Baru hari nie aku nak update blog aku, setelah seminggu aku tak update. Aku sekarang dah berpindah ke tempat baru. Dan, jumpa ayam baru jugak. Sebenernya, aku pada masa sekarang nie berada di dalam proses pembelajaran atau dengan nama lain, masih di dalam tempoh latihan. Aku akan diberi latihan mengenai cara pengurusan ayam. Mungkin bulan depan aku akan berpindah lagi. Kali ini aku akan berindah ke 'Pusat penetasan telur ayam' atau hatchery.
Sekarang aku duduk ngan supervisor tempat aku kerja di Rim, Jasin. Bersama ngan aku jugak ada beberapa orang Indonesia yang bagi aku semua nampak baik. Tak ada yang nampak macam penyagak. Dan, salah seorang supervisor kat farm nie pun orang Indonesia. Mungkin telah lama berkerja di sini dan berkerja dengan bagus sebab itu boss naikkan dia jadi supervisor. Nama mamat indon nie Turis. Hari pertama dia di sana dia ajak aku keluar makan kat Jasin. Dah la ajak aku keluar. Belanja aku makan pulak tu. Hahahah…aku baru nak hulur duit. Dia dah hulur kat tauke kedai tu. Bila dah balik farm, dia bagi pulak buah epal ngan anggur kat aku. Heheheh…terima kasih la Turis. Erkk…kor baca blog aku nie ker tak Turis?
Banyak benda yang aku belajar kat sini. Mengenai cara-cara jaga anak ayam. Bukan senang nak jaga ayam. Jaga awek lagik senang dari jaga ayam. Huhuhuhu….
Ini adalah gambar asrama di mana aku duduk ngan Supervisor dan Indon yang kerja kat sini.
Pemandangan dari dalam bilik aku dikala hujan. Oh, sunyi nyer…Bunyi atap zink jek.
Bahagian belakang asrama. Aku kengkadang makan kat sini. Sehari RM2. Termasuk sarapan, tengah hari dan malam. Gila jimat duit aku.
Ini adalah anak ayam yang baru sampai dari pada UK. Harga seekor anak ayam baka nie, lebih kurang RM10. Mak uii…mahal betul.
Banyak betul ayam nie. Seronok bila tengok ayam nie berlari ke sana ke sini. Ada yang takut ngan orang, dan ada yang jinak. Bila yang jinak tu, kelakar aku tengok diorang bila diorang perlahan-lahan datang dekat kita sambil tergoyang-goyang dengan perasan curious..