Apa yang nak tulis nie nampak macam mengarut. Tapi, tu la hakikat sebenar dan aku pada mulanya menyangka benda nie tipu semata-mata.

Semalam aku download satu ring tone daripada internet. Dia cakap benda nie orang tua tak boleh dengar. Ada 3 file mp3 yang aku download. File pertama, aku boleh dengar. File yang kedua, aku boleh dengar dan file yang ketiga, aku tak dengar pape pun. "Ngarut la semua nie!!!".

Tadi, adik aku main handphone aku. Dia kata bunyi file yang pertama, kedua dan ketiga menyakitkan telinga. Haa???!!! file yang ketiga sakit telinga??? terkejut beruk aku. "Betul ker kor dengar bunyi tu???", aku tanya adik aku lagi sekali. "Yo laa…apo angah tak dongar ker???". "Erk..memang aku tak dengar pun".

Aku tak percaya jugak, lalu aku menjadikan adik aku sebagai 'tikus makmal' buat beberapa kali. Sah, ujian dia masih sama. Adik aku tau aku dah off. Bila aku tanya, "Angah on tak???", dia cakap dia dia tau aku on atau off bunyi tu. Sah la benda tu hanya boleh didengar oleh mereka yang bawah 20 hingga 25 tahun.

Aku tak puas hati, aku menjadikan mak aku sebagai 'tikus makmal' pulak. Mak aku boleh dengar file yang pertama, tapi tak leh dengar file yang kedua dan ketiga. Wah!!! makin tua orang tu agaknya makin tak leh nak dengar kot. Aku kagum dengan teknologi nie sebab aku pada mulanya ingat benda nie memain jek. Rupanya betul. Pada asalnya, pembuat bunyi mencipta bunyi ini kerana ingin menghalau remaja yang melepak di depan kedai atau shoping complex sebab hanya bebudak yang boleh dengar bunyi kerana kebingitan bunyi itu. Sekarang, bebudak sekolah dah boleh pakai bunyi ini sebagai ring tone kalau dalam kelas sebab cikgu tak akan dengar bunyi itu melainkan cikgu itu berumur 20 tahun ke bawah. Eh, ada ker cikgu semuda itu?

Kat sini aku letak link file bunyi yang aku ceritakan nie. Lagi elok korang letak dalam phone korang, untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

File pertama (Aku,adik ngan mak aku dengar bunyi nie)
File kedua (Aku dan adik aku dengar bunyi nie, mak aku tak dengar)
File ketiga (adik aku sorang jek dengar)

Nota terselit : Erkkk…aku nie dah tua rupanya. Tidakkkkkk……

Bacaan lanjut : BBC News dan Compound Security System