Pagi nie ada program vaksin kat tempat aku kerja.Payah jugak nak bagi ayam nie minum ubat.Ingatkan senang,bayangkan 60000 ekor ayam patut diberi minum ubat pada masa yang sama,macamana nak buat tu? Aku citer ringkasan jek la. Untuk menberi vaksin,kite kena tipu ayam tu. Bagaimana nak tipu ayam-ayam tu?
Pertama sekali, kiter kena tutup lampu. Sebelum itu, kite kena puasakan ayam itu supaya mereka haus. Dengan menutup lampu,ayam akan tertipu. Mereka ingat, hari dah malam. Oleh yang demikian, mereka kena tido dan mengurangkan pergerakan mereka. Apabila ubat telah dimasukkan semua ke dalam palong air. Lampu akan dibuka. Pada masa ini mereka akan kehausan dan menyangka hari telah siang. Jadi, mereka dengan lahapnya akan meminum air yang telah dicampur ubat itu. Jadi, dengan cara ini ubat dapat diberikan secara sekata kepada semua 60 ribu ekor ayam pada satu masa.
Oh, kesian ayam tu. Mereka tertipu…
hohoho…nanti aku bagitau Presiden Ayam-Ayam Semalaysia mengenai taktik Dr Dobot…hahaha..
p/s: Tips tipu kucing tadak?
Reply
hohoho,jangan bagi tau ayam2 lain. Kantoi nanti. Nanti diorang tak mo minum vaksin lagi. Bila diorg tak minum, kena sakit nanti. Tips tipu kucing ke? Mmm…cuba ko main-main tutup mata kucing ko. Tengok, dia lapar ke tak? Erk…am i a vet?
Reply
asal ayam tamo minum kalo tau tuh ubat? dia rasa pahit gak ker ubat tuh? hheheheh
Reply
Tak apa tipu ayam tak berdosa…hehehe..
Aku rasa blog kau ni kena letak gambor ayam sekor dua baru sesuai…hehehe
Reply
Muna: Bukan ayam tu tak mo minum air ubat tu sbb pahit. Tapi,kite nak sekatakan pemberian ubat. Kite nak memastikan setiap ekor ayam dapat minum dalam kuantiti yang sama. Sebab tu, lepas kite bukak lampu, ayam semua akan minum secara serentak.
Blackpurple: hehehe,sesekali menipu ayam. Tak salah kan? Nanti aku letak ayam nie kat blog aku. Baka dia adalah Lohmann-Brown. Dalam galeri gambar aku ada aku letak gambar diaorang.
Reply
Bot,.. ko kena tahu, ayam-2 tuh mudah tertipu sebab mereka tak pi sekolah. Takper… nanti aku bagi tahu kementerian pelajaran agar menyekolahkan ayam-ayam tuh.
Lepas tuh jenuhlah ko nak suntik ayam tuh satu-satu. 60,000 ekor beb. Mahu sebulan baru selesai.. itu belum termasuk ayam-ayam yang berlari tak nak divaksin. hehehehehe.
Reply
Ayam oh ayam… Erk, kalau diaorang gi sekolah, mau aku berenti keje. Nak enjek 60 ribu tu. Mau semua ayam-ayam cakar aku nanti. Nak kena carik insuran nie. Huhuhu.
Reply