10 hari tak berblog. Hahahaha…10 hari jugak dah lama aku tak masuk blog kengkawan. Bukan aku malas nak tulis, cuma aku tak tau nak tulis apa. Nak tulis pasal bola??? Eerkk, aku bukan pengulas sukan yang bagus. Tak caya, tanya kengkawan aku. Kalau aku tahu pasal bola, mesti diorang terkejut. "Elehhh…tak macho la tak tengok bola". Ptuih!!!, ada ker kalau tak tengok bola hilang ke'macho'an aku nie???
Baru balik dari Kelantan sebab ada endurance kuda kat sana. Ini kali kedua aku berada di Gunong, Bachok. Aku tak ingat bila kali pertama aku pergi ke sana. Tapi, yang pasti masa aku pergi ke Kelantan masa tu, aku masih belajar di UPM lagik. Bila pergi sekali lagi dengan van fakulti, teringat dulu-dulu. Bila lagik aku dapat rasa macam nie? lepas nie dah tak ada dah. Bila dah kerja nanti, dah tak ada masa lepak ngan brader-brader fakulti. Mungkin, nak pergi endurance pun susah nanti, melainkan kalau ada orang jemput pergi endurance. Heheheheh….selama nie aku tak dijemput ker???
Buat pertama kalinya masa aku menyertai endurance kuda nie dapat menyaksikan kes kuda mati. Dan, buat pertama kalinya aku tolong lecturer aku dibahagian 'treating vet' (bahagian di mana kuda-kuda yang lemah atau tak fit perlu menjalani rawatan). Selain itu, buat pertama kalinya aku keluar pergi ke kawasan trek perlumbaan. Selalunya, aku dan rakan-rakan lain akan dok kat 'vet check' jek.
Sepanjang endurance, buat pertama kalinya aku tak mandi selama 32 jam. Mak uii!!! rasa badan nie dah macam apa tah. Dah la semalaman bermandian hujan. Dengan stokin yang basah, baju yang lembab. Tu belum spendar yang lembab tu. Nasib baik hujan semalam tak lebat sangat, kalau tak…mesti badan aku dah lencun dan masuk angin. Bila dah 32 jam tak mandi, terasa badan dihiasi dengan daki-daki dan kepala aku mula terasa pening. Tu belum kire daki kat celah kelangkang tu. Kalau bukak spendar, lepas tu spendar tu letak dalam kolam ikan, mau timbul semua ikan dalam kolam tu sebab kematian secara mengejut. Bila habis endurance, pergi Rantau Panjang kejap. Lepas tu baru sampai kat hotel dalam jam 9 malam. Terasa enak mandi. Dekat setengah jam aku mandi. Sampaikan Anjas bising sebab aku mandi lama sangat.
Eh, lupa lak nak citer pasal kuda mati tu. Kuda mati tu sebab langgar tiang kat tali air tu. Mungkin rider tak nampak tiang tu, lalu terus menerjah tiang tu. Rider tu patah kaki, dan kudanya mati ditempat kejadian. Kuda tu tergelincir ke dalam tali air di mana kat tali air tu ada sebuah batu yang besar lalu menghimpap batu itu. Bila rasa tenguk kuda tu, alangkah terkejutnya kerana kepala dia begitu mudah untuk digerakkan. Selalunya, kalau kuda/haiwan yang dah mati, ada perubahan post mortem setelah beberapa jam (rigor mortis) seperti keras (stiff). Tengkuk pada kuda ini mudah digerakkan menunjukkan kuda ini mengalami kepatahan tulang tengkuk. Fuh, tunggang terbalik ayat aku nak menterjemahkan ayat nie ke dalam bahasa yang mudah difahami (Layman's term).
Mmmm…entah bila la pulak aku dapat tengok kes-kes yang lebih menarik. Harap-harap, aku dapat lebih banyak kes yang menarik kalau join endurance ini dimasa hadapan. Salah satu kes yang aku tunggu ialah, Exercise Induced Pulmonary Haemorrhage. Erkkk…korang baca la kat sini yek. Yang aku boleh cakap, keadaan ini adalah dimana paru-paru kuda tu berdarah disebabkan latihan yang kuat.
Orang nie tengah curik diesel agaknya kot. Gambar nie aku ambil semasa di Gua Musang.
Arah anak panah menunjukkan arah datangnya kuda ke tiang ini. Perhatikan tiang ini terbengkok disebabkan pelanggaran itu.
"Mari mari mari!!! murah nie!!! tengok nie bang, ada jersi Argentina. Murah bang!!!", salah sorang penjual kain kat Rantau Panjang tengah tawar menawar ngan aku. Hahahaha….