Baru hari nie aku nak update blog aku, setelah seminggu aku tak update. Aku sekarang dah berpindah ke tempat baru. Dan, jumpa ayam baru jugak. Sebenernya, aku pada masa sekarang nie berada di dalam proses pembelajaran atau dengan nama lain, masih di dalam tempoh latihan. Aku akan diberi latihan mengenai cara pengurusan ayam. Mungkin bulan depan aku akan berpindah lagi. Kali ini aku akan berindah ke 'Pusat penetasan telur ayam' atau hatchery.
Sekarang aku duduk ngan supervisor tempat aku kerja di Rim, Jasin. Bersama ngan aku jugak ada beberapa orang Indonesia yang bagi aku semua nampak baik. Tak ada yang nampak macam penyagak. Dan, salah seorang supervisor kat farm nie pun orang Indonesia. Mungkin telah lama berkerja di sini dan berkerja dengan bagus sebab itu boss naikkan dia jadi supervisor. Nama mamat indon nie Turis. Hari pertama dia di sana dia ajak aku keluar makan kat Jasin. Dah la ajak aku keluar. Belanja aku makan pulak tu. Hahahah…aku baru nak hulur duit. Dia dah hulur kat tauke kedai tu. Bila dah balik farm, dia bagi pulak buah epal ngan anggur kat aku. Heheheh…terima kasih la Turis. Erkk…kor baca blog aku nie ker tak Turis?
Banyak benda yang aku belajar kat sini. Mengenai cara-cara jaga anak ayam. Bukan senang nak jaga ayam. Jaga awek lagik senang dari jaga ayam. Huhuhuhu….
Ini adalah gambar asrama di mana aku duduk ngan Supervisor dan Indon yang kerja kat sini.
Pemandangan dari dalam bilik aku dikala hujan. Oh, sunyi nyer…Bunyi atap zink jek.
Bahagian belakang asrama. Aku kengkadang makan kat sini. Sehari RM2. Termasuk sarapan, tengah hari dan malam. Gila jimat duit aku.
Ini adalah anak ayam yang baru sampai dari pada UK. Harga seekor anak ayam baka nie, lebih kurang RM10. Mak uii…mahal betul.
Banyak betul ayam nie. Seronok bila tengok ayam nie berlari ke sana ke sini. Ada yang takut ngan orang, dan ada yang jinak. Bila yang jinak tu, kelakar aku tengok diorang bila diorang perlahan-lahan datang dekat kita sambil tergoyang-goyang dengan perasan curious..
wah sekor 10 inggit.. dlm gambar tu je dah rm700.. hehe.. slamt menjadik bapak ayam yg berjaya..
Reply
dobot nanti ko pegi balai polis jasin tu..nanti ko carik satu inspektor nama dia josef…ko kata aku kem salam wakakkakakakak tak tau lah ada lagi ke tak inspektor tu masa tu tahun 99 wakakakkakaka…rindunya aku kat jasin…umah merah ada lagi ke??
Reply
best la reja main dgn ayam ja.x cmpur gan oeg len.. yg paling x tahan tgk ayam2 yg comel, bleh la wat ‘ank angkat…hehe. tp time nk cuci najis yg lemah 2…tmpt ko 2 uLu x??
Reply
Salam,nk bgtau kakijawa dh pindah ke kakiblog.Harap2 la dpt update link tu yer (-;
Reply
hehehe…semoga berjaya menjadi penternak ayam yang berjaya. jangan jadi ‘bapak ayam’ yang berjaya sudah… hehehe…
Reply
Hi! congrate dah berjaya jadi Dr!! tak nak further study ke? ke dah tepu hehehe… keje dulu lah.. kumpul duit.. leh cepat2 kawen… tak pun suruh je yr folk sponsor.. hehehe
Reply
Thanks.InsyaAllah, jika panjang umur akan sambung study. Tapi, mungkin tak ada kena mengena ngan vet la. Kawen??? Hehehhe….muda lagik.
Reply
alahaiiiiiiiiii, chomelnyaaaaaaa anak ayam. ala dobot, kot dapat awek tak cerewet memang ah senang nak jaga, kot tak, takderla ko tulis lagik senang menjaga awek dr jaga ayam, hahahha
Reply
Hahahah….kor seorang awek yang cerewet ker muna?
Reply
aku awek yang emosi jer dobot, tapi tak cerewet kot
senang jer jaga aku, hahahhaha
Reply
alhamdulillah, berkat du’a kami sekeluarga, bergelar dr jugak adik den yg sorang nie setelah beribu dan tak keterlaluan jika den katakan jutaan liku kot …. ALHAMDULILLAH ..
Reply
Pingback: Buy ambien online order cheap ambien now.
Pingback: Wellbutrin.
hi kawan
apakah alamat ke tempat annada jika inggin melawatnya. jika ada tolong antar melalui email
TERIMA KASIH
seelen
Reply