Fri 9 Jun 2006
Minggu nie merupakan minggu yang malang bagi aku ngan keluarga aku sebab rumah kiter orang kena rompak pada 6 Jun 2006 (060606). Hahahah…nie nombor suwey kan???. Habis jam tangan, PDA, phone ngan kamera aku kena sebat. Aduhai, itu belum lagik barang-barang mak ngan bapak aku. Pada masa kejadian, aku tak tidur lagik. Tengah dok melayan PS2. Pukul 4.30 pagi, bapak aku baru balik dari opis. Dia memang suka melepak kat opis dia memalam sebab dia dok buat kerja. Masa bapak aku nak bukak pintu rumah, 4 orang lelaki dah siap sedia tunggu tepi rumah dan terus menyerbu ke arah bapak aku sambil mengacukan screw driver yang tajam.
Aku tak sedar lagik masa tu, tetiba aku tersedar mak aku menjerit. Naik la bulu roma aku. Aku sangkakan mak aku ternampak hantu dalam rumah ker? kalau ada hantu, sure aku pun akan turut sama menjerit. Hehehehe. Bila aku keluar dari pintu rumah aku jek, aku nampak bapak aku ngan mak aku dah kena pegang. Rumah aku setingkat jek…jadi, jarak pintu utama ngan rumah aku tak jauh. Dekat jek, lebih kurang 10 meter. Aku nampak 4 orang lelaki macam warga badan uniform (sama ada polis, askar atau bomba). Diorang terus serbu ke arah aku. Aku tak takut masa tu, yang ada dalam fikiran aku masa tu…apa kejadah nie? So, aku pun tanya "Apa hal nie???", dengan muka yang blur. Selang beberapa minit, baru aku tau, aku telah dirompak. heheheh…blur punya pasal. Aku rasa nak tolak jek mamat tu, tapi mak aku tak bagi. Mak aku cakap jangan melawan. Ikut jek cakap diorang. Dalam hati memberontak. Tapi, bila terkenangkan aku yang tak ada silat atau taekwando nie (yang aku ada cuma cowboy jek), dan mak serta adik aku. Aku bersabar jek. Ikut jek cakap perompak-perompak durjana tu.
Lepas tu, diorang ikat kiteorang semua di dalam bilik aku. Mamat tu siap mintak pistol dari aku. Hahahahahah…kor ingat aku polis ker? tau takut? Muka aku ada macam muka 'abang polis' ker? Huhuhu…dalam otak aku, mesti diaorang akan bukak peti besi rumah nie. Sah, dia suruh mak aku bukak. Tapi, bapak aku cakap…biar dia yang bukak. So, bapak aku pun bukak peti besi sambil diacukan screw driver yang tajam tu. Yang aku pulak, kena ikat kaki sebab mamat tu ingat aku nak melawan. Cait, kalau jantan tak yah ikat kaki la. Meh lawan!!! tarak telur kaa??? baik aku bagik kekura aku makan telur korang. Hahahahahah….Masa diorang ikat kiter orang tu, diorang berpura-pura cakap bahasa Indon. Ingat aku baru ker lahir semalam? aku tau la slang indon ngan slang melayu macam mana. Muka mereka pun tak ada ciri-ciri indon. Muka macam askar ada la. Ada ker merompak rumah orang 'tuck in' (sisip dalam) baju tu. Sebab mereka (askar) dah terbiasa tuck in, sebab tu kalau nak merompak pun kena tuck in. Lagik satu, korang mintak aku senjata, "Senjata mana???!!!". Hoi!!! kalau orang biasa, dia akan tanya, "Pistol mana???!!!". Kebiasaannya mereka yang terlibat ngan askar atau badan uniform jek akan sebut 'senjata'. Hahhahaha…silap besar la korang. Lagik satu, masa korang ajukan screwdriver kat bapak aku, apasal sebut. "Tuan"??? Korang tau ker bapak aku tu bekas askar?
Kenapa aku tolak fakta mengatakan mereka ini bukan indon??? kerana, mereka tak ambil passport ngan IC kami semua. Fuh, kalau Indon mereka dah ambil dah. Mau dekat beribu kalau jual passport tu (4 keping passport). Lagik satu, kalau Indon…diorang akan cakap bahasa Indon bersama diorang. Yang terakhir, slang korang. Sah bukan Indon. Diorang siap cakap kat bapak aku, "Carik makan Bang…". Kepala ayah mak tiri sebelah nenek korang!!! ada ker carik makan macam tu? sah-sah ayah mak tiri sebelah nenek korang tak pernah ajar cara carik makan dengan betul. Erk…apasal aku tulis kat sini? Hahahahah….sebab aku nak melepaskan geram. Tu jek. Kalau la tertangkap pencuri tu, boleh tak aku mintak kebenaran daripada pihak polis tu nak bantai sedas atau 40 das muka perompak tu? Aku rasa, aku lagik suka bantai sampai 99 das. Biar hancur muka diorang. Tak kesian ker diorang tengok mak aku yang dah tua tu? menangis merayu-rayu. Kalau korang tak kesian kat aku, tak pe. Ini orang tua HOIII!!!, sebab korang takut aku bergerak tu yang korang ikat kaki ngan tangan aku sekali. Bapak, mak dan adik aku korang tak ikat kaki pulak?
Buat masa sekarang, aku tak boleh update blog aku dengan bergambar lagik sebab kamera aku dah kena tibai. Huhuhuhu…sedihnya. Tak pe la, amek la kamera tu. Bukannya korang ambil charger ngan transfer cable aku. Ambil la PDA ngan phone aku, aku dah setkan password. At least, kalau orang nak beli pun dari korang. harga tak tinggi tu. Tapi, cicin khawin mak aku tu tolong la pulangkan!!! bodoh bengap tahap beruk la korang nie. Kecik-kecik dulu mak ayah suruh sekolah tak mahu sekarang nie bila dah besar, merompak rumah orang. Merompak hukumman dia lebih kecil daripada menyamun dan memeras ugut. Tapi, korang dah dikategorikan sebagai 'menyamun dan memeras ugut'. Tinggi hukuman tu. (Abang polis tu la yang cakap masa berborak ngan aku kat balai polis).
Erkkkkk…perompak-perompak tu baca ker blog aku nie??? tak pe la, kalau korang baca…harap kita berjumpa di balai polis satu hari nanti. Aku kenal muka korang tu. Tak sabar aku nak berjabat tangan ngan u all semua. Hahahahahha.




June 10th, 2006 at 028
alamak dobot. sorry to hear that. harap you satu keluarga okay, tu yang paling penting sekali. take care ye. kalau perlu tolong apa-apa, minta je.
[Reply]
June 11th, 2006 at 320
Assalamualaikum warahmatullah dr doBot,
dalam nko menulis benda serius pon nko ado sense of humor yer bot,
nko rupanya bulih buek lawak yer …..
[Reply]
June 11th, 2006 at 1252
doBot.
Alhamdulillah ko dan famili tak ape2. Biasanya polis/askar ni tak boleh simpan janggut/jambang dan berambut pendek. So, kalau perompak tuh takde janggut (muka bersih)dan rambut pendek, ada kemungkinan diorg polisi atau askar.
diorg tunggu bapak ko luar gate. Maknanya diorg dah perhati pola pergerakan ahli keluarga ko. Maybe ko penah terserempak ngan mamat2 mencurigakan luar rumah ko. ini dipanggil organised criminal (jenayah terancang). Wlpun x sehebat al-Capone punye jenayah, ia seolah telah dirancang rapi. Diorang berempat. Maybe diorang tau bilangan ahli keluarga ko kat rumah.
Kalo aku jadi ko, aku akan cuba memaksimumkan sentuhan dengan perompak tu. Maybe aku cuba berhelah. Mcmana? Aku akan cuba pegang tangan perompak yg nak ikat aku. Buat-buat tangan aku sakit terseliuh, aku genggam tangan dia masa ikat tu sambil menjerit:
“adui. tangan aku tergeliat. jangan tarik sebarangan.” sambil aku genggam tangan dia utk dapatkan trace DNA dari kulit perompak melalui kuku aku. Heh. Tu pun kalo aku tak panik dan ingat lagi nak berhelah. Kot2 aku pun terus gelabah tak ingat apa.
Bila dah lepas, aku akan terus ke balai buat report dan minta IO kes swab DNA melalui kuku aku tadi. Syaratnya jangan basuh kuku tu la or basuh tangan.
Every contact leaves a trace. Itu hukumnya.
Jika dia warga tempatan, paling lama pun, selepas DNA databank diluluskan oleh kabinet, dia pasti akan dikesan. Boleh la ko berjabat tangan dengan dia masa kat jel nanti.
Apapun better jgn lawan. Nyawa lagi penting. Takpe dobot. Janji ko dan semua orang selamat.
Aku tumpang simpati atas apa yg terjadi.
[Reply]
June 11th, 2006 at 1638
bot.. takziah atas kejadian yang tak diingini tu… banyak ye yang hilang?? takpelah, barang bole dibeli, nyawa tak dapat di tukar ganti… at least kalau semua selamat, syukurlah…
[Reply]
June 11th, 2006 at 1741
alahaiii… baru je jenguk blog ko dah entry yang sedih… xpe laa bot duit boleh dicarik tapi nyawa mana ada ganti… syukurlah ko sekeluarga masih selamat…
[Reply]
June 11th, 2006 at 2052
Assalamualaikum bot.
“sesungguhnya drpd Allah ia (dalam konteks ni harta dan kejahatan perompak2 tu) datang dan kpd Allah jualah ia akan kembali” takziah bot. aku dgr crita dpd dennis, call ko hari tu tak berangkat. xpasti plak no ko on lg ke tak, hset dah kena amik.
apepun syukur bot semuanya selamat. tapi sedih jugak bila dengar cincin kawin mak ko pun diorg amik. kalau aku pun jadi bengang di buatnye. bawak bersabar bot. kat dunia diorang boleh terlepas tapi macamne pun kat akhirat nanti akan dapat balasannya! kalau tak mengadap mahkamah dunia, hadaplah mahkamah Allah nanti. diorang tu tak ingat diorang merompak tu dah satu dosa, lepas guna pulak hasil rompakan satu lagi dosa, tambah teruk lagi kalau buat makan, jadi darah daging buat jadi bahan bakar api neraka! (sori emo sket). yang paling teruk kalau dah berkeluarga, bagi pulak makan kat anak bini drpd hasil rompakan, ha memang elok sangatla tu, mane tak porak peranda keluarga!
oops sori bot jadi berleter pulak. apepun setiap yg berlaku ada hikmahnya yg tersendiri…sama2 kita hati2 sebab memang musimnye sekarang ni, kat kwasan umah aku ni pun ada 2 3 umah yg kena…ilalliqa’ wa fi amanillah.
[Reply]
June 17th, 2006 at 2059
assalamualikum dobot,
Aku harap ko dan family ko semakin okey… aku dan ina kat langkawi. kitaorg dengar hal ni minggu lepas. tergezut gak aku… hope kau bersabar. mesti percaya, setiap kejahatan yang diaorg wat mesto akan dibalas dengan setimpalnya!!! okey bye.
[Reply]
June 24th, 2006 at 1348
patutlah tak dapat lagi bukak blog mamat nie.
[Reply]