Satu ketika dahulu, aku merupakan salah sorang pelajar dalam kelas aku yang menggunakan perkhidmatan DiGi. Dengan nama lain, satu ketika dahulu, aku merupakan 'Agen 016' dalam kelas aku bersama beberapa wanita yang memakai line DiGi. Sepengetahuan aku, tak ada seorang pun lelaki di dalam kelas aku yang menggunakan line DiGi. Hanya aku sorang jek. Bila ada rombongan kelas pergi ke kawasan pendalaman atau berpraktikal, bebudak ini semua akan tanya aku, "Bot, ada line tak? Kiter orang ada line kat sini". Dengan perasaan bangga sebagai seorang Agen 016, aku mengatakan DiGi pun ada line la kat sini (tanpa menunjukkan henpon aku kepada mereka). Tapi, hakikatnya tak ada.

Kini, aku terpaksa akur. Aku bukan lagi seorang agen perisik. Aku bukan lagik seorang Agen 016. Aku telah berubah line telefon. Kengkawan aku yang dulunya mengutuk aku memakai DiGi, mengalu-alukan kedatangan aku ke line telefon yang baru ini. Kini aku telah bertukar kepada Maxis. "Akhirnya, kor kembali ke pangkalan jalan Bot, ikutlah jalan yang benar". Hoi!!! bila masa pulak aku sesat???!!! Huhuhuh…sampai macam tu sekali kengkawan aku menganggap aku telah terpesong kerana menggunakan DiGi.

Kelmarin, aku menghantar sms kepada semua orang di dalam nombor phone aku mengatakan aku telah bertukar nombor. Aku tau, aku tau…akan datang sms-sms yang berbaur perkauman (terhadap operator phone) nanti. Tapi, aku terpaksa….

"Welcome and thank you for choosing Maxis. Your line is now activated. To register for voicemail, please call 123 from yor Maxis mobile. Have a nice day." - Maxis (sms pertama aku dapat…kata-kata aluan)

"Kami warga Maxis mengalu-alukan anda menyertai Maxis" - Amat (terima kasih yek kerana sudi menerima bekas warga DiGi nie)

"Welcome to hotlink club. Buangkan sahaja Digi yang hina, lagi nista itu. Muhahahahahha" - Anjas (Penghinaan yang diberikan kepada Digi dengan penuh penghinaan. Oh, hinanya DiGi dipersendakan. Sorry geng, aku tak pakai hotlink. Aku pakai postpaid.)

"Sian DiGi ko" - Zul (Penghinaan yang diberikan kepada Digi dengan penuh belas kasihan)

"Kakakakak…apasal??? lu pakai 3G ker" - Abang Nazri (Hahahah…sorry, seremban tak ada 3G)

"Thanks. Bagi saja number. Aku call ko x angkat"
- Sekut (Hahahah…bukan tak angkat. Sibuk….huhuhuhu)

"Laa…ingat gak hang kat aku nooo…ingatkan tadi, minah salleh mana." - Panjang Zoo Melaka

"Aik Bot? dah bertukar ke Maxis???"
- Hamka (Erkkkk….)

"Akhirnya, en dobot menjadi pelanggan maxis jugak"
- Afrah Alhana (Oh….akhirnya….)

Kepada kengkawan, dikesempatan ini aku memberikan peluang kepada kengkawan aku yang dulunya aku mengutuk maxis, untuk mengutuk aku kembali. Oh…aku pasrah, aku rela…aku redha….dan aku terima Maxis seadanya. Huhuhuhu….