Lagi surat untuk ‘TmNut’

Aku dapat link blog seorang rakan ini daripada abang aku . Bila aku membacanya, aku terasa betapa kiter terpaksa menelan sesuatu yang kita tak nak telan. Kire macam makan ubat. Walaupun ubat tu pahit, kita tak ada pilihan lain untuk sembuh melainkan makan ubat tu jugak. Mmmm…entah la.

Berikut adalah beberapa hasil tulisan beliau . Untuk pembacaan lebih lanjut, korang boleh klik sini.

"Saya berpandangan bahawa Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melakukan satu monopoli besar kepada majoriti rakyat Malaysia. Dan monopoli ini sudah pasti tidak membawa sebarang keuntungan kepada kita selaku rakyat Malaysia yang semakin dihimpit dengan inflasi. Monopoli dalam bidang bisnes adalah sesuatu yang tidak bagus. Dan kes ini lebih kurang sama seperti mana monopoli Microsoft di dalam dunia komputer – pengguna tidak punya banyak pilihan dan akhirnya terpaksa membayar harga paras cekik darah walaupun servis yang diberikan sangat menghampakan."

"Dan apa gunanya MSC jika ia tidak mampu menyelesaikan rungutan pengguna yang sudah berlaku sejak sekian lama? MSC hanya pada nama sahajakah?"

" Dan dengan itu, saya membuat kesimpulan bahawa teguran saya kepada TM tidak akan menyebabkan syarikat korporat itu membuat dan memperbaiki perkhidmatan mereka. Tetapi jika Bill Gates, atau mungkin sekadar pak menakan Bill Gates menegur perkhidmatan TM, maka percayalah..esok juga Telekom Malaysia akan bertindak."


Lepas tu, tetiba ada sorang yang pro kepada TmNut memberi komen di dalam blog beliau. MMM….macam-macam. Yang jadi mangsanya, pengguna yang merasakan terpaksa telan 'ubat' tu. Ini komen pro TmNut di dalam blog Hembusan .

"TM tak sepenuhnya bersalah…TM tak pernah nak mengenakan pengguna dengan caj yang mahal tapi servis yang teruk…Kita sedia maklum TM adalah GLC (Government Linked Company)..sebahagian besar keuntungan terpaksa disalurkan ke kerajaan itu tak termasuk kroni politik yang bergiat cergas dalam bidang perniagaan asyik menghimpit TM untuk dapat projek..TM juga kena sponsor macam-macam contohnya Liga TM, Tour De Langkawi..itu semua arahan dari kerajaan…manakala polisi MCMC pula selalu tidak menyebelahi TM sebaliknya meyebelahi pesaing seperti Maxis dan DiGi. Ketika era telekomunikasi semakin maju org semakin ramai yang meggunakan handphone…utk set-up satu pemancar/penerima frekuensi handphone tidak semahal nak setup satu exchange Telekom. Sebenarnya keuntungan TM semakin susut setiap bulan di sebabkan permainan yang tidak adil oleh pesaing…Perlu di ingat di TM ada lebh 25,000 kakitangan yang mana 90% adalah melayu(Islam)…berbanding di Maxis dan Digi yang hanya ada lebih kurang 2000 kakitangan sahaja."

"Meraka tak perlu melabur dgn jumlah yang besar utk setup keperluan komunikasi mereka dan tidak terikat dengan taja menaja ni…dan sekarang TM terpaksa mengurangkan staffnya yang kebanyakannya dikalangan saudara seagama kita. Mereka semua dalam kerisauan tentang nasib masa depan mereka…dan kaum cina perlahan-lahan semakin ramai yang masuk dalam TM. 2 anak syarikat TM, VADS dan TMNet CEO nya adalah berbangsa cina dan mereka sedang giat memasukkan pekerja baru dikalangan bangsa mereka…TM sebenarnya dalam keadaan tangan yang terikat….Macam mana orang dalam keadaan tangan terikat nak meyuap kepada kamu??…Kementerian Tenaga dan Komunikasi Lim Kheng Yaik pula perlahan-lahan sedang membantu kaum cina utk memonopoli pula segmen perniagaan berteraskan IT dan Komunikasi dengan pelbagai undang-undang baru yang tidak menyebelahi TM malah akan membunuh TM."

"Kita mudah membuat tafsiran tanpa menyelidik dahulu dan meyebarkan kebencian tanpa memikirkan risikonya secara keseluruhan…berapa orang dikalangan kamu yang menggunakan 019 atau 013…kalau kita tidak support siapa lagi.."

"Kita lebih rela support company bukan Islam yang secara tidak langsung menghumban saudara seagama kita dalam keadaan tidak menentu masa depannya…"

"Nasihat saya….kalau kita tidak tahu cerita atau keadaan sebenar janganlah cuba nak membuat penilaian sendiri..Islam tidak maju kerana sesama umatnya tidak saling menyokong….malah secara tidak disedari kita membunuh saudara sendiri….kamu nak boikot TM sapa yg untung??????…dalam TM saja org Islam ada kedudukan tinggi..dalam Maxis dan Digi…jangan harap….adalah beberpa muka melayu nak cukupkan syarat…pekerja bawahan melayu..supervisor bukan melayu…org melayu kerja bawahan nak naik pangkat ???…tanya mereka yang kerja maxis dan digi…Kamu duduk diluar memang senang nak menghentam….mari ler jadi CEO kat TM jaga kebajikan 25,000 staff dengan pendapatan TM yg semakin susut setiap hari…Sebelum menghentam saudara kita kaji masalah dia dulu..bukankah itu sifat yang diperlu dalam agama kita?"

"Selepas ini lesen WiMax akan diberi pula kepada pesaing TMNet…so fikirlah sendiri…kalau skrg pegangan kita 18%.. Selepas ini maybe 8% sahaja?….Fikir kesannya kepada kuli yang kerja utk TM dan nasib mereka…So masa itu giliran kamu pula 'bersorak sorai'….melihat saudara seagama kita meraba-raba menghabiskan sisa hidup mereka."

Untuk membaca entri penuh, sila ke blog Hembusan

5 thoughts on “Lagi surat untuk ‘TmNut’

  1. dulu aku pun suka hentam tmNut.. tapi biler terbaca jawapan pro tmnut nie… rasanya ada benarnya jugak.. kalau kita terus hemtam TMNet nie pun tak patut. Sekarang nie memang payah nak cari orang Melayu pegang kedudukan bagus dalam syarikat. kalau ader pun hanya nak cukupkan quota saja. Dimana silap kita agaknya?.
    Kalau bukan company melayu.. amat susah nak tengok orang Melayu hatta jadi manager sekalipun. Dah beberapa tempat aku pergi. Sedih sekali takder orang Melayu yang pegang jawatan bagus escp dalam multinational company.
    So mulai sekarang kita harus support orang Melayu nie. Hilangkan perasaan cemburu berlebihan pada bangsa kita sendiri kerana kelak dikhuatiri anak cucu kita jugak yang rugi, Bukan aper.. takut jadi macam Singapore. Nak bawak jet pejuang pun tak diberi pada orang Melayu. Tak ker pilu namanya tuh.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>