Archive for July, 2006
Pengalaman RM50
Jul 28th
Al-Kisah….
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya, "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?" Lima puluh menjawab "Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat-tempat cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" Duit seringgit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau… "
Tempat kerja…
Jul 17th
Aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada penunjung setia blog aku. Chewah, aku ada ker penunjung setia? (Jangan perasan bang…). Aku sebenarnya dah 2 minggu tak mengupdate blog nie, bukan kerana aku sudah berhenti menulis blog tapi aku tak ada kesempatan untuk menulis.
Aku sekarang sudah mula berkerja di Tanjung Malim dimana, aku tak pernah nampak 'tanjung' kat situ. Erkk…sebenarnya bukan Tanjung Malim pun. Cuma dekat ngan Tanjung Malim jek. Aku bekerja di Kalumpang, Hulu Selangor. 10 km daripada Tanjung Malim. Aku bekerja sebagai farm vet kat sana dan kengkadang menjadi tukang jual baja ngan feed supplement kalau ada pameran. Jadi, buat masa sekarang aku susah untuk mengakses line internet kerana dekat ladang tu tak ada line internet dan rumah aku kat Tanjung Malim pun tak ada line interent.
Sekarang, aku menyewa rumah di Proton City. Alhamdulillah, kawasan rumah di sana lawa dan bersih. Suasana pun damai. Dan yang paling aku suka, bila pergi kerja, langsung tak ada traffic jam. Daripada rumah aku ke ladang memgambil masa 15 minit di mana perjalanan sejauh 20km. Tapi, aku terpaksa merempuh jalan off road sepanjang 3.3km dengan menaiki kereta Wira aku tu. Kereta Wira aku tu dah jadi macam Wira 4×4 dah sekarang. Habis comot…ok la, aku nak letak gambar untuk pembaca blog aku tatapi bersama.
Kawasan perumahan di Proton City berdekekatan dengan Banjaran Titiawangsa.
Ini lah jalan yang aku kena tempuhi sejauh 3.3km untuk sampai ke ladang tempat aku kerja tu.
Ini adalah wad pesakit-pesakit. Ada yang patah kaki, ada yang kena sakit kulit, ada yang berak cair dan ada yang kena luka berulat. Bermacam-macam lagik penyakit kat sini, di mana ia memerlukan rawatan setiap hari.
Ini pula adalah mereka yang tengah bunting yang sedang menunggu saat-saat melahirkan anak. Setelah mereka melahirkan anak, mereka akan diasingkan ke dalam kandang/petak yang lebih kecil.
Kambing dilepaskan bebas di sini, cuba bayangkan macammana nak tangkap kambing-kambing nie kalau nak diberi ubat?
Dan, di sini. Mau patah pinggang den.
Aku tumpang…
Jul 2nd

Ronaldo bersedih…aku tumpang sedih

Mawi ngan Ina bersedih…aku tumpang sedih

Beckham bersedih…aku tumpang gembira.

