Mon 17 Jul 2006
Aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada penunjung setia blog aku. Chewah, aku ada ker penunjung setia? (Jangan perasan bang…). Aku sebenarnya dah 2 minggu tak mengupdate blog nie, bukan kerana aku sudah berhenti menulis blog tapi aku tak ada kesempatan untuk menulis.
Aku sekarang sudah mula berkerja di Tanjung Malim dimana, aku tak pernah nampak 'tanjung' kat situ. Erkk…sebenarnya bukan Tanjung Malim pun. Cuma dekat ngan Tanjung Malim jek. Aku bekerja di Kalumpang, Hulu Selangor. 10 km daripada Tanjung Malim. Aku bekerja sebagai farm vet kat sana dan kengkadang menjadi tukang jual baja ngan feed supplement kalau ada pameran. Jadi, buat masa sekarang aku susah untuk mengakses line internet kerana dekat ladang tu tak ada line internet dan rumah aku kat Tanjung Malim pun tak ada line interent.
Sekarang, aku menyewa rumah di Proton City. Alhamdulillah, kawasan rumah di sana lawa dan bersih. Suasana pun damai. Dan yang paling aku suka, bila pergi kerja, langsung tak ada traffic jam. Daripada rumah aku ke ladang memgambil masa 15 minit di mana perjalanan sejauh 20km. Tapi, aku terpaksa merempuh jalan off road sepanjang 3.3km dengan menaiki kereta Wira aku tu. Kereta Wira aku tu dah jadi macam Wira 4×4 dah sekarang. Habis comot…ok la, aku nak letak gambar untuk pembaca blog aku tatapi bersama.
Kawasan perumahan di Proton City berdekekatan dengan Banjaran Titiawangsa.
Ini lah jalan yang aku kena tempuhi sejauh 3.3km untuk sampai ke ladang tempat aku kerja tu.
Ini adalah wad pesakit-pesakit. Ada yang patah kaki, ada yang kena sakit kulit, ada yang berak cair dan ada yang kena luka berulat. Bermacam-macam lagik penyakit kat sini, di mana ia memerlukan rawatan setiap hari.
Ini pula adalah mereka yang tengah bunting yang sedang menunggu saat-saat melahirkan anak. Setelah mereka melahirkan anak, mereka akan diasingkan ke dalam kandang/petak yang lebih kecil.
Kambing dilepaskan bebas di sini, cuba bayangkan macammana nak tangkap kambing-kambing nie kalau nak diberi ubat?
Dan, di sini. Mau patah pinggang den.




July 17th, 2006 at 1004
laa.. awat tak kerja kat produa city, jaga kenari, kancil, rusa.
ini jaga kambing kat ladang proton.
mana boleh nak jadi juara
[Reply]
July 17th, 2006 at 1037
Ko dah kerja boott…. congratss.. tak kisah ler kat mana pun.. yang penting gain knowledge & work Xprience bebanyak… pastu ko leh ler demand.. hehhee…
Best tak dok proton-city tuh?.. teringin gak nak melawat area sana.. tapi dari sehari ke sehari sebabnya takder kepentingan nak ke sana.. jauh gak aceli..
Anyway… happe bekerja..
[Reply]
July 17th, 2006 at 1321
bot, hehe.. dah kerja ye? kerja baik2 supaya dapat gaji banyak-banyak.. boleh belanja aku..
[Reply]
July 17th, 2006 at 1508
ko take turn ngan aku ek dobot, jadik penduduk sementara tg malim? hehehehhehe
[Reply]
July 17th, 2006 at 1544
Ron97 :hahahahah….tu ‘barang’ tak bernyawa. Sib baik kilang produa kat Rawang. Kalau tak, sah aku jadi vet untuk kenari, kancil dan rusa…(erk, diorang keluarkan rusa lagik ker?
Alangz :Kalau datang tanjung Malim, meh la singgah rumah aku. Tapi, aku pun tak tau apa yang ada kat sini lagik. Tak abis jalan-jalan lagik kat sini.
Luqman :Ha ah Luqman, baru start kerja. Carik pengalaman…disamping collect duit.
Muna :hahahaha…penduduk sementara ker? aku pun tak tau menetap lama ker tak kat sini. Offer cantikkkk…makin lama la.
[Reply]
July 17th, 2006 at 2053
Congrats bot… jangan lupakan orang kat sini cukuplaa…
[Reply]
July 18th, 2006 at 1927
assalamualaikum bot
nanti nak dtg tgk ldg ko boleh?
tahniah dah dapat keje. moga dptla sama2 kita bkerja dgn amanah dan ikhlas
[Reply]
July 19th, 2006 at 157
tgk pic tu teringat lak aku kat cerita mr os. hehehe.
[Reply]
July 19th, 2006 at 2231
Bot…dulu grad UPM ke..? Kalau ya tahun berapa..?
[Reply]
July 20th, 2006 at 1306
cantik juga perumahan tu. Mahal tak rega rumah area tu?
Bagus le keje kat ladang. Dapat direct exposure dan pengalaman. Jangan lupa blaja cara2 mentadbir ladang. Sok2 bukak ladang sendiri. Tang kesihatan takde hal, ilmu dah ada. Bukak ladang ternakkan sendiri, masyuk wooo….selamat berjaya
[Reply]
July 20th, 2006 at 1818
Archiq : Terima kasih Chiq, aku tak akan lupa berblog.Hehehehhe….erk, tu maksud kor ker?
Hamka :Insya-Allah Hamka. Aku akan berkerja ngan amanah. Nak nak lagik kalau ada kematian, takkan kita nak tipu dalam report kita kan? kita tak diajar macam tu.
kelambu : kor orang yang kedua cakap macam tu. Aku puas pikir, citer apa yek? yang aku tau dia berlakon ngan beruk tu ada la. Kat sini ada seekor kambing jinak gila. Nama dia , \’Shah Rukh Khan\’. Bukan untuk dijual.
Blackpurple :Jawo, aku baru habis belajar. Hujung bulan Mei tahun nie. Grad belum lagik. Hujung bulan nie grad.
Sherrina : Mahal jugak sewa rumah kat sini. Tapi, aku carik tempat yang ada stimix. InsyaAllah nanti aku nak pasang stimix. Betul tu Sherrina, memang direct exposure ngan experience. Kalau lembu mati, berpeluh aku. Risau, tapi…muka mesti cool. hehehehhe.
[Reply]
July 27th, 2006 at 252
Congrats on ur new job! Wah…first time aku tgk hospital kambing. Wad kanak-kanak kambing, ICU, wad emergency semua adalah kat situ? Kiranya pada kambing…tempat ko kerja tu kira hospital kambing gomen ke swasta?
[Reply]
July 27th, 2006 at 1233
bot,
kucing aku umur 2 bulan & sakit mata sampai tak leh nak bukak. Byk sgt tahi mata.
boleh ker aku bagi eye moo atau ubat mata manusia. Tulah mak kucing tu tahu beranak ajer tapi tak nak jaga anak. Baru 2 tahun dah beranak.
[Reply]
August 1st, 2006 at 1153
congratss…ex-upm ye…samalah kita konvo baru..selamat datang ke tanjong malim.tapi nape pilih proton city???environment memang la cantik…tapi jauh sangat n sewa pun mahal kot.tm memang sesuai kalau awak suke kan ketenangan tapi kalau nak cari hiburan memang payah.selamat keja fren
[Reply]
May 26th, 2008 at 211
kalumpang 2 ada air panas kan.aku nie keja klg
prton dululah.diorang kata ada hot spring nie.
[Reply]