Hari Ahad yang lepas sampai hari Rabu bebaru nie aku berada di Serdang. Tak berkesempatan nak update blog. Hari Rabu aku ada 2 interview. Mmmm, entah la…tak tau dapat ker tak? Lagik satu, interview minggu depan kat Penang pulak. Mak uii, jauh betul tu. Dekat Bukit Minyak. Tak pernah dengar pun nama tempat tu. Kalau Bukit Mertajam tu biasa la aku dengar.
 

Sekarang nie zaman menganggur, tak ada duit. Jadi, aku terpaksa la pinjam duit kat orang sampaikan aku dah naik segan nak pinjam duit kat orang. Jadi, aku dengan secara terbukanya ingin menjual serba sedikit barangan peribadi aku secara lelong. At least, dapat la tanggung duit rokok ngan minyak kereta aku.

Disebabkan atas dasar kengkawan, aku tak mengenekan harga yang tinggi pada barangan yang hendak dijual. Jadi, jangan segan-segan korang boleh la call aku (kepada sesiapa yang tahu no. phone aku) atau pun korang leh request dalam link komen kat atas tu. Aku benar-benar memerlukan duit sekarang sebab aku tak ada sumber pendapatan yang tetap. Bapak aku dah tak bagi duit lagik kat aku sebab dia kata aku dah abis belajar. Nak tunggu kerja, interview baru pergi…ntah bila nak dapat kerja.

Ok la, kepada yang berminat. Korang boleh la klik kat sini untuk melihat gambar barangan yang aku nak lelong nie. Aku tak memerlukan barang-barang nie lagi sebab aku rasa aku memerlukan duit sekarang. Lagipun, barang lelong aku nie banyak. Aku akan tinggakan satu untuk aku. Tolong lah, aku bebetul memerlukan duit sekarang nie.