Apa yang nak tulis nie nampak macam mengarut. Tapi, tu la hakikat sebenar dan aku pada mulanya menyangka benda nie tipu semata-mata.
Semalam aku download satu ring tone daripada internet. Dia cakap benda nie orang tua tak boleh dengar. Ada 3 file mp3 yang aku download. File pertama, aku boleh dengar. File yang kedua, aku boleh dengar dan file yang ketiga, aku tak dengar pape pun. "Ngarut la semua nie!!!".
Tadi, adik aku main handphone aku. Dia kata bunyi file yang pertama, kedua dan ketiga menyakitkan telinga. Haa???!!! file yang ketiga sakit telinga??? terkejut beruk aku. "Betul ker kor dengar bunyi tu???", aku tanya adik aku lagi sekali. "Yo laa…apo angah tak dongar ker???". "Erk..memang aku tak dengar pun".
Aku tak percaya jugak, lalu aku menjadikan adik aku sebagai 'tikus makmal' buat beberapa kali. Sah, ujian dia masih sama. Adik aku tau aku dah off. Bila aku tanya, "Angah on tak???", dia cakap dia dia tau aku on atau off bunyi tu. Sah la benda tu hanya boleh didengar oleh mereka yang bawah 20 hingga 25 tahun.
Aku tak puas hati, aku menjadikan mak aku sebagai 'tikus makmal' pulak. Mak aku boleh dengar file yang pertama, tapi tak leh dengar file yang kedua dan ketiga. Wah!!! makin tua orang tu agaknya makin tak leh nak dengar kot. Aku kagum dengan teknologi nie sebab aku pada mulanya ingat benda nie memain jek. Rupanya betul. Pada asalnya, pembuat bunyi mencipta bunyi ini kerana ingin menghalau remaja yang melepak di depan kedai atau shoping complex sebab hanya bebudak yang boleh dengar bunyi kerana kebingitan bunyi itu. Sekarang, bebudak sekolah dah boleh pakai bunyi ini sebagai ring tone kalau dalam kelas sebab cikgu tak akan dengar bunyi itu melainkan cikgu itu berumur 20 tahun ke bawah. Eh, ada ker cikgu semuda itu?
Kat sini aku letak link file bunyi yang aku ceritakan nie. Lagi elok korang letak dalam phone korang, untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
File pertama (Aku,adik ngan mak aku dengar bunyi nie)
File kedua (Aku dan adik aku dengar bunyi nie, mak aku tak dengar)
File ketiga (adik aku sorang jek dengar)
Nota terselit : Erkkk…aku nie dah tua rupanya. Tidakkkkkk……
Bacaan lanjut : BBC News dan Compound Security System
aku test pakai winamp jer dulu…
nampaknya ko dan aku sama bot… erkkk… aku pun dah tua gakk… tidaaakkkkk….
Reply
aku pasang kat winamp..
boleh dengar tiga2..
cuma yang ketiga tuh, aku kuatkan volume ar baru dengar clear..
aku muda lagi eh.. hehehe..
Reply
Hahahhaaa… aku sedar walaupun aku tua dari ko bot.. tapi aku leh dengar sound yang ketiga tuh… itupun setelah aku kuatkan volume ke tahap maksimum…. tapi halus jerlah bunyinya.. tak lah membingitkan dari no 1 tuh… no 2 tu dah kurang… yang no 3 tu dengar2 cam bunyi nyamuk kat telinga jer…
Gayanya aku lebih muda dari ko lah bot?… hahahhaa…..
Reply
kewlnya menda nih~…
Reply
Archiq : heheheh…umur kor berapa?
ima dan Alangz : Bunyi yang ketiga tu, aku pun kuatkan volume. Boleh la dengar. Cuba tak payah kuatkan volume atau letak dalam henpon poliponik. Hahahah….kesimpulannya, korang tua la nie. Sebab kena kuatkan volume. hehehehe…cuba kuatkan volume, lepas tu panggil orang muda. Diorang mesti sakit telinga, dan korang tak sakit telinga. Aku dah try kat pc speaker aku.
Reply
dobot,
acik buleh dongar tigo2 lah.. eh, acik bukan lagi tuo ko daghi kau ni?
ko, telingo kau tu beso dongar lagu kuat2.. tu yang hampir pokak tu kot..
eh, jangan marah aaa…
Reply
hurm..ada gak ekk?t aku na dengar la..try try
Reply
yeah..menda ni mmg di cipta mengikut frekuensi tertentu yang mana tahap gegendang telinga orang muda lebih sensitif berbanding orang tua…
tp ese still muda sbb masih dengar ketiga2 nya.. muakakaaka
Reply
Yg no.1 annoying gegiler
Yg no.2 aku dgr x dgr but rasalah telinga berdesing
Yg no.3 haram aku x dgr apa-apa
Waaaaah!!! Aku dah tua!!!!
Reply
Aku leh dengar yang hightone saja… yang nyamuk tu langsung tak dengar melainkan aku pasang kat hoem theater la…
Reply
sama la post ko ni ngan kawan aku >>
MrBadak
p/s: hehe…baru tau kena tag…apa lagi,tag la orang lain…ehehe
Reply
tq dobot !
tech baru yg aku baru ketahui.
Reply