngan aku. Hahahaha….
Joga bonitido…
Jun 14th
Joga Bonitooo…
Sebelum Brazil lawan,
Semangat berkobar-kobar bak tengok Brazil main. Nak tengok kesebelasan utama yang diturunkan oleh Carlos Alberto Parreira. Aku tak tidur, sebab takut tak tersedar.
Beberapa minit sebelum perlawanan,
Habis aku provoke kengkawan aku yang tak suka Brasil. Hahahaha, sirih akan pulang ke ganggang jugak nanti. Tak pergi ke Europe der piala tu.
Perlawanan bermula,
Aku sudah menyiapkan diri nak tengok. Dah buat air nescafe, dah kencing dan basuh muka.Dah kunci pintu rumah. Dah off PC. Semua ini kerana, nak tengok Brazil.
Beberapa minit selepas bermula,
Yes.. aku dapat tengok 'Hantu gigi' (Ronaldinho) beraksi. Dia gelicik sana, selit sini. Joga bonito!!! (which means "play [it] beautifully" in Portuguese).
Selang beberapa minit,
Eh…dah gol??? 1-0. Sapa yang shoot tadi??? Erkkk…aku terlelap ker tadi? dengar-dengar orang tu cakap Kaka yang shoot.
Entah minit yang keberapa,
Sedar-sedar, Brazil hentam dah hentam Crotia, 5-1. Gila kagum aku. Hebat betul diorang nie.
Selepas minit yang ke 90 kot.
"Ngah, bangun Subuh…", bapak aku kejut solat subuh. "Eh? dah abis bola yek???", hati aku berkata. Tersenyum bangun tido sebab Brazil menang besar. 5-1.
Lepas solat, bukak internet. Nak masuk www.soccernet.com. Eh??? apasal Brazil memang 1-0 jek nie??? TIDAKKKKKK….
Moralnya, sebelum kita nak tengok bola jangan hanya buat air nescafe atau ambil snek jek. Jangan lupa gosok gigi dan yang paling penting basuh kaki. Nanti korang mengigau masa tengok bola. Nasib baik aku tak menjerit masa otak aku mengatakan Brazil menang 5-1 tu. Kalau aku menjerit, sure aku kena flying kick ngan bapak aku yang tengah tido kat sebelah aku tu.
Kes kecurian di ruang cyber
Jun 12th
Terkejut beruk aku. Baru minggu lepas rumah aku kena rompak, hari nie aku baru tau ada perompak di dalam dunia cyber nie. Terus terang aku cakap, aku tak suka orang yang hipokrit, menipu dan mencuri harta orang lain. Nak nak lagik, jika harta itu dicuri lalu mengaku harta itu miliknya. Kepada 'makhluk' ini, jika kor berani, katakan kebenaran. Jika kor terus begini, orang akan anggap kor pengecut. Katakan yang benar…Ok la, aku malas nak citer pepanjang, aku amek entri nie daripada kawan blogger aku atau dikenali sebagai Noor Nashriq Bin Jamain.
Meera shout aku aritu. Sebok tanyer pasal blog makhluk nih yang tetiba takleh masuk. Aku ingatkan ada problem apa ar. Malam tadi selepas aku masuk web si anga, baru aku tau kisah sebenarnya. Aduh~ Buat penat je aku rasa ngko ni antara photographer yang bleh hasilkan gambo paling seni, rupanyer ko ni COPYCAT paling hebat!
Aku sedar, aku tak punya gaya seorang photographer yang menarik. Tapi mengaku dengan sepenuh hati, siap letak nama sndiri kat artwork org lain tu amat laa memalukan. Lelebih lagi dia ni sendiri bekerja sebagai pereka grafik (kalau xsilap aku ar).
Site yang penuh seni untuk orang2 yang gemar bergambar yang di-ideakan oleh Nizam Nuri menjadikan site "persetankan – digital photo jeritan jiwa" tu antara site yang aku gemar lawat. Memang banyak artwork2 yang hebat dari pemetik gambo yang hebat disini.
Sememangnya aku anggap makhluk ni antara otai kerana gambo2 dia memang menarik kat site tu. Tapi aku bujet respek aku tu betul, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Miahaha~ BANGSAT KAU! AKU TERTIPU.
Pernah satu ari tu, aku siap mintak kebenaran kat dia. Nak cilok gambo dia (ada satu gambo semut dr dia, cun gak). Lebey kurang dia balas msg aku camni, "Kalau ko mintak, aku kasi nyer. Tapi kalau nak tu, kasi tau ar dulu yer". Aku ingat camtu ar.. SETAN! Rupanye2 ko pun sama. Pasni aku copy je ar gambo ko, pastu aku tampal kat rumah aku, buat frame skali eh. Bawahnya aku letak nama aku.

Kisahnyer bermula apabila ada sorang photographer bernama Hussien Anis ni dapat detect artwork temberang makhluk ini kepunyaan dia. Sila rujuk komen saudara Hussien Anis ini kepada makhluk ini kat laman fotopages dia. Si Hussien ni nak saman makhluk ni, dan sekarang?? Makhluk ni teros menghilangkan diri dengan blog2 dia skali lesap. BAGUS!! KO SAMAN JE DIA! Miahahaha. Memalukan + Memualkan!
Walaupun nampak cam biasa2 je perkara ini. Tapi ini masih tetap mencurik. Dah ar nama mencurik, pastu ngaku barang sendiri. Lagi hina tuh! Mencuri tetap berdosa walaupun sekecil mana benda tu. Aku ni slalu gak cilok2 gambo org lain, pastu edit2 sket ke, tapi takde ar ngaku tu gambo aku. * tengok banner x senonoh aku tu, tu gambo org aku ciplak. Miahahaha~!
Nota Kecil : Untuk menyahut seruan polis internet, Encik Nizam Nuri, so aku akan pastikan kamu dibuang jauh2 dr dunia siber ini. button ko aku tolong buang kan yer.. Miahhaha
p/s : nasib baik aku kenal ko kat intenet je…. *Sila ke 'link' tersebut untuk mendapatkan gambaran kisah sebenar
Beruk Bandar
Jun 9th
Minggu nie merupakan minggu yang malang bagi aku ngan keluarga aku sebab rumah kiter orang kena rompak pada 6 Jun 2006 (060606). Hahahah…nie nombor suwey kan???. Habis jam tangan, PDA, phone ngan kamera aku kena sebat. Aduhai, itu belum lagik barang-barang mak ngan bapak aku. Pada masa kejadian, aku tak tidur lagik. Tengah dok melayan PS2. Pukul 4.30 pagi, bapak aku baru balik dari opis. Dia memang suka melepak kat opis dia memalam sebab dia dok buat kerja. Masa bapak aku nak bukak pintu rumah, 4 orang lelaki dah siap sedia tunggu tepi rumah dan terus menyerbu ke arah bapak aku sambil mengacukan screw driver yang tajam.
Aku tak sedar lagik masa tu, tetiba aku tersedar mak aku menjerit. Naik la bulu roma aku. Aku sangkakan mak aku ternampak hantu dalam rumah ker? kalau ada hantu, sure aku pun akan turut sama menjerit. Hehehehe. Bila aku keluar dari pintu rumah aku jek, aku nampak bapak aku ngan mak aku dah kena pegang. Rumah aku setingkat jek…jadi, jarak pintu utama ngan rumah aku tak jauh. Dekat jek, lebih kurang 10 meter. Aku nampak 4 orang lelaki macam warga badan uniform (sama ada polis, askar atau bomba). Diorang terus serbu ke arah aku. Aku tak takut masa tu, yang ada dalam fikiran aku masa tu…apa kejadah nie? So, aku pun tanya "Apa hal nie???", dengan muka yang blur. Selang beberapa minit, baru aku tau, aku telah dirompak. heheheh…blur punya pasal. Aku rasa nak tolak jek mamat tu, tapi mak aku tak bagi. Mak aku cakap jangan melawan. Ikut jek cakap diorang. Dalam hati memberontak. Tapi, bila terkenangkan aku yang tak ada silat atau taekwando nie (yang aku ada cuma cowboy jek), dan mak serta adik aku. Aku bersabar jek. Ikut jek cakap perompak-perompak durjana tu.
Lepas tu, diorang ikat kiteorang semua di dalam bilik aku. Mamat tu siap mintak pistol dari aku. Hahahahahah…kor ingat aku polis ker? tau takut? Muka aku ada macam muka 'abang polis' ker? Huhuhu…dalam otak aku, mesti diaorang akan bukak peti besi rumah nie. Sah, dia suruh mak aku bukak. Tapi, bapak aku cakap…biar dia yang bukak. So, bapak aku pun bukak peti besi sambil diacukan screw driver yang tajam tu. Yang aku pulak, kena ikat kaki sebab mamat tu ingat aku nak melawan. Cait, kalau jantan tak yah ikat kaki la. Meh lawan!!! tarak telur kaa??? baik aku bagik kekura aku makan telur korang. Hahahahahah….Masa diorang ikat kiter orang tu, diorang berpura-pura cakap bahasa Indon. Ingat aku baru ker lahir semalam? aku tau la slang indon ngan slang melayu macam mana. Muka mereka pun tak ada ciri-ciri indon. Muka macam askar ada la. Ada ker merompak rumah orang 'tuck in' (sisip dalam) baju tu. Sebab mereka (askar) dah terbiasa tuck in, sebab tu kalau nak merompak pun kena tuck in. Lagik satu, korang mintak aku senjata, "Senjata mana???!!!". Hoi!!! kalau orang biasa, dia akan tanya, "Pistol mana???!!!". Kebiasaannya mereka yang terlibat ngan askar atau badan uniform jek akan sebut 'senjata'. Hahhahaha…silap besar la korang. Lagik satu, masa korang ajukan screwdriver kat bapak aku, apasal sebut. "Tuan"??? Korang tau ker bapak aku tu bekas askar?
Kenapa aku tolak fakta mengatakan mereka ini bukan indon??? kerana, mereka tak ambil passport ngan IC kami semua. Fuh, kalau Indon mereka dah ambil dah. Mau dekat beribu kalau jual passport tu (4 keping passport). Lagik satu, kalau Indon…diorang akan cakap bahasa Indon bersama diorang. Yang terakhir, slang korang. Sah bukan Indon. Diorang siap cakap kat bapak aku, "Carik makan Bang…". Kepala ayah mak tiri sebelah nenek korang!!! ada ker carik makan macam tu? sah-sah ayah mak tiri sebelah nenek korang tak pernah ajar cara carik makan dengan betul. Erk…apasal aku tulis kat sini? Hahahahah….sebab aku nak melepaskan geram. Tu jek. Kalau la tertangkap pencuri tu, boleh tak aku mintak kebenaran daripada pihak polis tu nak bantai sedas atau 40 das muka perompak tu? Aku rasa, aku lagik suka bantai sampai 99 das. Biar hancur muka diorang. Tak kesian ker diorang tengok mak aku yang dah tua tu? menangis merayu-rayu. Kalau korang tak kesian kat aku, tak pe. Ini orang tua HOIII!!!, sebab korang takut aku bergerak tu yang korang ikat kaki ngan tangan aku sekali. Bapak, mak dan adik aku korang tak ikat kaki pulak?
Buat masa sekarang, aku tak boleh update blog aku dengan bergambar lagik sebab kamera aku dah kena tibai. Huhuhuhu…sedihnya. Tak pe la, amek la kamera tu. Bukannya korang ambil charger ngan transfer cable aku. Ambil la PDA ngan phone aku, aku dah setkan password. At least, kalau orang nak beli pun dari korang. harga tak tinggi tu. Tapi, cicin khawin mak aku tu tolong la pulangkan!!! bodoh bengap tahap beruk la korang nie. Kecik-kecik dulu mak ayah suruh sekolah tak mahu sekarang nie bila dah besar, merompak rumah orang. Merompak hukumman dia lebih kecil daripada menyamun dan memeras ugut. Tapi, korang dah dikategorikan sebagai 'menyamun dan memeras ugut'. Tinggi hukuman tu. (Abang polis tu la yang cakap masa berborak ngan aku kat balai polis).
Erkkkkk…perompak-perompak tu baca ker blog aku nie??? tak pe la, kalau korang baca…harap kita berjumpa di balai polis satu hari nanti. Aku kenal muka korang tu. Tak sabar aku nak berjabat tangan ngan u all semua. Hahahahahha.


