Hari ini hari Ahad. Aku kena keje hari nie sebab aku kena ganti hari untuk cuti raya nie. Tinggal 2 hari lagi nak raya, perasaan raya? Mmm…rasanya tak ada kot. Cuma sikit jek kot. Tak macam zaman kanak-kanak dulu. Raya pada masa tu lebih dari segala-galanya. Mana taknya, dapat baju baru, kasut baru, songkok baru dan serba-serbi baru. Dah la dapat barang baru, dapat pulak duit raya. Mana hati tak suka. Huhuhu
Kini, bila dah keje. Nak beli baju raya pun tak ada duit. Hehehe, pakai je la apa yang ada. Lepas tu, nak kena bagi anak-anak buah duit raya. Hehehe,LARI!!!. Apa alasan aku nak bagi nie? Hahaha, kodokut betul uncle doBot nie. Hihihi, "Bukan uncle tak nak bagi. Gaji tak masuk lagi,masuk 30 haribulan nanti". Ha! Alasan logik nie. Lagi 2 hari nak raya nie, Bukit Gambir penuh dengan kereta. Dan, aku berani jamin yang kereta-kereta itu bukan kereta kat sini. Kebanyakkan no. plat kenderan berasal dari Selangor, KL dan Melaka. Mereka semua dah bercuti. Uwaaa! sedihnya tak cuti lagi.
Dulu masa awal bulan Ramadhan, dalam paper ada menyarankan pihak bank menyimpan duit lebih dalam teller machine. Tapi, mereka terlupa nak menekankan supaya bank-bank luar bandar meletakkan lebih duit ke dalam machine berbanding bank di bandar. Ini kerana, kebanyakkan orang yang kerja di bandar akan mengeluarkan duit apabila balik ke kampung mereka nanti. Mereka tidak akan mengeluarkan duit dengan banyaknya di bandar kerana, kadar jenayah di negara kita semakin tinggi.
Tepat sekali ramalan dalam paper tu, tadi masa aku raba kocek aku. Aku hanya tinggal RM10 jek. "Adoi!macammana nak balik nie?esok den kono balik, duit ada RM10 jo nie". Aku pergi ke bank kat Bukit Gambir. Bila masuk kad jek,dia kata mesin nie 'out of cash', bukan 'out of service'. Adoi, den nak rayo luso nanti. Tak balik rayo la den nanti. Aku terus memecut pergi je Tangkak. Alhamdulillah, ada pun duit. Dapek den balik raya. YAHOOO…
Nota kaki: Erk…aku ada ke anak buah? Sepupu kecik-kecik lagi banyak la.
Nota kaki yang lagi satu: Kalau tak ada duit dalam bank tadi, sah aku akan minta tolong abang aku hantar ke sini by hand.