Aku dipaksa bercuti

Hari ini dan semalam dan esok. Aku dipaksa bercuti oleh boss aku. Arahan ini dikeluarkan pada hari Rabu yang lepas. Ini kerana, selepas ini aku akan bertukar ke Melaka pula.

Baru 2 bulan aku berada di Sengkang, Bukit Gambir. Aku telah disuruh berpindah ke Melaka pula. Selepas ini, aku akan tetap di Melaka kerana ladang-ladang Huat Lai kebanyakkannya berada di Melaka.

Apasal aku dipaksa bercuti??? kawan aku cakap aku nak kena buang kerja. "Eh??? betul ker???", "Kalau nak kena buang kenapa tak bagi tau aku awal-awal?". Sebenarnya, aku akan berpindah ke Bahagian Broiler Breeder. Apa benda broiler breeder nie? Broiler breeder adalah tempat di mana 'ibu ayam' dan 'bapa ayam' duduk bersama untuk menghasilkan anak ayam pedaging yang bermutu. Korang jangan ingat lepas nie aku kerja ngan 'ibu ayam' pulak yek??? Selain daripada itu, broiler breeder adalah ladang ayam yang orang lain tak boleh nak masuk kerana untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit atau dengan nama lain untuk tujuan 'biosecurity'.

Aku mungkin boleh menjadi pembawa kepada beberapa jenis penyakit ayam sebab aku dok kat ladang ayam penelur selama 2 bulan. Dan, kuman-kuman penyakit boleh berada di luar badan dalam tempoh yang lama atau dengan nama lain kuman itu boleh duduk kat atas badan aku dengan jangkamasa yang lama.. Oleh yang demikian, aku disuruh jangan terlibat dengan memana ternakan ayam selama 3 hari atau dengan nama lain, aku kena kuarantin.

Boss aku cerita dulu, masa dia pergi ke New Zealand untuk melihat 'ibu-ibu dan bapak ayam' di sana. Dia telah disuruh berehat di hotel selama 3 hari. Dalam masa 3 hari tu, dia dibawa berjalan-jalan di sana dan telah dibawa membeli belah untuk membeli pakaian dan seluar dalam. Selepas itu, barulah dia boleh masuk ke dalam ladang ayam itu dengam memakai baju dan spendar yang baru dibeli itu.

Fuh…ketat sungguh biosecurity kat sana kan?. Apa itu biosecurity? Klik sini.

2 thoughts on “Aku dipaksa bercuti

  1. doB, eh sori DoC, last week aku hantar anak aku ke MRSM Jasin lepas raya untuk graduation day depa.. lepas tu anak aku ajak makan kat serkam pantai, aku melalui entah bemban ke apa ke… tup tup nampak Huat Lai, terus aku teringat kat hang, terus aku capai handphone aku untuk call kau, eh eh nama tak masuk address book fone aku la pulaks, …. aku pun ceritala kat bini aku pasal kau… tak pa… kau pun dah pindah lagi… so sementara masih ada syawal ni… aku ucapkan selamat hari raya, maaf lahir batin… 18 november pagi aku terobang bt 3 port dicksons, 19 november nanti aku terobang rembau pagi ke petang, tu pun kalau tak hujan… bukan apa, cari duit lebih…. lawatla http://www.n9fly.cjb.net untuk detail Kembara Kawalan Jauh Rembau 2006, 23-26 november aku ke subang terminal 3 ada KUKL pulak, Karnival Udara Kuala Lumpur. jemput la join kalau kesempatan…. salaams.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>