Dam dam dup (bukan bunyi mercun yek), dah sampai ke penghujung tahun kite yek. Sedar tak sedar, cepat betul masa berlalu. Banyak kenangan manis dan pahit pada tahun nie. Nak cerita pasal azam tahun baru ker??? banyak azam tahun baru, tapi aku malas nak cerita kat sini.

Apa ada dengan tahun 2006??? Tahun ini, aku berjaya menamatkan pengajian aku. Semuanya berlalu dengan terlalu pantas. Bukak mata waktu pagi, tutup mata waktu tengah hari (Hehehe…aku suka tidur waktu tengah hari. Sunnah…) dan bukak mata balik, dan tutup mata waktu malam. Sekejap jek masa berlalukan??? Macam tak sangka semua dah berlalu. Dan banyak lagi yang akan kita tempuhi nanti. Dan, yang pasti apa yang akan kita tempuh itu adalah sesuatu yang kita jangka dan sesuatu yang kita tak jangka.

Apa peristiwa di luar jangkaan korang pada tahun 2006??? Pertama, Siti Nurhaliza kahwin dengan Datuk K. Sapa sangka Siti kahwin ngan Datuk K kan??? Den pun tak sangka. Kedua, Dr. M marah kat Pak Lah. Mahathir dah janji, yang dia tak akan masuk campur urusan kerajaan. Tapi, kenapa dia masuk campur gak? Mesti ada sebab yang manusabah kan??? Tak payah la den cerita kek sini, nanti tak pasal-pasal polis gi serang rumah aku pulak. Dah jadi peristiwa yang tak disangka di dalam tahun 2007 pulak nanti. Ketiga, banjir besar melanda Malaysia baru-baru nie. Ada seorang farmer kat Segamat aku jumpa ari tu, dia pun tak sangka rumah dia akan dilanda banjir sehingga kereta dia rosak teruk. Kenapa dia tak sangka??? sebab sepanjang dia duduk di Segamat selama 20 tahun, tak pernah sekalipun banjir teruk yang berlaku??? Erkk…sebut pasal banjir, apa maksud banjir kilat??? Adakah banjir itu berlaku disebabkan hujan yang teruk disertai bersama dengan kilat? atau banjir itu berlaku sepantas kilat? Konfius den…

Banyak benda yang tak disangka berlakukan??? begitu juga dalam hidup kita. Banyak benda yang disangka berlaku dan tak disangka akan berlaku. Apa yang pasti, kita kena menyediakan payung sebelum hujan. Kalau takat payung jek, bukan cukup. Kena sediakan khemah sebelum hujan. Jadi, untuk menghadapi sesuatu, kita kena menjangka apa yang bakal berlaku pada tahun hadapan.

Apa yang bakal berlaku dalam diri aku yek tahun depan??? Kahwin???Erk…….