Sun 24 Sep 2006
Assalamualaikum (Sejahtera ke atas kamu) kepada semua pembaca blog aku nie. Dah lama tak menulis, jadi dekat sini aku ingin menyatakan sebab kenapa tak update blog? bukan kerana aku dah nak berhenti, bukan kerana aku dah bosan, bukan kerana aku tak tau nak update apa. Kalau boleh, aku nak update hari-hari walaupun letak 3 patah perkataan pun. Tapi, disebabkan aku tak ada capaian internet dan tak ada komputer riba, jadi ia menimbulkan masalah kepada aku. Jadi, aku berharap, aku tidak akan mendengar soalan, "Eh, apasal lama tak update blog doBot?" kepada kengkawan aku, jangan tanya soalan ini kepada aku sama ada di dalam telefon dan sms. Ini kerana, tempat kerja aku sekarang adalah tempat jin bertendang (jin tak payah access internet). Jauh daripada orang. Korang pernah dengar 'Sengkang' (bukan Sengkang kat Singapore tu)??? haa, ada la yang nak google kat dalam browser tu. Cuba la carik, Sengkang tu kat mana. Soalan cepu mas nie.
Sebenarnya, aku nak wish salam Ramadhan jek kat pembaca blog aku. Dan, aku semalam aku terima banyak sms dari kawan aku mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa. Pada firasat aku, memang tu mesej forward jek. Sebab aku terima mesej tu dekat 2-3 kali daripada orang yang berbeza. Ini menguatkan andaian aku yang semua sms nie forward jek. Cuma satu sms yang membuatkan aku terkedu, diam, terus insaf dan terus termenung jugak la. SMS dia berbunyi macam nie, "Ramai yang wish SELAMAT BERPUASA, tapi aku nak wish, SELAMATKAN PUASA KITA. Sapa tahu, ini Ramadhan terakhir kita. Moga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya". Hamka (pengantar sms nie), memang membuatkan aku 'terhenti sejenak, merenung masa lalu…adalah permulaan yang baik untuk bertindak'.
Aku ada satu lagu nak letak kat sini, korang leh baca, dengar dan download sekali kalau korang nak. Klik ikon 'Play' kat bawah 'Listen now' sekali kalau nak denar lagu nie.
Harapan Ramadhan.
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua




September 25th, 2006 at 1156
Selamat ber ramadhan dobot.
[Reply]