Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2006

"SERDANG, 24 Nov (Bernama) — Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha) 2006 akan dilanjutkan sehari sehingga Isnin (27 Nov) ini, atas permintaan orang ramai dan selepas menerima sambutan amat menggalakkan dengan lebih 340,000 pengunjung setakat ini."

Begitu la tajuk sumber yang aku dapat daripada Bernama. Fuh…tak sangka. Acara yang pada masa dahulunya diadakan di Bukit Jalil, dan kemudian ditukar tempat pamerannya di MINES, Seri Kembangan. Dan, akhirnya…di Serdang. Aku macam tak percaya sambutan orang ramai, penyediaan tapak dan memacam lagik acara baru. Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show ini hanya diadakan 2 tahun sekali sahaja. Alhamdulillah, pada tahun ini, aku berkesempatan untuk pergi ke MAHA lagik. Tapi, aku tak sempat pusing abis. Aku hanya pergi ke kawasan peternakan sahaja. Itu pun dah abiskan masa dekat 4 jam kat sana.

Memang aku dan Syahar dah lama rancang nak pergi. Tapi, si Syahar nie baru dapat cuti pada minggu ini setelah tidak balik berhari raya. Kesian kor Syahar. Kirenya kor balik nie sekali untuk raya krismas la yek. Huhuhuh…Pada 2 tahun lepas, aku pergi ngan Syahar, Anjas, Ayuz dan Shikin. Tapi, kini hanya kami berdua jek yang dapat pergi bersama.

Apa yang menarik pasal MAHA nie? Pertama, aku nak tengok perkembangan ternakan kat Malaysia nie. Kalau kambing apa, lembu apa, bebiri apa yang hebat diperkatakan di Malaysia pada masa kini. Pada pendapat aku, kambing Jamnapari masih mendapat sambutan orang ramai berbanding kambing Boer yang selalu hangat diperkatakan. Sebab, Jamnapari lebih sesuai di Malaysia dan tubuh badannya yang tegap menjadi pilihan peternak kita. Aku tak berkesempatan pusing kawasan lembu. Mana taknya, puas aku cari, tak jumpa jugak. Begitu jugak dengan bahagian ayam. Aduhai…terasa terkilan sebab tak dapat pusing abis pada MAHA kali ini.

Ok la, secara keseluruhannya MAHA pada kali ini menarik. Tapi, tak berkesempatan nak pusing abis. Kalau nak pergi, kena jalan dalam masa 3 hari kat situ jek. Besar beb…Aku berharap, lebih ramai orang akan lebih berminat ke arah pertanian. Semoga hasrat kerajaan akan tercapai di mana sedikit masa nanti, kita boleh mengeksport lembu kita sendiri. Ingat, sekarang kita masih ambil lembu daripada luar dan lembu daripada luar lebih murah dan kurang sedap. Oleh yang demikian, semoga satu hari nanti, kita dah tak perlu membawa masuk daging lembu ke dalam negara kita. Malahan, kita berupaya membawa daging lembu kita ke luar negara. Ingat, Pertanian adalah perniagaan.


Dari kiri; Shikin, Anjas, Ayuz dan Syahar. Muka aku tak ada dalam gambar sebab aku tukang tangkap gambar. Gambar nie masa kiter orang tahun 3 kat UPM.


Lagi sekali, muka aku tak ada dalam gambar nie. Lepas penat berjalan, diorang nie dengan muka tak malu duduk kat tepi kaki jalan kat dalam MINES Shopping complex tu..


Lagi sekali, muka aku tak ada dalam gambar nie. Ini adalah gambar MAHA 2006 yang aku ambil semalam. Perasan tak minah yang menonggeng tu (baju hijau putih), itu adalah Shikin yang dulu pergi ke MAHA dan sekarang, dia pulak kena kerja kat MAHA. Sorang lagik mamat tu, aku tak sempat tangkap gambar dia. Manjang sibuk layan pelanggan jek. Mamat tu adalah, Ayuz.

Erkkk…entri kali nie bukan pasal MAHA 2006, tapi macam entri untuk promote kawan aku nie jek, Shikin. Dia dah tunang, sesapa nak nombor phone dia, call aku dulu. Hahahahahah….

14 thoughts on “Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2006

  1. elloo bot.. hehehe di sbbkan aku telah berkecimpung dlm perusahaan tani skrg ni.. aku sempat pergi 3 hari!!! hahaha aku gi masa opening.. sempat salam ngan Pak Lah!! Besh aarrr…

    Reply

  2. Alamakkkk!! Aku pergi ngan assistant aku (ponteng kerja la ni…) Ahad lalu, tak nampak pun Shikin…yg jumpa hanya makwe Hamka…cheh…

    Reply

  3. aku gi maha dua hari.. hari sabtu g ngan shidah all the frm johor.. itu pun tak dapat round abis.. luas sangat la.. tapi aku agak kecewa gak sebab aku tak nampak orang jual anak pokok buah ngan pokok bunga lain selain orkid.. aku tak jumpa pun ayam or itik kat maha.. ada ke tak sebenarnya menda2 tu.. anyways, aku beli kerepek cendawan kat sana.. nyum nyum..

    Reply

  4. eija: Wah! Bestnya dapat pergi 3 hari. Dapat salam Pak Lah lagi. Aku dapat pergi sehari,maklum la. Kerja makan gaji nie.Hehehe

    netarious: Ha,baru aku teringat. Aku tak jalan ke sana,dok sibuk berborak ngan kengkawan masa tu.

    Joanne: Hahaha,ko nampak awek hamka ngan sapa? Tak jumpa pun ko hari Ahad? Shikin ada kat booth Lazuli. Kalau dia tak ada,sah dia tengah ponteng.

    Widad: Hahaha,aku pun cari pasal ayam,tak jumpa. Wah! Kerepek cendawan, cendawan tiram ke? Aku suka makan cendawan goreng. Widad,jangan makan banyak-banyak, ada angin banyak. Nanti terkentut jek. Hehehehe

    Reply

  5. dobot kekasih ku awal dan akhir…uweeekkkk..!! den poie MAHA hari2..dr opening sampai penutup den poie..den poie dlm kul 9.30pg..sebelom kodai bukak..den ngan che wan grafik gie awal psl nak rembat free gift yg berlambak2..sempat gak rembat beg MAHA yg masih dlm kotak..ingatkan free.esoknya nak rembat lg..rupa2nyer beg tue dier jual 5 hinggit satu..jd beg yg smlm tue????…eerrrrrr..!!

    Reply

  6. Jumpa dia dgn coursemate dia lah….tengah buat kerja kuli free dengan pameran kucing. Aku tak jumpa booth Lazuli punnnnnnnn……..cheh…geram…

    Reply

  7. dr. Jawe: hahaha,tiap-tiap tahun ko nak rembat beg MAHA. Erk…ko pergi hari-hari tu, ko tak kerja ke?hahaha,kantoi. Den bagi tau supervisor ko.hehehe

    joanne: cian ko tak jumpa.takpe,lain kali ko pergi ngan aku. Mesti jumpa.hehehe.

    Reply

  8. askum encik dobot..
    hee…sori tumpang lalu kt sini…sbenrnya ada hjt dihati..tapi pnjg kisahnya nie..nak mintk tlg jejak ksh jap..kalu x silap awk ni kenal zue (zuraidah ghadzali..bdk klang..)sy kwn lama dia..lost cntct ngn dia sbb enset ilang..so sy arap sedare dpt mymbg hbgn kami yg trpts dgn memberi no cntct dia seadanya..hee sorilah yer..sy rasa dah xde kaedah lain lg kecuali minta kt sedare..
    TQ

    Reply

  9. muah..rindu korang sumer……..yehaaa..walaupun aku kat MAHA selama satu minggu..tapi aku tak berkesempatan pun jumpa benda2 yg korang jumpa n beli tu..pasal aku kena bertapa kat booth LAZULI…kekekek..kesian aku

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>