Lama betul aku tak menulis lagik. Hahahah…memang sajek jek aku biar blog aku nie jadi pekasam. Biar lama tak update. Sebenarnya, aku tak berkesempatan nak update blog. Kat tempat kerja aku tak ada internet. Nak pergi cybercafe untuk update blog tidak berkesempatan jugak sebab, aku nie suka menulis blog sambil terhenti-henti. Dulu, masa aku berblogging. Aku akan menulis di atas 'text document' dulu, kemudian aku akan pergi ke cyber cafe untuk update blog aku. Di Tanjung Malim, aku tak bawak pc aku. Nak beli laptop tak mampu, tengah tunggu abang aku ngan kak ipar aku nak belanja laptop. Hehehehe, boleh la yea Long.
Aku sekarang menggangur lagik. Kali nie aku akan mengganggur selama 2 minggu sehingga 1 September nie. Aku sebenarnya, dah bertukar tempat kerja. Sebelum ini aku berkerja di Mai Farm, Selangor. Ini merupakan ladang ternakan ruminan yang dimiliki oleh Tan Sri Norain Mai. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang aku perolehi selama 1 bulan lebih. Insya-Allah, aku akan memanafaatkan pengalaman aku berkerja di sana untuk masa depan. Di blog aku ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri, Kak Yong ngan Halid (supervisor) aku kerana membantu aku sepanjang aku berada di sana. Tak lupa juga, kepada Dr Norazam daripada Lazuli kerana banyak memberi tunjuk ajar jika aku tengah blur. Tak lupa jugak, kepada Dr Fairuz. Eh??? Dr. Fairuz??? pelik pulak bunyi nie. Aku panggil kor 'Ayuz' jek la. Sepanjang 5 tahun pengajian, tetiba kena panggil kor Dr. Fariuz, pelik pulak bunyi dia. Terima kasih kepada Ayuz kerana menemani aku dikala aku kebosanan. Hahahaha…teman tapi mesra. (pembaca blog aku, jangan salah tafsir)
Sekarang, aku tengah meniti hari untuk menunggu 1 September. Aku akan kena melaporkan diri di Huat Lai Resource Bhd. Alhamdulillah, di sana ada 5 orang veterinar yang boleh memberi tunjuk ajar kepada aku nanti. Jika masuk aku sekali, Huat Lai ada 6 orang vet. Huat Lai nie merupakan ladang ternakan ayam kormesial. Aku tak pergi lagi kat reban ayam diorang, jadi aku tak berani komen banyak-banyak. Ini gambar yang aku ambil dari website Huat Lai nie.

MMmm….bila la nak start kerja nie??? bosan pulak dok rumah. Aduhaiii…..
melaka plak?
Reply
huhuuhu…asik tukar keje ekk?tak tetap lagi ke?ehehhe..soalan cepumas.
Reply
Huhuhuh…memang tak tetap lagi. tengah mencari yang tetap nie.
Reply
ohohoo..ok gudluck..moga dapat keje tetap..tapi busy pun keep on blogging kay?hehe
Reply
dobot…ada kerja baru yaa…akhirnya kita orang meet kat poultry field juga..banyaknya orang kita, mana mana pun ada, CP, FFM, Lazuli, Huat Lai, Dinding, Leong Hup, Vaccine company, pharmaceutical company, Gold coin, …bila senang boleh keluar minum dan tukar pendapat nie…hahaha
Reply
1 september takper, jangan 11 september sudah. Naya wehh..
Reply
hi!came across with this site while i’m searching for huat lai group.so, still kat huat lai?almost a year dah ni…
Reply