Joga Bonitooo…
Sebelum Brazil lawan,
Semangat berkobar-kobar bak tengok Brazil main. Nak tengok kesebelasan utama yang diturunkan oleh Carlos Alberto Parreira. Aku tak tidur, sebab takut tak tersedar.
Beberapa minit sebelum perlawanan,
Habis aku provoke kengkawan aku yang tak suka Brasil. Hahahaha, sirih akan pulang ke ganggang jugak nanti. Tak pergi ke Europe der piala tu.
Perlawanan bermula,
Aku sudah menyiapkan diri nak tengok. Dah buat air nescafe, dah kencing dan basuh muka.Dah kunci pintu rumah. Dah off PC. Semua ini kerana, nak tengok Brazil.
Beberapa minit selepas bermula,
Yes.. aku dapat tengok 'Hantu gigi' (Ronaldinho) beraksi. Dia gelicik sana, selit sini. Joga bonito!!! (which means "play [it] beautifully" in Portuguese).
Selang beberapa minit,
Eh…dah gol??? 1-0. Sapa yang shoot tadi??? Erkkk…aku terlelap ker tadi? dengar-dengar orang tu cakap Kaka yang shoot.
Entah minit yang keberapa,
Sedar-sedar, Brazil hentam dah hentam Crotia, 5-1. Gila kagum aku. Hebat betul diorang nie.
Selepas minit yang ke 90 kot.
"Ngah, bangun Subuh…", bapak aku kejut solat subuh. "Eh? dah abis bola yek???", hati aku berkata. Tersenyum bangun tido sebab Brazil menang besar. 5-1.
Lepas solat, bukak internet. Nak masuk www.soccernet.com. Eh??? apasal Brazil memang 1-0 jek nie??? TIDAKKKKKK….
Moralnya, sebelum kita nak tengok bola jangan hanya buat air nescafe atau ambil snek jek. Jangan lupa gosok gigi dan yang paling penting basuh kaki. Nanti korang mengigau masa tengok bola. Nasib baik aku tak menjerit masa otak aku mengatakan Brazil menang 5-1 tu. Kalau aku menjerit, sure aku kena flying kick ngan bapak aku yang tengah tido kat sebelah aku tu.
hahaha,
nasib baik hang check dlm internet.
hahaha
Reply
” Habis aku provoke kengkawan aku yang tak suka Brasil. Hahahaha, sirih akan pulang ke ganggang jugak nanti. Tak pergi ke Europe der piala tu.”
>> err… ganggang ke gagang ek.. hik hik..
Reply
ahahaha.. nasib baik check dulu… kalau confident jer borak dengan orang pasal perlawanan tu, sure malu giler… kui kui kui…
Reply
kau tak nak modify gigi kau jadi macam Ronaldinho tu ke dobot? he he he.
Reply
haha..giler konfiden 5-1..hehe..
Reply
ronaldinho hantu gigi? hehe….
Reply
hahahahhaha…
tu le nasib baik check dulu.
Kalo tak mau confident dok borak ngan kengkawan lagik malu gile hahahahahahah.
Reply
alahai…cutenya cerita ko ni…hehehehe
Reply
hahahahhahaha, tersedak aku baca cter ko nih dobot. aku bukak tv ri tuh pehtu tv tengok aku. aku bukak mata..tengok ronaldinho sepak, kena tiang, pehtu dia sengeh. bukak mata lagik tengok muka ronaldo. bukak mata yang last..errkkkkkkkk, dah abes game. sapa menangggg?? hehehehe. maxis anto result setiap pagi. takyah susah2 mau check
Reply