Bangun pagi, terasa perit tekak aku. Nak telan air liur pun susah terasa macam anak tekak aku kering. Mungkin, inilah akibat daripada jerebu yang melanda.
“Musim jerebu ini, pakai topeng apabila berada di luar rumah dan banyakkan minum air”. Tetiba aku teringat pesanan daripada kerajaan yang aku baca dalam suratkhabar semalam. Jam menunjukkan 7.30 pagi. Betul jugak, orang sakit kena minum banyak air. Setan suruh aku minum air banyak-banyak dan hisap rokok.”Alaa…dekat reban ayam tu,bukannya sesapa nampak ko isap rokok. Sedap Bot!”, bunyi setan menghasut aku.
Jam dah dekat 6.30 petang. Aku tengah melayan Jejak Rasul. Setan tak berjaya hasut aku untuk kali ini. Hahahaha, karang aku nak minum air soya nie banyak-banyak. Biar hilang sakit tekak aku. Kali nie ko tak dapat hasut aku setannn. Erk,hari-hari yang lain, ko berjaya hasut aku ke setannn? :gulpp: