Mon 20 Nov 2006
Semalam aku ngan bapak aku berkesempatan untuk pergi ke Kembara Pesawat Kawalan Jauh Rembau 2006 di Rembau, Negeri Sembilan. Memang dah lama teringin nak pergi kat event-event macam nie. Tapi, manjang ada hal jek. Maka, terpaksa la ditangguhakan buat sementara waktu.
Di sana, aku berkesempatan berjumpa dengan kawan internet aku yang tak pernah aku tengok muka dia. Tapi, dia nie selalu masuk blog aku. Terima kasih Flyboy kerana sudi masuk blog den nie selalu. Kali nie, baru berkesempatan den nengok sendiri microflight yang kor selalu cerita tu. Tapi, den takut la nak naik. Hahahah…badan yo bosar, tapi penakut betul den nie. Huhuhuhu…Tak po Flyboy, kalau den naik microflight tu, karang tak mo berlepas pulak dio, sobab den nie borat. Mau kono pakai landasan KLIA baru buleh molopeh. Hahahhaha….
Apa yang den kagum maso poie Rombau tu, tengok seorang mamat control RC Helicopter. Perghh…siap buleh terbalik lagik heli mamat tu. Lopeh tu, den bertambah kagum sobab RC heli mamat tu siap buleh menari-menari ikut rontak lagu. Siap gostan kebelakang pun ado. Kut helicopter sebonar, mano buleh gostan kebelakang. Den raso, mamat tu dah memang berpengalaman dalam control RC helicopter tu. Kalau tau, masakan dia berani buat macam tu kat depan orang ramai. Pertama, kalau RC Heli tu jatuh mesti kena orang ramai. Kedua, heli tu bukan murah geng. Kalau jatuh, mau menangis.
Lopeh tu, den tertarik ngan RC plane jugak. Mak uii!!! ado yang pakai enjin bosar-bosar pun ado. Jakun den kojap tadi. Dah la laju kapal torobang dio. Macam mano la diorang nie buleh control. Den ado tanyo mamat yang kat sano, untuk belajar main kapal torobang nie. Kono belajar dari bawah. Mulo dari kapal torobang untuk pelatih dulu. Lopeh tu, baru buleh pakai enjin yang bosar skit. Bak kato orang, kalau kito nak belajar berlari, kono la belajar merangkak dulu. (Eh…ado ko peribahasa macam nie?)
Ok la…macam biaso, den lotak gambar skit. Ngan sekoping video akrobatik yang den tangkap semasa mamat terrer tu main RC helicopter.
Haa…gosok bang.Gosok…jangan tak gosok bang. Bagi sampai berkilat. Erk, bang kalau kipas kotor, adakah ia menggangu penerbangan???
Kocik-kocik dulu, den cukup gomar tengok cerito 'Airwolf'.
Kalau ditengok daripada segi design, kapal torobang nie nampak macam tak menarik. Tapi, bilo torobang…mak uii, kagum den. Teringat den macam cerito 'Pearl Habour' maso kapal torobang tu torobang colah-colah bukit dalam cerito tu. Maso mamat nie torobang rondah, kagum den.
Haaa…yang baju oren tu la 'Flyboy'. Nasib baik la dio sorang jo kat situ yang pakai baju oren. Sonang den carik. Tak dapat den nak burak lelamo ngan dio. Nanti la, jiko ado kesempatan lain. Kito burak lagik yo, Flyboy.
Tokan sini untuk melihat lebih banyak gambar.

Ehh, jangan lupo bermula esok hingga 26 November 2006 akan bermulanya MAHA 2006 (Malaysia Agriculture Horticulture and agrotourism show 2006) bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Mardi, Serdang Selangor (peta). Datang la beramai-ramai dengan membawa kawan-kawan serta sanak saudara anda.



