Tue 1 Aug 2006
Dengan diterimanya saya ke dalam ikhtisas Kedoktoran Veterinar, saya bertekad akan menyumbang segenap daya dan pengetahuan saya bagi kebajikan masyarakat, mengekalkan sumber ternakan dan mengelakkan penderitaan kepada haiwan. Saya akan mengamalkan ikhtisas saya dengan penuh minat, dedikasi dan kesopanan. Kesihatan pesakit, keperluan tuanpunya dan kebajikan insan seluruhnya adalah tanggungjawab saya.
Saya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan penuh minat dan dedikasi dan dengan sikap bertimbang rasa, saya akan menggunakan pengetahuan saya sepenuh-penuhnya tanpa bertentangan dengan undang-undang perikemanusiaan, dan peraturan etika ikhtisas veterinar. Saya berazam akan mempertahankan dan memperbaiki keluhuran tradisi veterinar yang saya terima ini.
Ikrar ini saya buat dengan penuh keazaman dan kerelaan semoga direstui Tuhan.
Alhamdulillah, aku dah grad. Selama 9 tahun aku kat UPM nie, rasa sedih nak meninggalkannya. Di blog aku ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga aku yang sentiasa memberi semangat kepada aku (abang aku yang manjang pening kepala tengok aku). Tak lupa jugak kepada semua pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak langsung. Begitu juga dengan tutor-tutor kat Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) serta semua staf FPV termasuk akak kat pejabat, mak cik kantin, abang drebar, abang/akak makmal dan semua mereka yang bernaung di bawah FPV dan UPM. Akhir sekali, kepada semua kengkawan coursemate, aku merasa bertuah kerana bersama-sama dengan korang semua sepanjang belajar di sini. Ini kerana, persefahaman yang kita jalinkan di sini, lain daripada yang lain sehinggakan ada beberapa orang yang cemburu dengan persahabatan kita.
Akhir sekali, untuk awek aku yang berada di Kedah sekarang (sob sob sob…sedih, dia tak dapat datang konvo aku), terima kasih atas sokongan dan tolak ansur awak selama ini. Selama nie alasan yang diberikan untuk pergi study dengan kengkawan jika awak ajak keluar, adalah alasan semata-mata. Sebenarnya, kite gi keluar ngan orang lain. Hehehheheh…




August 1st, 2006 at 948
CONGRATS!! bot….
[Reply]
August 1st, 2006 at 1108
..congrate dobot :)..
[Reply]
August 1st, 2006 at 1541
dengan ini dobot berazam untuk menjadi ahli parlimen dan kemudiannya menuntut diadakan zero crossing untuk para semut api dan kerangga
[Reply]
August 2nd, 2006 at 1526
aku curik satu gambar ko ye doBot. bapak aku tak pandai pakai digicam la. sume gamba blur n gelap. syahdu la pulak dengar ucapan ko. (ucapan kerr?) FYI aboo balik kampung dah. sama-sama kiter jadik Vet yang cemerlang, gemilang, terbilang.. cewah!!
[Reply]
August 3rd, 2006 at 1007
lamanya..nine years?hurm…
anyway, congrats bro..huhuhu..ye ke ada kuar ngan orang len?heheheh
[Reply]
August 3rd, 2006 at 1013
9 tahun , lama nya…
kalau ada anak ,dah darjah tiga tu.
apa apa pun…tahniah kerana sabar dlm mencari ilmu.
moga , selepas ini, segala kerja dilakukan dgn ikhlas dan jujur.
Jaga pesakit tu elok elok.
P/s : kalau kura kura akak sakit, boleh bawak jumpa dr dobot ker?
[Reply]
August 3rd, 2006 at 1235
dobot, komen akhir ko neh bleh membawa kepada perang tuh, hahahaha
anyway, congrats!
[Reply]
August 4th, 2006 at 1856
bukan Ant Crossing ke Ron?? Ahahahahaha…
Congratulation bot… entry macam ucapan menang Grammy Awards jek… moga boleh menyambung lagi ke peringkat PhD…
[Reply]
August 6th, 2006 at 1754
dobot, tahniah!
widad, tahniah jugak!
p/s: tumpang kat sini la ek.. bagi widad glamer sket
[Reply]
August 8th, 2006 at 2056
dah grad?.tahniah.boleh ganti khir toyo nie.kuekuekeuekue.bilo nak balik kg ni bai?
[Reply]
August 15th, 2006 at 1434
Congrats…. Pesal aku tak pernah jumpa kau ekk…hehehe..
[Reply]
August 21st, 2006 at 1250
Congratulation on ur success! 9 tahun? Lama tu…ada extend-extend tak? Hehehehe
[Reply]