Archive for September, 2006

Apartment ayam

Ini adalah gambar di dalam reban ayam (Video: tekan mp4 di bawah entri ini), .Tinggi apartment ayam nie adalah 7 tingkat dan suhu di dalam ini adalah 27 darjah. Kapisiti muatan reban ini lebih kurang 90000 ekor ayam. Ayam-ayam nie tak boleh dok dalam kepanasan.Pernah terjadi power shortage selama 2 jam,tau tak berapa ekor ayam yang mati? Lebih kurang 15000 ekor ayam yang mati.

Orang yg pakai baju putih tu ialah Dr. Khairil. Aku ngan Khairil akan berjalan di koridor ini. Kebiasaanya, kami akan masuk reban yang bermasalah seperti rendah pengeluaran telur dan kematian yang tinggi. Daripada situ,kami dapat mengenalpasti punca masalah ini. Begitu la serba sedikit kehidupan seorang 'tabib ayam'.

Source: doBot@mblog

Nampak macam best

Pagi tadi, aku cukup tertarik dengan tajuk akhbar Utusan.'Internet Malaysia',lebih kurang macam tu la tajuk akhbar hari nie. Mungkin ramai yang tak sedar,internet Malaysia selama ini berhubung dengan Singapura dan US. Aku dah lama sedar benda nie, sebab tu aku cukup tak suka dengan pembangunan internet di Malaysia.

Tadi, Buletin Utama ada tunjuk pasal harga gula. Diaorang cakap gula kat negara kita nie dimonopoli oleh pengeluar gula sahaja,tak ada import. Sedar tak sedar,internet kite jugak dimonopoli. Kononnya,penyedia jalur lebar utama di Malaysia. Cait!, bagi aku sewa yang dikenakan oleh penyedia ini, amat tidak berpatutan. Tiap-tiap bulan, aku kena bayar RM99 semata-mata untuk internet. Dan lebih membanggakan penyedia internet ini bila diorang claim,'Broadband termurah di negara ini'. Jadi,terpaksa la aku guna,sebab ia adalah salah satu jalur lebar ter'murah' di Malaysia. Harapan aku,apabila Malaysia telah ada 'internet' sendiri,harga yang dikenakan berpatutan dan tidak membebankan pengguna. Dan,yang paling penting, aku berharap lebih banyak penyedia internet di Malaysia ini. Jadi,kiter tak perlulah berharap pada 'TmNut' je.

Lagi satu isu internet yang menarik perhatian aku masa buletin utama aku tadi ialah,mengenai 3G yang diwar-warkan oleh Maxis. Maxis mengatakan pada tahun 2009 nanti, 60% kawasan Malaysia akan diliputi oleh 3G!. Perghhh! caya la Maxis. Lebih mengejutkan aku lagi, Maxis akan menggunakan 'Wimax' (cari kat google,kalau nak tahu wimax tu apa). Cuma satu harapan aku, kalau boleh sediakan jalur lebar di kawasan pendalaman, macam tempat aku sekarang nie.

Orang cakap,kite tak boleh hidup tanpa air dan letrik. Betul,tapi aku tak boleh kalau tak ada internet. Mati kutu aku. Biarlah tak ada Astro, asalkan ada internet. Kalau ikutkan hati,nak jek aku browse internet nie guna N70 nie. Tapi, charge WAP mahal gila. Cukup la sekadar aku dapat mengupdate blog aku nie. Aku meminta maaf kerana aku tak boleh update blog ini dengan meletakkan gambar,jadi…kepada kengkawan yang ingin melihat gambar, korang boleh la pergi ke http://dobot.mblog.com.my. Ok la, lenguh tangan aku dah nie. Ops,lagi satu…aku ingin bertanya kepada pembaca blog aku jika korang ada nak menjual laptop dengan harga yang berpatutan? kalau ada, bagi tau yek. Thanks.

Bermula Ramadhan

Assalamualaikum (Sejahtera ke atas kamu) kepada semua pembaca blog aku nie. Dah lama tak menulis, jadi dekat sini aku ingin menyatakan sebab kenapa tak update blog? bukan kerana aku dah nak berhenti, bukan kerana aku dah bosan, bukan kerana aku tak tau nak update apa. Kalau boleh, aku nak update hari-hari walaupun letak 3 patah perkataan pun. Tapi, disebabkan aku tak ada capaian internet dan tak ada komputer riba, jadi ia menimbulkan masalah kepada aku. Jadi, aku berharap, aku tidak akan mendengar soalan, "Eh, apasal lama tak update blog doBot?" kepada kengkawan aku, jangan tanya soalan ini kepada aku sama ada di dalam telefon dan sms. Ini kerana, tempat kerja aku sekarang adalah tempat jin bertendang (jin tak payah access internet). Jauh daripada orang. Korang pernah dengar 'Sengkang' (bukan Sengkang kat Singapore tu)??? haa, ada la yang nak google kat dalam browser tu. Cuba la carik, Sengkang tu kat mana. Soalan cepu mas nie.

Sebenarnya, aku nak wish salam Ramadhan jek kat pembaca blog aku. Dan, aku semalam aku terima banyak sms dari kawan aku mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa. Pada firasat aku, memang tu mesej forward jek. Sebab aku terima mesej tu dekat 2-3 kali daripada orang yang berbeza. Ini menguatkan andaian aku yang semua sms nie forward jek. Cuma satu sms yang membuatkan aku terkedu, diam, terus insaf dan terus termenung jugak la. SMS dia berbunyi macam nie, "Ramai yang wish SELAMAT BERPUASA, tapi aku nak wish, SELAMATKAN PUASA KITA. Sapa tahu, ini Ramadhan terakhir kita. Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya". Hamka (pengantar sms nie), memang membuatkan aku 'terhenti sejenak, merenung masa lalu…adalah permulaan yang baik untuk bertindak'.

Aku ada satu lagu nak letak kat sini, korang leh baca, dengar dan download sekali kalau korang nak. Klik ikon 'Play' kat bawah 'Listen now' sekali kalau nak denar lagu nie.

Harapan Ramadhan.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

 

Ladang Ayam

 

 Ini la farm tempat aku keje sekarang.Besar gila tempat nie,bayangkan satu rumah ayam nie dapat menempatkan 60 ribu ekor ayam.Pergh,aku kalau bosan,aku akan menggira bilangan ayam di sini.Hehehe.

Source : dobot@moblog